SAYA SOKONG SEPENUHNYA KEMPEN LOVE FOOD HATE WASTE


Termenung seketika bila terpandang tempat buang sampah di flat yang saya tinggal ni. Apa yang buat saya terfikir panjang, banyak-banyak sampah yang dibuang itu majoritinya adalah dari sisa makanan especially makanan yang tidak habis dimakan. *korang rasa kemana agaknya sisa-sisa makanan itu akan pegi?

PEMBAZIRAN MAKANAN !!! memang cukup membuatkan saya tidak restui. Saya sendiri sejak dari kecil memang telah di didik untuk tidak membazirkan makanan. Memandangkan saya datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, maka kebiasaanya makanan akan habis dimakan tanpa dibazirkan.

Mungkin ada yang tidak akan percaya bahawa saya sudah terbiasa untuk makan sehingga pinggan yang saya guna itu licin. Jika ada nasi yang tertinggal di mana-mana dicelah tulang sekalipun saya akan usaha untuk menghabiskannya. *ini benar-benar berlaku. Saya masih ingat lagi kata-kata ibubapa saya berkenaan hal pembaziran ini ;
Habiskan nasi yang sedang kamu makan walaupun hanya tinggal sebiji, kita tidak pernah tahu dimana letaknya KEBERKATAN untuk kita.
Ya, kata-kata ni , dan kata-kata ni masih saya pegang dan amalkan hingga ke hari ini. Bagi mereka yang tidak mengenali saya mungkin akan merasakan ianya satu perangai yang gelojoh, tapi bagi mereka yang biasa keluar makan bersama saya mereka pasti sudah terbiasa.
Pernah sekali pada beberapa tahun dahulu, saya pernah keluar makan bersama beberapa orang rakan sekuliah di universiti. Kami telah ke KFC untuk makan tengahari. Sudah menjadi kebiasaan kepada saya jika memakan ayam goreng, saya akan menghabiskanya. Jika perlu tulang ayam juga saya akan gigit untuk menghabiskan sisa isi yang ada.
Tetapi setelah dilihat oleh kawan perempuan saya ini, beliau mengatakan saya seorang yang sangat jijik dan cuba membandingkan sisa makanan beliau dengan kepunyaan saya. Ternyata dia sangat berbangga dengan sisa makanannya yang bagi saya ianya cukup untuk dikatakan membazir. Ianya memang cukup membazir.
Saya tidak pernah menyalahkan beliau dalam hal tersebut, tetapi kita perlukan mereka-mereka yang lebih sedar akan kepentingan hal ini untuk masa kini dan hadapan.

Ya saya akui, negara kita Malaysia cukup terkenal dengan kepelbagaian makanan yang enak. Saya sendiri cukup berbangga dengan kepelbagaian, keunikan dan keenakan makanan yang kita ada. *cuba korang bayangkan ada laksa, masak leak ketam, puyuh goreng, rendang tok. perghh meleleh.


Tapi malangnya, selain dari memiliki kemegahan budaya makanan kita yang unik itu, ia juga boleh membawa kepada budaya pembaziran.


Ini menunjukkan bahawa, rakyat Malaysia secara sedar mahupun tidak telah banyak membazir makanan dengan membuang berbelas ribu tan makanan sehari ke dalam tong sampah dan seterusnya ke tapak pelupusan. Hampir keseluruhan sisa-sisa makanan ini akan dihantar ketapak-tapak pelupusan untuk dilupuskan. *sedarkah korang, dengan angka yang sedemikian, ia dijangka boleh menampung makanan kepada 10 juta orang setiap hari. huh.


Cuba fikir dan bayangkan tentang mereka yang tidak mampu. Mungkin suatu hari nanti kita juga akan tidak mampu untuk bermewah-mewahan seperti hari ini, apatah lagi untuk membazir dengan apa yang kita ada.


AWAS!!! Masalah ini bukan sahaja kerana peduli tentang pembaziran yang telah berlaku, tapi makanan yang di lupuskan itu akan membebaskan gas-gas beracun seperti gas metana yang akan memberi kesan serius ke atas iklim dunia kita. *jadi jangan salahkan sesiapa jika bumi tidak seperti dulu.


