BAUCAR MEMBELI-BELAH CJ WOW SHOP UNTUK AHLI TONTON VIP


Portal video nombor satu Malaysia, tonton, yang kini mempunyai lebih dari 5.9 juta pengguna meneruskan satu lagi usahasama bersama rangkaian membeli-belah inovatif, CJ WOW Shop untuk memberi sesuatu yang istimewa kepada rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada tarikh 16hb. September 2016.

Seramai seribu ahli pertama yang melanggan pakej tonton VIP dari 16 hingga 30 September 2016 bakal membawa pulang sekeping baucar membeli-belah bernilai RM30 dari CJ WOW Shop. Seribu pelanggan bertuah ini akan mendapat informasi selanjutnya melalui emel yang akan diedarkan pada minggu pertama bulan Oktober hadapan.


Mengulas mengenai usaha kerjasama itu, Pengurus Besar tonton, Ben Jern Loh berkata,“Ini merupakan keistimewaan yang diterima oleh ahli tonton VIP. Ini adalah janji kami untuk sentiasa memberikan layanan VIP kepada setiap pelanggan. Tidak terhenti setakat itu, pelanggan tonton VIP akan mendapat lebih banyak keistimewaan seperti pas eksklusif ke konsert dan majlis anugerah antaranya Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Skrin, selain diskaun istimewa ketika berkunjung ke Karnival Jom Heboh.”
Antara keistimewaan lain yang diterima sebagai ahli tonton VIP adalah akses penuh ke arkib tonton yang mempunyai lebih dari 23,000 jam drama, filem serta rancangan hiburan tempatan. Selain itu, mereka turut berpeluang untuk menyaksikan kesemua episod drama terbaru di tonton beberapa bulan lebih awal dari siaran televisyen. Lebih hebat lagi, ahli tonton VIP juga boleh memuat turun rancangan kegemaran mereka di telefon pintar menerusi aplikasi terbaru tonton untuk peranti iOS dan Android bagi menyaksikannya walaupun tanpa data internet.

Manakala baucar membeli-belah CJ WOW Shop yang diterima oleh pelanggan tonton VIP pula boleh digunakan untuk pembelian aneka produk daripada pelbagai kategori termasuk fesyen, kecantikan, digital, kediaman dan kehidupan. Semestinya faedah-faedah ini amat menarik perhatian dan memenuhi kehendak ahli tonton VIP.

Pelbagai rancangan eksklusif turut menghiasi tonton sempena Hari Malaysia ini. Antaranya ialah It’s A Date, program berbentuk biografi yang mengikuti perjalanan kehidupan anak seni seperti Mia Ahmad, Fattah Amin, Keith Foo dan Soo Wincci. Program berbentuk hiburan, Crazee Stupid Stuff pula menyaksikan hos, Sharifah Amani melakukan pelbagai perkara yang berada di luar jangkauan fikiran. Kesemuanya hanya boleh disaksikan di tonton.

Keunikan Malaysia turut ditonjolkan di tonton menerusi rancangan yang memaparkan keindahan tanah air kita dari segi budaya hinggalah ke hidangan istimewa. Antaranya Hoods, Best In The World, Jalan Jalan Cari Makan, Home coming dan Let’s Cycle.

Jangan lepaskan peluang untuk nikmati kesitimewaan sebagai ahli tonton VIP di Hari Malaysia ini. Untuk maklumat lanjut mengenai tonton VIP dan CJ WOW SHOP, sila layari tonton.com.my dan www.cjwowshop.com.my.

Mengenai CJ WOW SHOP


CJ WOW SHOP merupakan rangkaian beli-belah di rumah yang inovatif yang boleh ditonton dari televisyen, platform-platform telefon mudah-alih dan atas talian, yang membawakan kepada pengguna Malaysia suatu pengalaman untuk dari segi visual, bersifat interaktif serta imersif. Ditubuhkan pada tahun 2016, pihak syarikat mencari dan menawarkan produk dan perkhidmatan bermutu tinggi yang mampu memperkayakan gaya hidup pelanggan. Sebagai syarikat media dagang berorientasikan pelanggan yang terulung di Malaysia, kami membantu pelanggan untuk membeli-belah dalam keselesaan bersendiri, sama ada di rumah ataupun di mana sahaja, pada bila-bila masa. CJ WOW SHOP menyempurnakan lagi beli-belah di rumah dengan menyelaraskan kelebihan dan kepakaran yang terhasil dari kerjasama antara kumpulan media bersepadu terbesar Malaysia, iaitu Media Prima Berhad, dengan syarikat terkemuka global dalam bidang beli-belah di rumah dari Korea Selatan. CJ O Shopping Co. Ltd.

Jangan lepaskan peluang untuk nikmati keistimewaan sebagai ahli tonton VIP di Hari Malaysia ini dan dapat Baucar CJ WOW SHOP. Untuk maklumat lanjut mengenai tonton VIP dan CJ WOW SHOP, sila layaritonton.com.my dan www.cjwowshop.com.my.

Post a Comment

0 Comments