MASKER KUNYIT DAN BERAS MR & MRS SCRUB WITH LOVE



Tempoh hari semasa lawatan kerja ke homestay AmnaHome di Kuala Lumpur, sempat juga saya bawa masker kunyit yang dibeli dari kawan lama saya. Alhamdulillah kencang business beliau sekarang. Memandangkan produk beliau ni nampak bagus dan banyak respon positif dari pelangan-pelangan beliau, nak jugak kita try kan. Mana tau sesuai untuk diri ni. Untuk pengetahuan korang produk tu adalah  MR & MRS SCRUB WITH LOVE . 


Apa yang membuatkan saya tertarik untuk cuba sendiri produk dari MR & MRS SCRUB WITH LOVE ni, ia merupakan produk 2 dalam 1, ianya bukan sahaja boleh dijadikan scrub tetapi juga boleh dijadikan masker. *malam tu sebelum kami tidur, masing-masing sempat pakai buat masker.


Apa yang bestnya lagi, produk MR & MRS SCRUB WITH LOVE ini dikatakan terhasil dari petua turun temurun keluarga. Apa yang best ianya tidak mengandungi bahan kimia merbahaya dan hanya dari bahan semulajadi. Produk ini 100% natural yang mengandungi bahan asas utama iaitu Beras, Kulit Rambai, Kunyit dan bahan-bahan semulajadi lain yang mampu kembalikan keremajaan kulit anda!


Berikut merupakan beberapa tips penggunaan Scrub 2 in 1 MR & MRS SCRUB WITH LOVE .

MASKER MUKA : 1-2 sudu kecil + air + madu (lebih bagus) dibancuh pekat kemudian disapu ke muka. Biarkan tidak melebihi 10 minit *bagi mereka yang berkulit sensitif gunakan kurang dari 5 minit.

SCRUB MUKA : Sedikit lulur + air dan di urut ke wajah secara lembut. 1-2 x seminggu memadai bagi mereka yang berkulit normal dan berminyak. *bagi yang mempunyai masalah jerawat aktif, DILARANG melakukan scrub pada wajah.

BEDAK SEJUK : Sedikit lulur + air, dibancuh cair dan disapu pada wajah.


Kulit wajah anda akan menjadi halus gebu, cantik, putih dan jerawat kecut! INSYAALLAH. Korang juga tak perlu risau kerana lelaki dan perempuan boleh pakai  MR & MRS SCRUB WITH LOVE ni. *tak salah kan kalau lelaki pun nak jaga kulit wajah kan?

14 KELEBIHAN MR & MRS SCRUB WITH LOVE

❣Menghaluskan & menggebukan kulit.
❣Mencerahkan dan mensekatakan warna kulit.
❣Mengawal parut dan mengurangkannya.
❣Mengurangkan jerawat / resdung kulit.
❣Mengurangkan jerawat (radang kulit) di badan.
❣Menaikkan seri dan mengawal bad energy.
❣Mengawal kegatalan / penyakit kulit.
❣Mengurangkan noda hitam dan jeragat pada kulit.
❣Sesuai digunakan untuk wajah sebagai masker / scrub & bedak sejuk.
❣Mengurangkan kesan cellulite & stretchmarks.
❣Mengurangkan sel mati di leher/armpits dan lipatan badan bagi ibu-ibu yang mengandung.
❣Meringankan tubuh badan.
❣Mengawal bau badan
❣Sangat sesuai digunakan sebagai rempah bersauna.


Jangan takut muka jadi kuning selepas kita pakai produk ni. Saya sendiri dah cuba dan tiada kesan kuning pun tertinggal kat muka ni. Kesan dia cepat sangat kita dapat rasa, selepas pakai terus muka rasa tegang dan alhamdulillah bila di bilas muka jadi segar dan gebu je. Kadang-kadang tu rasa best sangat, rasa seolah berspa sendiri dirumah tanpa keluar duit ratus-ratus.



Kalau korang pun teringin nak cuba produk ni, boleh terus wassap diorang untuk buat tempahan di ðŸ“±0122667546 📱0172804208. Atau boleh rujuk social media mereka seperti berikut.

Post a Comment

2 Comments