Ini secara tidak langsung ia akan menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar kerana gas metana yang cepat membakar dan gas karbon dioksida yang dilepaskan melalui sisa makanan itu boleh mengakibatkan pemanasan global dan terjadinya bencana alam yang tidak pernah berlaku sebelum ini seperti banjir besar dan ribut yang kuat. *cuba korang bayangkan sendiri jika perkara ni terus berlaku, berlaku dan berlaku. Oh tidak !!! kita harus lakukan sesuatu.


Banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan hal pembaziran makanan ini berlaku. *sila baca dan amalkan jika korang sayangkan bumi kita.

1. Bawa bekas makanan ke tempat makan – ini dapat memudahkan anda menyimpan makanan yang tidak dapat dihabiskan pada bila-bila masa yang dikehendaki. Ini kerana bukan semua tempat makan menyediakan bekas untuk menyimpan makanan. Selain daripada itu, penggunaan bekas makanan ini boleh mengelakkan penggunaan bekas makanan pakai buang. *katakan tidak pada styrofoam atau polisterin.


sumber : http://www.hipwee.com/
Selain menyebabkan pembaziran dan kemusnahan alam sekitar, polisterin juga mampu menjadi pembunuh dalam senyap. *boleh baca artikel di SINI [klik] .

2. Hanya beli makanan yang diperlukan – jangan beli makanan kecuali anda pasti boleh menghabiskannya. Ini kerana, bukan semua makanan boleh disimpan. Makanan seperti buah-buahan dan sayuran mudah rosak dan tidak boleh disimpan lama. Selain daripada itu, anda mungkin akan memaksa diri sendiri untuk menghabiskan makanan yang dibeli secara berlebihan, ini bakal mengundang masalah obesity akibat pengambilan kalori yang berlebihan. Itu kalau korang dapat habiskan, jika tidak maka ke tong sampahlah jawabnya. *buat check list okay :)
Firman Allah SWT dalam surah yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” al-Isra’ ayat 27
3. Habiskan stok makanan di rumah terlebih dahulu – pastikan anda menghabiskan stok makanan yang sedia ada di rumah sebelum pergi ke pasar raya untuk membeli belah. Tidak memeriksa apa yang ada dalam peti sejuk juga antara punca berlaku pembaziran makanan yang menyebabkan membeli bahan yang sudah ada atau terlebih membeli sehingga bahan berkenaan tidak sempat untuk dimasak. Pastikan juga peti ais anda di uruskan dengan betol.


4. Elakkan membeli makanan yang tidak disukai – sekiranya anda makan di restoran dan mendapati terdapat jenis makanan yang tidak disukai dalam menu tersebut, beritahu pelayan restoran supaya tidak menghidangkannya. Sebagai contoh jika anda tidak menggemari sayur, anda akan tetap membayar harga yang sama tetapi sekurang-kurangnya anda tidak akan membuang sayur tersebut.
Saya nak oder NASI AYAM, tapi saya TAK NAK AYAM. Hahahaha boleh macam tu?
5. Kongsi makanan bersama keluarga – semasa makan bersama keluarga di restoran, jangan pesan makanan untuk setiap orang. Cubalah amalkan berkongsi makanan bersama ahli keluarga kerana kuantiti makanan yang dihidangkan tidak semestinya dapat dihabiskan oleh setiap orang. Sekiranya tidak cukup, sudah semestinya korang boleh membuat pesanan makanan tersebut sekali lagi. *mudah bukan.

6. Sederhana semasa mengadakan majlis – sekiranya anda ingin mengadakan majlis kenduri, hari jadi dan sebagainya, lakukan perancangan yang sebaik – baiknya. Ambil pendekatan sederhana dalam pemilihan menu dan kuantiti makanan yang hendak dihidangkan. Makanan yang berlebihan bukan sahaja boleh menyebabkan pembaziran makanan malah meningkatkan masalah obesiti. Jangan terikut-ikut dengan budaya menunjuk-nunjuk dengan mengadakan majlis secara besar-besaran.

7. Jangan memasak secara berlebihan – jika anda ingin menyediakan makanan di rumah, elakkan memasak makanan dengan kuantiti yang berlebihan. Cuba hadkan menu anda kepada hanya satu atau dua sumber protein, selebihnya ialah satu atau dua menu sayuran serta buahan. *dan yang lebih penting, bilangan orang yang nak makan tu.


