JELAJAH MERDEKA AEON AKAR KITA ZAPIN ZON UTARA

JELAJAH MERDEKA AEON AKAR KITA ZAPIN ZON UTARA | Baru – baru ini telah berlangsungnya Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 bagi peringkat Zon Utara yang mana telah diadakan di AEON Mall Taiping Perak, selaku penaja utama program ini .

MY dan beberapa orang blogger juga telah dijemput sebagai media untuk memeriahkan program tersebut. Perjalanan kami megambil masa selama 12 jam dari Kuala Lumpur ke Taiping. Ini kerana masalah lalu lintas yang sangat teruk kerana cuti hari buruh.

suasana dalam bas 
Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Tatih Seni Malaysia , Persatuan Belia Kota Gagasan dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd serta mendapat kerjasama dan tajaan penuh dari Seputra Persiaran Ekspress – SPE selaku bas rasmi , Mingguan Malaysia selaku media rasmi, radio internet rasmi acara ini Kopstar.FM serta konvoi merdeka bersama media dan artis dibawakan bersama oleh Perdana Group 1 Malaysia dan Brotherhood Bikers Club.

HOTEL TAIPING PERDANA


Destinasi pertama kami ialah Hotel Taiping Perdana, dimana ianya merupakan penaja penginapan bagi peserta dan media yang terlibat dalam program ni.

Hotel Taiping Perdana

ZOO TAIPING


Sebelum ke AEON Taiping, kami sempat menyertai Jelajah Merdeka AEON ini ke Zoo Taiping dalam tujuan mempromosikan program ini.






AEON TAIPING




Pertandingan Zapin Mania merupakan acara utama dalam siri jelajah ini. Ia telah menyaksikan persaingan sengit diantara 4 kumpulan iaitu Tingkah Laksamana , Lasykar Tari , Lantera Mutiara dan Destar Lima. 





Kumpulan Lasykar Tari memenangi pertandingan ini bagi Zon Utara . Tahniah kami ucapkan. Namun begitu, Kumpulan Destar Lima yang memenangi tempat kedua juga turut mara ke peringkat Kebangsaan untuk berentap bersama – sama dengan pilihan zon Timur, Tengah dan juga selatan .


Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 peringkat Kebangsaan bakal diadakan pada 14 – 16 Ogos 2015 di Aeon Mall Cheras Selatan, Selangor. Manakala bagi peringkat Nusantara akan diadakan di AEON Mall AU2 Setiawangsa , Kuala Lumpur pada 21 – 23 Ogos 2015.

Hadiah pemenang Platinum, Emas , Perak dan Gangsa peringkat Kebangsaan dan Nusantara akan menerima wang tunai RM 8,000 , RM 3,000 dan RM 1,500 serta trofi yang ditaja oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Memang gempak habis program ini tambah – tambah lagi bila dapat tengok secara live

Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 seterusnya akan ke

- AEON Mall Seri Manjung Perak pada 22 – 24 Mei 2015
- AEON Mall Rawang Selangor pada 5 – 7 Jun 2015
- AEON Mall Tebrau City Johor Bahru pada 24 – 26 Julai 2015
- AEON Mall Cheras Selatan Selangor pada 14 – 16 Ogos 2015
- AEON Mall AU2 Setiawangsa Kuala Lumpur pada 21 – 23 Ogos 2015

Jadi apa lagi, mark kalendar korang masing-masing. Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri kehebatan mereka berentap .

Post a Comment

6 Comments