travel, food and lifestyle blog

Followers

PRODUK UNTUK HILANGKAN PARUT PALING POPULAR DI PASARAN

Sumber_hanasuva.com
PRODUK UNTUK HILANGKAN PARUT PALING POPULAR DI PASARAN | Parut merupakan satu masalah yang cukup membimbangkan bagi sesetengah orang termasuk MY . Ia akan lagi cukup memberi kesan jika parut tersebut berada di tempat yang tidak boleh disembunyikan seperti di sekitar muka dan tangan.

3 JENIS PARUT

Mengikut info yang MY dapat dari internet. Parut ni boleh dikategorikan kepada 3 iaitu :

Parut Hipertrofi | Parut jenis ini terbentuk sejurus selepas penyembuhan luka disebabkan oleh penghasilan tisu penghubung secara berlebihan. Parut jenis ini cenderung untuk timbul dan muncul di atas paras kulit di sekelilingnya tetapi kekal terbatas kepada kawasan kecederaan yang asal. Faktor-faktor risiko bagi parut yang timbul ialah jangkitan dan imobilisasi luka yang tidak mencukupi.

Keloid | Keloid juga dikenali sebagai parut yang membesar secara berlebihan. Ia muncul beberapa ketika selepas luka tersebut sembuh. Oleh sebab tisu penghubung dihasilkan dengan begitu banyak, parut tersebut membesar melampaui luka dan ke kulit yang sihat. Parut keloid menjadi lebih besar daripada kecederaan asal.

Parut Atrofi | Parut atrofi tenggelam sedikit kerana kekurangan kolagen. Dalam keadaan demikian, tisu parut menutupi luka tetapi tisu yang dihasilkan tidak mencukupi untuk mengisi kawasan yang rosak dengan sepenuhnya. Parut atrofi lazim berlaku selepas jerawat atau cacar air.

PRODUK UNTUK HILANGKAN PARUT

Dalam dunia serba moden sekarang, parut tidak lagi menjadi masalah yang besar kerana ianya boleh diselesaikan dengan ubat-ubat yang pelbagai di pasaran. Antaranya ialah :

Azanis Scar Serum | MY antara salah seorang pengguna produk Azanis Scar Serum ni dan ianya cukup popular di promosikan di laman sosial kerana keberkesanan dan kelebihan yang ada padanya.


Dengan Azanis Scar Serum hanya disapu pada parut dengan pergerakan membulat, dua kali setiap hari sudah cukup untuk menghapuskan parut tegar yang ada pada kulit kita. Kandungan anti oksidan yang tinggi dapat membantu untuk hasilkan sel kulit yang baru dan sihat. Selain dapat menghilangkan parut, Azanis Scar Serum juga dapat membantu selesaikan masalah Regangan kulit, warna kulit tidak sekata, penuaan kulit dan juga masalah kulit kering.

Dari testimoni pengguna menyatakan produk Azanis Scar Serum ini bagus kerana ia mampu menghilangkan parut di badan dan wajah dalam jangka masa yang singkat. Dan ia juga terbukti pada MY sendiri dengan penggunaan yang konsisten.
Azanis Scar Serum
Apa yang paling penting bagi pengguna seperti MY ni adalah produk ini mempunyai luluskan KKM, diyakini halal serta dijamin berkesan. Azanis Scar Serum semestinya halal kerana serum ini 100% hanya diperbuat dari bahan-bahan semulajadi. 1 Botol Azanis Scar Serum dikatakan boleh bertahan selama 30 hari. 

Kalau korang nak tengok testimoni dari produk Azanis Scar Serum ni boleh rujuk sini azanisscarserum.com [klik].


___________________________________________

Cica Care Silicone Scar Sheets Cica care merupakan produk yang dapat membantu merawat parut yang berbentuk kepingan gel silikon. Ianya sangat popular dikalangan pesakit untuk merawat parut luka dari pembedahan. 

Cica Care Silicone Scar Sheets | Sumber_ www.saveritemedical.com
Cica care ini dikatakan wujud dengan 2 saiz yang berbeza. Saiz yang paling kecil berukuran 12cm x 3cm manakala yang besar pula adalah 12cm x 6cm dan ianya akan melekat pada parut (self adhesion).