8. Elakkan makan ketika terlalu lapar – Sekiranya terlalu lapar, secara automatic anda akan mempunyai keinginan untuk makan dalam kuantiti yang banyak. Tetapi hakikat sebenarnya anda tidak mampu untuk menghabiskan kesemua makanan itu. *ini biasa terjadi bila tibanya bulan ramadan.

9. Sedekah – Amalkan sikap suka memberi. Jika anda masak berlebihan atau mempunyai bahan makanan yang tidak makanan yang tidak boleh tahan lama di peti sejuk, berikan sedikit makanan tersebut kepada jiran tetangga atau kawan-kawan di pejabat. Makanan yang tidak sesuai diberikan kepada manusia pula boleh diberikan kepada haiwan seperti kucing. *Insyaallah disini ada keberkatannya.

sumber : greatgreenbe.wordpress.com

Kesimpulannya pembaziran makanan dapat dielakkan dengan memberi didikan kepada masyarakat Malaysia supaya bijak memilih makanan serta mengawal kuantitinya. Didikan ini perlu dilakukan sejak kecil lagi, bermula dari rumah. Pengetahuan dan pendedahan kepada kempen REDUCE, REUSE & RECYCLE perlu di beri penekanan kerana ianya sangat memberi manfaat untuk jangka masa yang panjang.

DENGAN INI SAYA MENYOKONG PENUH KEMPEN 
"LOVE FOOD HATE WASTE"

Sedikit informasi tentang Alam Flora

Alam Flora telah ditubuhkan pada tahun 1995. Ianya merupakananak syarikat DRB-Hicom dimana Alam Flora beroperasi sebagai sebuah syarikat pengurusan alam sekitar di Malaysia. Selain mengurus alam sekitar , ia juga menyediakan perkhidmatan kutipan sisa, termasuk domestik / rumah, taman, sisa besar dan yang terbaru kitar semula.

Perkhidmatan lain seperti tempat pembersihan awam, pemotongan rumput, pembersihan, tempat pembuangan sampah, pengkomposan sisa makanan, perkhidmatan landskap dan banyak lagi.

You Tubehttps://www.youtube.com/channel/ UCWEuL74ei7-u1wnB0Mu2nOg

#lovefoodhatewaste
#alamflorasdnbhd
#klbloggershunt2016

Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi kempen LOVE FOOD HATE WASTE. Kempen ini telah dianjurkan oleh pihak Alam Flora dalam usaha untuk memberi kesedaran tentang pembaziran makanan.


Post a Comment

23 Comments

  1. jangan membazir, tp ikutlah sikap kita kan

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dengan entri blog ini. Kalau makan, saya meamng selalu habiskan. Kita tak tahu, bila lagi rezeki yang sama kita akan dapat dan beside membazir adalah amalan syaitan. kadang kala saya selalu gunakan kata-kata ini untuk kawan dan anak buah yang gemar makan tak habis, makanan yang di tinggalkan tu masih boleh buat kenyang kalau orang yang kelaparan makan. Hidup senang dan banyak wang bukan tiket untuk membazir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol tu bro, nak pla masuk bulan ramadan ni mmg berlipat kali ganda la pembaziran akan berlaku

      Delete
  3. Nice Entry. Jom kita ramai-ramai support.

    ReplyDelete
  4. ya saya pun tak suka membazir..

    ReplyDelete
  5. Saya Undi Mawardi Yunus Sebagai duta Love Food Hate Waste

    ReplyDelete
  6. Jom elakkan pembaziran makanan. Makan ikut keperluan bukan nafsu tambah pula nak masuk bulan Ramadhan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan puasa ni pembaziran akan berlipat kali ganda

      Delete
  7. lets support the great campaign!

    ReplyDelete
  8. nak follow boleh
    Smile to Love Food
    Kill to Hate Waste

    ReplyDelete
  9. jom sokong kempennnn LOVE FOOD HATE WASTE..dengan ini saya menyeruuuuuu hahahaha

    ReplyDelete
  10. nice article... saya sokong alam flora

    ReplyDelete
  11. satu usaha yang baik dari alam flora! Gud luck madi!

    ReplyDelete