JUADAH BERBUKA ALA KAMPUNG DI CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR


Citarasa Asli, Aneka Rasa Menambat Selera

Pada 6hb Jun sehingga 5hb Julai 2016 nanti, CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR ada memyediakan pakej berbuka puasa yang berkonsepkan "Ala-ala Kampung" yang akan berlansung di Melting Pot Cafe.


Untuk pembuka selera, pelbagai jenis kerabu yang sangat fresh dan sedap boleh korang cuba. Antaranya seperti Kerabu taugeh, Kerabu Kacang Panjang, Jelatah Timun Nenas, Serunding Ayam, Kerabu Hati Ayam, Kerabu Mangga, Pecal Kampung, Kerabu Kacang Botol Kelapa Parut, Kerabu Telur Masin. Selain itu ada beberapa jenis ikan masin seperti Sepat, Bulu Ayam, dan Pekasam.


Rasanya pasti ramai menunggu untuk mengetahui apa hidangan panas yang mereka sediakan untuk korang berbuka puasa nanti. Sudah semestinya ianya merupakan hidangan-hidangan enak kampung yang susah untuk kita jumpa di Kuala Lumpur. Antaranya seperti Ayam Lemak Pucuk Ubi, Kari Ikan Sempoi \ Penang, Kambing Masak Cik Putih, Ketam Bercili, Gulai Urat Belimbing Buluh, Pais Udang dengan Serunding Kelapa, Rendang Tok, Tumis Pucuk Manis dengan Keledek, Kacang Panjang Tumis Udang Kering, Sayur Lemak Nangka Ikan Masin, Ayam Goreng Berempah, Sambal Tumis Sotong, Daging Masak Merah, Sambal Kering Tempe Ikan Bilis dan Telur Dadar.

Kambing Panggang + Nasi Tomato

Hidangan Kambing Panggang ini boleh korang makan dengan 2 jenis pilihan sos iaitu Sos Dadih Pudina atau Sos Lada Hitam.



Special of The Day : Sup Gearbox,  foto pojiegraphy

Menu yang menjadi tarikan utama di CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR ni adalah Sup Gear box. Seriusly saya sendiri memang suka dengan Sup Gearbox mereka. Memang meleleh la kalau dapat. *habis satu mangkuk ni saya kerjakan tau.

Selain itu, mereka juga ada sediakan cream of mushroon soup, bubur lambuk, soft roll and hard roll with butter.


Untuk hidangan pemanis mulut, korang boleh rasa pelbagai kuih-muih tradisidari kampung seperti Kuih Tepung Talam, Kuih Bingka Ubi, Kuih Kole Kacang, Buah Melaka, Kuih Ketayap, Abuk-abuk, Seri Muka, Pulut Panggang dan Bubur Pulut Hitam.

Harga Bufet Ala-ala Kampung : RM148 bersih seorang
Masa : 7.00 malam - 10.30 malam
Diskaun istimewa 15% : 6hb - 12hb Jun & 3 hb - 5hb Julai 2016
Bufet Supper (Jumaat & Sabtu) : RM80 bersih seorang
Masa : 11.00 malam - 5.00 pagi

Post a Comment

6 Comments

  1. Walaupun dah makan tetapi akak tetap terliur bila membaca dan menengok gambar...

    ReplyDelete
  2. pernah berbuka di Concorde KLIA, mmg meriah menunya
    kalau ada yg nak sponsor berbuka kat sini sedap lazat betul :)

    ReplyDelete
  3. wow..memang narik menu bufet ramadhan..
    meriah dn pebagai menu

    ReplyDelete
  4. alaa sedap2nyaaa terguda mak buyung ni tengok!!

    ReplyDelete