Mengikut dari pengalaman dari pengguna produk ini. Penggunaanya cukup rumit kerana perlu konsisten dengan cara-cara dan tempoh masa tertentu. Pengguna perlu memakai produk ini sekurang-kurangnya 12-24 sehari dan jika mengikut arahan dari kotak produk 2 hari pertama pakai, pakai selama 4 jam dan seterusnya 8 jam dan tambah lagi 2 jam untuk hari-hari berikutnya sehingga menjadi minimum 12 jam atau sebaiknya gunakan selama 24 jam.

___________________________________________

Mederma | Mederma juga merupakan salah satu dari produk yang ada di pasaran yang berfungsi untuk mehilangkan parut. Ia dikatakan mampu untuk merawat parut lama dan baru secara klinikal. Formula gel proaktif Mederma menggalakkan proses penyembuhan kulit dan menjadikan parut kurang ketara.
Mederma | Sumber_mederma-world
Mengikut review yang MY telah baca di beberapa blog. tempoh keberkesanan produk Mederma ini mengambil masa yang panjang. Ada yang menanti sehingga 2 bulan penggunaan .

___________________________________________


Dermatix Scar Reduction Gel | Dermatix ni dikatakan berupa cecair lutsinar yang pekat dan tidak melekit. Ia mudah meresap di kulit dan tidak berbau. Ia terbukti secara klinikal, untuk menghilangkan parut baru atau parut lama.
Dermatix Scar Reduction Gel | Sumber_terrywhitechemists
Untuk hilangkan parut ia bergantung kepada jenis parut. Kesan penggunaan Dermatix juga memakan masa yang lama untuk menghilangkan parut. Parut yang tak serius pun boleh megambil masa kesan pemulihan dalam tempoh sehingga 1 bulan. 
___________________________________________

Berikut merupakan beberapa produk untuk menghilangkan parut yang ada di pasaran. Tapi, antara banyak-banyak produk tu hanya produk Azanis Scar Serum sahaja MY pernah guna. Alhamdulillah setakat ni ianya cukup memuaskan hati.

Share:

KEINGINAN ATAU TANGGUNGJAWAB


KEINGINAN ATAU TANGGUNGJAWAB | Baru perasan kad matrik pelajar undergraduate di UPM sudah guna design baru.Ingatkan student master baru je.  Bukan setakat design je baru, warna pun memang Merah Mak Ngah sangat. Kadang-kadang rasa nak gelak jugak tgok design baru kat matrik UPM ni.
Kad Matrik UPM
Kad Matrik UPM
Nasib baik yang lama tu just nice. Takde la meyerlah sangat. Bukan nak mengatalah tapi nak gelak je tengok warna meriah macam tu. Apapon, kad matrik tidak menunjukkan apa-apa selain dari identiti ringkas kita. Apa yang penting, apa yang ada dalam diri kita untuk menjadi seorang pelajar.

Adakah kita cukup bersedia untuk melalui sekali lagi pengalaman hidup sebagai seorang pelajar? Atau ianya sekadar untuk mengisi masa terluang? Betolkan niat dan teruskan apa yang telak kita lalukan. Bak kata pepatah, alang-alang meyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Jika dulu ianya sekadar keinginan, tapi sekarang MY sudah mula percaya, ia juga sebagai tanggungjawab MY. Insyaallah

Doakan MY berjaya sehingga ke pentas konvokesyen dengan jayanya. 

Share:

SALOON UNISEX MURAH DI KAJANG


SALOON UNISEX MURAH DI KAJANG | Bukan senang untuk MY jaga penampilan diri. Tambah pula bila ada jambang ni. Kadang-kadang bila busy dengan urusan dunia ni memang tak terurus lah kan. Tapi ada yang kisah ke? *kekasih pun tak ada lagi eh.

hair art THE HAIR STUDIO
one of my favourite hair stylist
Tapi kalau ada event atau nak outstation, terpaksalah kemaskan diri supaya sedap mata orang memandang walaupun diri ni serba kekurangan. Kalau dulu, jambang ni biasa kemaskan sendiri je. tetapi skang rasa kekok dan tak berani nak kemaskan sendiri. *takut jugak tetiba senget sebelah ke kan. tak ke naya

Tapi sekarang tak risau, sebab bawah rumah MY ni ada satu saloon yang cukup best. nama dia it's hair art THE HAIR STUDIO. Tak hairan lah jika ramai orang datang guna service depa ni. Biasa MY gunting rambut + cuci + kemaskan jambang + wax total RM15.00 je. *serius murah.

