KELAB RAKAN MALAYSIA, ROOPAWAN & PANTAI TIMUR FC BANTU GELANDANGAN KUALA LUMPUR



Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kelab Rakan Malaysia bersama- sama portal membeli-belah atas talian, Roopawan (www.roopawan.com) dan Kelab Bolasepak Pantai Timur FC hari ini (18 Mac 2017) menganjurkan Program Bersama Gelandangan di Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur. 

Program khidmat masyarakat yang julung kali menggabungkan penganjur berbilang industri ini turut mendapat sokongan Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care Malaysia Society), Program Power of Sedekah (NGO), SME PESAT (Persatuan SME Anak-Anak Terengganu Di Selangor dan Wilayah Persekutuan), Shortea Barbershop dan MZ Patin berjaya menarik hampir 200 gelandangan dari sekitar Kuala Lumpur. 


Pelbagai bantuan ditawarkan termasuk pemeriksaan kesihatan percuma oleh pakar perubatan, khidmat gunting rambut percuma, pengagihan makanan tengahari dan pek makanan kering, pengagihan pakaian terpakai (free market) serta kemudahan bekalan asas seperti berus gigi, sabun mandi dan lain- lain lagi. Program Bersama Gelandangan ini turut disertai kira-kira 30 sukarelawan daripada gabungan agensi yang terlibat.


“Program ini akan terus diadakan secara berkala setiap 3 bulan sepanjang tahun ini. Kelab Rakan Malaysia mahu mengungguli dalam tawaran bantuan terhadap mereka yang memerlukan selaras dengan misi pertubuhan ini diwujudkan,” menurut Dato’ Mohamed Zain Bin Abdul Malek, Presiden Kelab Rakan Malaysia.


Program yang akan diteruskan pada setiap 3 bulan sepanjang tahun ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia dalam membendung gejala tidak sihat di kalangan gelandangan menerusi perhatian sewajarnya yang akan diberikan. Golongan masyarakat yang mampu boleh menghulur sumbangan peribadi ke Kelab Rakan Malaysia dengan menghubungi Cik Ezette, Ketua Biro Perhubungan Awam & Acara, Kelab Rakan Malaysia di talian +0179746520 atau emel [email protected].



Tentang Kelab Rakan Malaysia

Kelab Rakan Malaysia (KRAM) adalah pertubuhan yang bertujuan: 
➤ Mengeratkan perhubungan persahabatan dan semangat muhibah di kalangan ahli-ahli 
➤ Mengamalkan semangat kerakanan, kesukarelaan dan setiakawan 
➤ Menggalakkan dan memudahkan rakyat malaysia dan penduduk setempat mengamalkan gaya              hidup sihat 
➤ Menggalakkan perpaduan dikalangan rakyat malaysia dengan menggunakan platform sukan dan          rekreasi 
➤ Menggalakkan semangat cintakan sukan di kalangan rakyat malaysia 
➤ Menjalankan kerja-kerja dan perkhidmatan amal untuk masyarakat umumnya 

Untuk maklumat lanjut, hubungi Kelab Rakan Malaysia di:
Zettira Ezette Farhanna | +0179746520 | [email protected]
Mohd Izzul Izzuddin | +0195433934 | [email protected]

Tentang Roopawan 

Portal membeli-belah atas talian (www.roopawan.com) yang dimiliki sepenuhnya oleh Roopawan Marketing Sdn Bhd mula beroperasi secara rasmi pada Ogos 2016 menawarkan produk fesyen dan kecantikan Muslim dengan lebih 50 jenama tempatan dan antarabangsa. Roopawan yang diasaskan oleh 2 anak muda, Mohd Fuad Mohd Noor dan Siti Amalina Ariffin mencatatkan perolehan sehingga RM300,000 hanya selepas 6 bulan dilancarkan. Roopawan turut merancang untuk menembusi pasaran luar Malaysia menjelang akhir 2017. 

Untuk maklumat lanjut, hubungi
Roopawan Marketing Sdn Bhd di 03-91744771 atau:
Mohd Fuad Mohd Noor | +60193933529 | [email protected]
Siti Amalina Ariffin | +60177540687 | [email protected] 

Tentang Pantai Timur FC 

Pantai Timur FC atau dikenali sebagai PTFC adalah satu pasukan bola sepak yang ditubuhkan sejak 2009 lagi. Kelab Bola Sepak Pantai Timur akan menyertai Pertandingan Bola Sepak Liga Sosial Shah Alam V3 bermula 19 Mac 2017. Pemain Pantai Timur FC adalah terdiri daripada anak-anak Pahang, Terengganu dan Kelantan, selaras dengan nama kelab.

Untuk mendaftar sebagi ahli kelab, sila hubungi Mohd Fadli Bin Ishak, Pengurus pasukan Pantai Timur FC, di talian +0108907477

Post a Comment

6 Comments