HARI NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS) 2016



Pada 14 – 20 Ogos 2016 nanti akan berlangsung Hari National Blue Ocean Strategy (NBOS) 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ia merupakan anjuran Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri.

NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)

Untuk pengetahuan korang, NBOS ini dikatakan berfungsi sebagai asas bagi Strategi Malaysian National Development (MyNDS) yang akan membimbing Rancangan Malaysia ke-11 dari 2016 hingga 2020. Ianya telah dicipta oleh Profesor W. Chan Kim dan Profesor Renée Mauborgne. Ia memberikan pendekatan yang kreatif dan sistematik bagi mewujudkan nilai yang tinggi pada kos yang rendah. Pendekatan baru ini telah diguna pakai oleh Perdana Menteri Malaysia bagi melancarkan NBOS. Dilancarkan pada tahun 2009, National Blue Ocean Strategy (NBOS) menekankan kepada pelaksanaan program transformasi sosial khususnya. Kini terdapat sebanyak 93 inisiatif berjaya telah dilaksanakan. Antara contoh inisiatif yang paling berjaya yang dimaksudkan adalah seperti Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Program Rehabilitasi Komuniti (CRP), rondaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC), 1Malaysia For Youth(1M4U), 1Malaysia Entrepreneurs (1MET) dan banyak lagi.

HARI TERBUKA NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS) 2016

Dijangka lebih 7000 orang akan menghadiri Hari Terbuka NBOS yang bakal dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Hari Terbuka NBOS yang bersempena dengan NBOS International Week ini juga akan dilaksanakan bersama dengan program-program lain yang berkaitan seperti berikut:

1. Larian dan Kayuhan NBOS (NBOS Run and Ride) pada 14 Ogos 2016;
2. International Conference On Blue Ocean Strategy (ICBOS) : Transforming Nations Through Creativity And Innovation 16 – 18 Ogos 2016
3. Global Blue Ocean Award 2016

PAMERAN DAN AKTIVITI DI NBOS 2016

Hari terbuka NBOS ini juga akan dimeriahkan lagi dengan pelbagai pameran dan aktiviti dari setiap kementerian dan agensi yang terbabit dengan inisiatif NBOS antaranya NSU, CODING, VIP, UTC, BR1M, MINDEF, MOHA, KPDNKK, MDEC, MOHR, MAGIC, KPKT, 1M4U, KPWKM, BIOTECH, KPM, JPA, PP1M, PR1MA, KPT, MOTAC, MOH serta MOA.

Selain dari itu, terdapat juga pameran inisiatif-inisiatif NBOS seperti, F1 simulasi oleh Petronas, booth-booth Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia serta pelbagai aktiviti menarik oleh FIT Malaysia.


Kehadiran anda juga bakal di hiburkan dengan persembahan artis-artis popular seperti Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Ronnie Hussein, Bunkface, Aizat Amdan, Sandra,Caliph Busker, 6ixth Sense, Alif Satar,Tasha Manshahar dan ramai lagi.

Anda semua dijemput hadir.

Maklumat lanjut :



Post a Comment

4 Comments