Kat sini diorang menggunakan kupon, setiap kali datang akan dapat satu cop. Cukup 6 kali korang akan dapat redeem free hair treatment. Lepastu continue cop ke 7 sampai 12 korang boleh redeem hair treatment + buy 1 free 1 hair product.
**6 Chops  Redeem free hair treatment
*12 Chops  Redeem free hair treatment + Buy 1 Free 1 Hair Product
Apa yang membuatkan MY terus setia untuk menggunakan service diorang ni semestinya sebab murah, staf yang peramah dan yang paling penting diorang ni professional. Sangat memahami kehendak MY.

Jadi bagi korang yang nak try service diorang ni boleh rujuk maklumat kat bawah ni.


Address:
 it's hair art THE HAIR STUDIO
BG-4 Mawar Block(B), 
Jalan Putra, Taman Putra Kajang,
 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Phone:
+60 17-626 9625

Hours: 
11:00 am – 9:00 pm

Facebook :
hair art THE HAIR STUDIO

Share:

PENAWAR MASALAH RAMBUT GUGUR TERKINI


PENAWAR MASALAH RAMBUT GUGUR TERKINI | Apa yang paling menakutkan MY adalah bila rambut mula gugur. Kalau setakat gugur je okay lagi. Tapi apa yang paling merisaukan bila kepala mula gatal-gatal dan berkelumumur.

PENAWAR MASALAH RAMBUT GUGUR
masalah keguguran rambut
Siapa yang tak takut kan, dalam usia muda rambut dah jarang dan hampir tiada *OMG!!! Tapi dengar khabar ada satu produk rawatan terbaik rambut gugur ni. Jom kita tengok produk apa.

Feryal Miracle Rejuv


Feryal Miracle Rejuv
Feryal Miracle Rejuv
HARGA: 130 /botol 
KUANTITI : 100ML

Insyaallah, "Feryal Miracle Rejuv dijamin dapat membantu anda selesaikan Semua masalah di atas dan kesannya anda boleh rasa serta merta, tanpa bahan kimia merbahaya"

Siapa Yang Perlu Feryal Miracle Rejuv Ini?

Lelaki & Wanita tidak kira tua atau muda yang mempunyai masalah seperti berikut :-

# Masalah Rambut GUGUR.
# Gatal Kulit Kepala.
JERAWAT di Kulit Kepala.
Masalah Kelemumur BERSEPAH-SEPAH.
Kepala Banyak Kutu.
Kulit Kepala Banyak Daki.
Kulit kepala BERMINYAK.
Belahan rambut semakin luas.
Rambut Kusut dan Bercabang.

RAMUAN Feryal Miracle Rejuv

Feryal Miracle Rejuv di formulasikan dengan Kombinasi ARGAN OIL & JOJOBA OIL BERMUTU TINGGI khas untuk membantu masalah rambut dan kulit kepala.

ΑRGΑΝ ΟΙL Μеmbаntu mеnguаtkаn аkаr rаmbut, mеmbеrі khаѕіаt dаn mеmulіhkаn kulіt kераlа уаng rоѕаk, dаn mеnуіhаtkаn rаmbut.
ЈΟЈΟΒΑ ΟΙL Μеmbаntu mеrаngѕаng реrtumbuhаn rаmbut bаru, mеnуubur dаn mеnghіtаmkаn rаmbut dаn mеlеmbаbkаn dеngаn mеnуіhаtkаn rаmbut dаrі аkаr hіnggа kе huјung.
Dikuatkan dengan ASSENTIAL OIL Membantu melancarkan peredaran darah di kulit kepala dan menghilangkan Stress.

