HASIL CUKURAN PANTAS DAN LICIN DENGAN GILLETTE MARCH 3 BARU



Jambang, sudah semestinya aset yang sukar untuk dijaga. Bagi sesetengah lelaki bekerjaya, ianya memainkan peranan penting dalam menonjolkan keperibadian diri mereka. *tidak semua lelaki memiliki anugerah ini. Penampilan yang kemas perlu untuk menonjolkan keyakinan diri sepanjang hari khususnya semasa bekerja. Apa yang menjadi masalah utama kepada saya dalam penjagaan jambang ini adalah kerana ianya terlalu cepat tumbuh dan tidak kemas.


Oleh kerana tu, kebiasaannya saya akan melaburkan duit saya untuk ke baber shop setiap minggu untuk mengemaskannya. Kadang-kadang, saya perlu mengeluarkan duit semata-mata untuk menyelesaikan masalah kekemasan jambang yang terlalu kecil.*tapi kenapa perlu membazir duit semata-mata untuk hal yang kecil kan? Ini  kerana saya sendiri tidak terlalu yakin dan percaya dengan pisau cukur pakai buang biasa yang pernah saya gunakan. Apa yang biasa terjadi, ianya boleh menyebabkan kulit selepas bercukur tidak selasa dan bermasalah. *perkara ni boleh menyebabkan saya murung sepanjang hari. Oleh kerana pernah berhadapan dengan masalah-masalah ini, saya sendiri mula takut dan tidak percaya pada mana-mana pisau cukur murah pakai buang.


Tapi, selepas salah seorang dari kawan-kawan saya memperkenalkan Gillette Mach3® baru, dan saya sendiri telah hadir ke majlis pelancaran produkGillette Mach3® di Malaysia tempoh hari, saya mula tertarik dan yakin dengan kelebihannya. Pada majlis pelancaran produk tersebut, selebriti popular tanah air Fahrin Ahmad sendiri telah mencubanya di atas pentas dihadapan para tetamu yang hadir dan telah berkongsi tentang kelebihan produk Gillette Mach3® secara lansung.


“Saya percaya alat pencukur yang betul boleh memberikan kulit yang hebat. Kita perlu mendapatkan pisau cukur yang sesuai untuk hasil yang terbaik. Apabila anda memulakan hari dengan kulit yang hebat, minda anda juga akan memfokus untuk melakukan perkara yang hebat! & apa yang saya boleh katakan bahawa ianya cukup sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai banyak masa untuk bercukur kerana ianya mudah dan tidak memberikan masalah semasa proses cukuran.” kata Fahrin Ahmad.

3 Manfaat Utama Gillette Mach3® Turbo

1.     Bilah lebih tajam yang menggunakan daya potongan yang lebih rendah, memberikan pengalaman bercukur yang lebih selesa dan mengurangkan kerengsaan dan kesan kemerahan selepas bercukur.

2.     Teknologi salutan bilah pencukur yang maju,Teknologi Thin Uniform Telomer (TUT) memberikan kekuatan yang tinggi kepada bilah pencukur  yang halus dan mengurangkan daya potongan. Setakat ini, teknologi ini hanya boleh didapati pada Mach3® Turbo.

3.     Bar gel yang dipertingkat kini 30% lebih lebar, direka untuk sentuhan yang lebih baik dengan kulit, dan mengandungi lebih “pelincir pengalas” untuk member pelinciran dan luncuran yang lebih baik.



7 Ciri-Ciri Utama Rangkaian Gillette Mach3® Baru

1.
3 bilah berbanding 2 bilah pencukur
Apabila mencukur dengan pencukur pelbagai bilah, ia menggunakan fleksibiliti rambut di dalam folikel dan proses ini dikenali sebagai “histeresis” yang memberikan hasil cukuran yang lebih kemas dan tahan lama.

2.
Bilah yang disambung dengan spring
Dalam rangkaian Mach3®, setiap bilah dipasang secara individu pada pemegang spring. Iaber gerak ke atas dan ke bawah dan melaras secara automatic tekanan pencukuran dan jenis kulit  yang berbeza lalu menambahkan keselesaan cukuran.

3.
Pelindung kulit
Pelindung kulit  Mach3®  terdiri daripada microfin lembut dan fleksibel yang meregang kulit dengan lembut untuk menyediakan permukaan yang lebih licin kepada bilah pencukur lalu menambah keselesaan kulit dan mengurangkan kerengsaan.

4.
Pangsi hadapan
Pemegang Mach3® disambung di hadapan katrij untuk mengalihkan 50% daya ritangan agar menjauhi bilah pencukur untuk meningkatkan keselesaan kulit dan memastikan katrij mengikut kontur wajah lelaki.

5.
Binaan terbuka
Pangsi hadapan juga menghasilkan “binaan terbuka” yang membolehkan katrij dibilas dan dibersihkan dengan lebih mudah.

6.
Pemegang ergonomik
Mach3® mempunyai pemegang ergonomic dengan titik pegangan elastomer untuk memberikan pegangan yang selamat da nkawalan yang bagus dalam keadaan basah.

7.
Sistem cantuman tunggal
Sistem cantuman tunggal menyambung pemegang kekatrij bilah pencukur berputar untuk menempatkan pencukur pada posisi yang optimum di atas kulit.


Saya sendiri dah cuba, memang berbaloi, memang cukup sesuai untuk mereka-mereka yang tidak mempunyai banyak masa untuk bercukur. Hanya beberapa minit korang boleh mendapatkan cukuran yang licin tanpa merosakkan kulit korang. *korang boleh baca sendiri dalam table bagaimana pencukur Gillette mach3 baru ni boleh membantu memberikan korang hasil cukuran yang hebat!!!

Untuk makluman anda semua, rangkaian produk Rangkaian Gillette Mach3® yang baru ini boleh didapati dimana-mana pasaraya yang terdekat dengan seleksi harga yang mampu milik bermula daripada RM15.90 untuk Mach3® Classic , RM17.90 untuk Mach3® Sensitive dan RM18.50 untuk Mach3® Turbo

Post a Comment

0 Comments