CARA-CARA UNTUK BERJIMAT APABILA ANDA MELANCONG



Dek disebabkan jadual harian yang terlalu padat, ada antara kita yang tidak mempunyai masa untuk mengemas beg malahan untuk mendapatkan tiket ke pulau eksotik idaman. Kerana kesuntukan masa, harganya boleh melambung menjadi lebih mahal kerana dibeli pada saat-saat akhir. 

Namun, terdapat banyak cara untuk mengurangkan kos apabila anda pergi bercuti. Tips yang saya akan kongsikan ini memberi peluang untuk anda mempunyai sedikit wang perbelanjaan apabila anda sampai ke destinasi anda.

Berikut adalah beberapa tips berguna tentang cara-cara mengurangkan harga untuk tiket kapal terbang, hotel dan sebagainya.

Gunakan ‘savings and deals websites’

Anda mungkin sudah biasa dengan laman web seperti ini tetapi ia amat berguna untuk mencari tawaran dan promosi bagi tiket penerbangan, pelancongan, hotel, aktiviti dan banyak lagi. Saleduck sebagai contoh, menawarkan pelbagai tawaran menarik daripada laman pelancongan tempatan dan antarabangsa seperti Agoda, Air Asia Go dan Expedia. Ini bermakna anda akan mendapat akses kepada pelbagai jenis penjimatan dan tawaran dari laman pelancongan berbeza dalam satu platform. Ini bukan sahaja menjimatkan masa tetapi anda juga akan berpeluang untuk menemui tawaran hebat yang tidak dijangka.

Tempah bilik persendirian di hostel

Jika anda okay dengan idea duduk di bilik hostel yang dikongsi sesama pengembara lain, tiada masalah untuk anda. Tetapi kalau anda lebih mengutamakan privasi anda dan inginkan sedikit keselesaan, pilihlah bilik di hostel (private room) untuk anda sendiri daripada menghabiskan wang untuk bilik hotel. Terdapat banyak boutique hostel yang kini menawarkan bilik-bilik peribadi pada harga yang lebih berpatutan berbanding dengan hotel. Dengan ini anda akan dapat menjimatkan wang untuk perbelanjaan lain.

Image via hostelworld


Berjimat dengan pertukaran mata wang asing

Adakah anda tahu mengeluarkan wang di negara asing boleh dikenakan bayaran caj tambahan? Itulah sebabnya ramai lebih suka mengeluarkan walau sejumlah wang yang besar sebelum di negara sendiri sebelum pergi bercuti ke negara asing . Anda sentiasa boleh menukar kembali kepada mata wang tempatan jika tidak membelanjakannya semua semasa bercuti. Namun harus diingatkan untuk lebih berhati-hati untuk tidak menyimpan semua wang anda di satu tempat yang sama. Jika boleh, tukar beberapa tunai kepada traveller cheque sebagai langkah keselamatan tambahan.

Pertimbangkan penerbangan transit 

Antara syarat wajib bagi budget traveller berjimat adalah dengan menempah tiket flight anda semasa bukan waktu puncak (off-peak season). Kemudiannya ada dua cara lain untuk anda untuk mengurangkan kos: 

Jika anda mempunyai masa, pertimbangkan tempahan penerbangan dengan persinggahan (transit). Terdapat banyak laman web yang akan membolehkan anda untuk mencari laluan transit yang lebih murah daripada pilihan penerbangan secara terus (direct). 

Sebagai alternatif, jika anda merancang untuk melawat bandar atau tempat yang popular, cuba cari penerbangan ke lokasi berdekatan yang kurang popular berbanding destinasi terakhir anda kerana tempat-tempat ini kebiasaannya mempunyai harga yang lebih berpatutan. 

Sebelum anda sampai, dapatkan maklumat tentang sistem pengangkutan awam negara tersebut dan gunakan bas atau kereta api ke destinasi yang diinginkan. Ia mungkin mengambil sedikit masa tetapi pastinya lebih murah! 

Post a Comment

2 Comments