Formulasi hebat ini telah diuji dan 100% BEBAS dari bahan kimia yang merbahaya. Anda boleh rasakannya dengan hanya SEKALI SPRAY sahaja!. Macamana? hebat kan.

CARA PENGGUNAAN Feryal Miracle Rejuv

Hanya Semudah Spray 2 Kali Sehari, Masalah Rambut Gugur, Gatal, Kelemumur & Semua Masalah Rambut/ Kulit Kepala Boleh HILANG Sepantas 7 Hari.

"LANGSUNG TIDAK BERMINYAK & TIDAK MELEKIT"

TESTIMONIAL Feryal Miracle Rejuv

masalah keguguran rambut
Testimonial
Rujuk website untuk lebih banyak testimoni dan detail produk: 


Bagi yang berminat dengan Produk FERYAL MIRACLE REJUV korang boleh order produk ni Whatsapp/Mesej dekat nombor di bawah ni ye.

No H/P : SMS/WhatsApp : 

Taip "F70" hantar ke 019-4083001 

Link Website : 


Share:

JELAJAH MERDEKA AEON AKAR KITA ZAPIN ZON UTARA

JELAJAH MERDEKA AEON AKAR KITA ZAPIN ZON UTARA | Baru – baru ini telah berlangsungnya Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 bagi peringkat Zon Utara yang mana telah diadakan di AEON Mall Taiping Perak, selaku penaja utama program ini .

MY dan beberapa orang blogger juga telah dijemput sebagai media untuk memeriahkan program tersebut. Perjalanan kami megambil masa selama 12 jam dari Kuala Lumpur ke Taiping. Ini kerana masalah lalu lintas yang sangat teruk kerana cuti hari buruh.

suasana dalam bas 
Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Tatih Seni Malaysia , Persatuan Belia Kota Gagasan dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd serta mendapat kerjasama dan tajaan penuh dari Seputra Persiaran Ekspress – SPE selaku bas rasmi , Mingguan Malaysia selaku media rasmi, radio internet rasmi acara ini Kopstar.FM serta konvoi merdeka bersama media dan artis dibawakan bersama oleh Perdana Group 1 Malaysia dan Brotherhood Bikers Club.

HOTEL TAIPING PERDANA


Destinasi pertama kami ialah Hotel Taiping Perdana, dimana ianya merupakan penaja penginapan bagi peserta dan media yang terlibat dalam program ni.

Hotel Taiping Perdana

ZOO TAIPING


Sebelum ke AEON Taiping, kami sempat menyertai Jelajah Merdeka AEON ini ke Zoo Taiping dalam tujuan mempromosikan program ini.






AEON TAIPING




Pertandingan Zapin Mania merupakan acara utama dalam siri jelajah ini. Ia telah menyaksikan persaingan sengit diantara 4 kumpulan iaitu Tingkah Laksamana , Lasykar Tari , Lantera Mutiara dan Destar Lima. 





Kumpulan Lasykar Tari memenangi pertandingan ini bagi Zon Utara . Tahniah kami ucapkan. Namun begitu, Kumpulan Destar Lima yang memenangi tempat kedua juga turut mara ke peringkat Kebangsaan untuk berentap bersama – sama dengan pilihan zon Timur, Tengah dan juga selatan .


Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 peringkat Kebangsaan bakal diadakan pada 14 – 16 Ogos 2015 di Aeon Mall Cheras Selatan, Selangor. Manakala bagi peringkat Nusantara akan diadakan di AEON Mall AU2 Setiawangsa , Kuala Lumpur pada 21 – 23 Ogos 2015.

Hadiah pemenang Platinum, Emas , Perak dan Gangsa peringkat Kebangsaan dan Nusantara akan menerima wang tunai RM 8,000 , RM 3,000 dan RM 1,500 serta trofi yang ditaja oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Memang gempak habis program ini tambah – tambah lagi bila dapat tengok secara live

Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 seterusnya akan ke

- AEON Mall Seri Manjung Perak pada 22 – 24 Mei 2015
- AEON Mall Rawang Selangor pada 5 – 7 Jun 2015
- AEON Mall Tebrau City Johor Bahru pada 24 – 26 Julai 2015
- AEON Mall Cheras Selatan Selangor pada 14 – 16 Ogos 2015
- AEON Mall AU2 Setiawangsa Kuala Lumpur pada 21 – 23 Ogos 2015

Jadi apa lagi, mark kalendar korang masing-masing. Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri kehebatan mereka berentap .
Share:

SALAM RAMADHAN 1436 HIJRAH


“Barangsiapa yang melakukan Ibadah sunat pada bulan Ramadhan nescaya ganjarannya menyamai melakukan Ibadah-ibadah fardhu dibulan-bulan yang lain dan barangsiapa melakukan ibadah fardhu di bulan Ramadhan, ganjarannya menyamai 70 kali ganda ia melakukan ibadah tersebut di dalam bulan-bulan yang lain” –
(Maksud Hadis Riwayat Muslim)

Salam Ramadhan, MY ucapkan kepada semua pembaca blog www.mawardiyunus.com dan www.projektravel.com. Semoga amalan amalan kita pada ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya Insyaallah.
Share:

KEMPEN #TakNakSeludup !


KEMPEN  #TakNakSeludup ! | Pada 29 Mei yang lepas, MY telah berpeluang menghadiri satu majlis pelancaran Kempen #TakNakSeludup yang telah dilancarkan oleh salah sebuah syarikat media berintegrasi terkemuka Malaysia iaitu Media Prima Berhad.


Jika dulu kita pernah tahu tengan kempen #TakNakMerokok, kempen #TakNakSeludup ini pula merupakan kesinambungan dari kempen yang lepas . Ianya sempena dengan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2015 yang bertemakan 'Hentikan Perdagangan Haram Produk - produk Tembakau '. Media Prima Berhad telah melancarakan kempen ini bagi membawa mesej dan bekerjasama dalam menghentikan perdagangan produk - produk tembakau haram terutamanya rokok.


Memandangkan perdgangan tembakau haram semakin berleluasa di negara ini dan di dunia, kempen #TakNakSeludup ini bertujuan untuk menggalakkan pengguna berikrar untuk menentang dan menjauhi perdagangan tembakau haram, seterusnya megamalkan gaya hidup yang sihat. Selain itu, dengan menghapuskan rokok haram yang lebih murah *salah satu sebab rokok mudah dibeli oleh golongan remaja, kempen ini berharap dapat mengurangkan akses kepada produk tembakau bagi golongan perokok bawah umur.



HARI TANPA TEMPAKAU SEDUNIA


Untuk pengetahuan korang, Hari Tanpa Tembakau Sedunia akan diraikan di seluruh dunia pada 31 Mei setiap tahun. Ianya merupakan tanggungjawab dan usaha yang berterusan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mendidik orang ramai mengenai risiko-risiko kesihatan yang dikaitkan dengan penggunaan tembakau dan menggalakkan polisi-polisi yang efektif untuk mengurangkan pegambilan tembakau. Megenal pasti perdagangan tembakau haram sebagai ancaman yang berpotensi untuk mengurangkan insiden merokok, WHO mendedikasikan Hari Tampa Tembakau Sedunia tahun ini untuk meningkatkan kesedaran dan memerangi masalah yang makin berleluasa ini.

Jom kita lihat salah satu video kempen di thailand yang cukup berkesan :"


Jangan terkejut jika MY katakan bahawa, Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang ketiga tertinggi dari 11 negara Asia lain dalam pengambilan rokok haram. Ianya bukan sekadar bercakap kosong, tetapi statistik dan kajian telah dilakukan oleh International Tax and Investment Centre dan Oxford Economics pada 2013.

Apa yang jelas kita dapat lihat, perdagangan haram di Malaysia meninggalkan kesan yang mendalam kepada sosio-ekonimi di negara ini. Bukan sekadar itu, ia juga menjejaskan kesihatan dan keselamatah diri dan masyarakat. Usaha yang ditingkatkan oleh pihak berkuasa melalui pelbagai operasi di seluruh negara telah menbantu megurangkan perdagangan ini, Namun, disebabkan harganya yang lebih murah dan kandungan bahan kimia menagihkan yang tinggi, pegambilan rokok haram ini kekal tinggi.


Dengan ini saya juga turut berikrat #TakNakSeludup.

Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive