travel, food and lifestyle blog

Tuesday, June 30, 2015

PRODUK UNTUK HILANGKAN PARUT PALING POPULAR DI PASARAN

Sumber_hanasuva.com
PRODUK UNTUK HILANGKAN PARUT PALING POPULAR DI PASARAN | Parut merupakan satu masalah yang cukup membimbangkan bagi sesetengah orang termasuk MY . Ia akan lagi cukup memberi kesan jika parut tersebut berada di tempat yang tidak boleh disembunyikan seperti di sekitar muka dan tangan.

3 JENIS PARUT

Mengikut info yang MY dapat dari internet. Parut ni boleh dikategorikan kepada 3 iaitu :

Parut Hipertrofi | Parut jenis ini terbentuk sejurus selepas penyembuhan luka disebabkan oleh penghasilan tisu penghubung secara berlebihan. Parut jenis ini cenderung untuk timbul dan muncul di atas paras kulit di sekelilingnya tetapi kekal terbatas kepada kawasan kecederaan yang asal. Faktor-faktor risiko bagi parut yang timbul ialah jangkitan dan imobilisasi luka yang tidak mencukupi.

Keloid | Keloid juga dikenali sebagai parut yang membesar secara berlebihan. Ia muncul beberapa ketika selepas luka tersebut sembuh. Oleh sebab tisu penghubung dihasilkan dengan begitu banyak, parut tersebut membesar melampaui luka dan ke kulit yang sihat. Parut keloid menjadi lebih besar daripada kecederaan asal.

Parut Atrofi | Parut atrofi tenggelam sedikit kerana kekurangan kolagen. Dalam keadaan demikian, tisu parut menutupi luka tetapi tisu yang dihasilkan tidak mencukupi untuk mengisi kawasan yang rosak dengan sepenuhnya. Parut atrofi lazim berlaku selepas jerawat atau cacar air.

PRODUK UNTUK HILANGKAN PARUT

Dalam dunia serba moden sekarang, parut tidak lagi menjadi masalah yang besar kerana ianya boleh diselesaikan dengan ubat-ubat yang pelbagai di pasaran. Antaranya ialah :

Azanis Scar Serum | MY antara salah seorang pengguna produk Azanis Scar Serum ni dan ianya cukup popular di promosikan di laman sosial kerana keberkesanan dan kelebihan yang ada padanya.


Dengan Azanis Scar Serum hanya disapu pada parut dengan pergerakan membulat, dua kali setiap hari sudah cukup untuk menghapuskan parut tegar yang ada pada kulit kita. Kandungan anti oksidan yang tinggi dapat membantu untuk hasilkan sel kulit yang baru dan sihat. Selain dapat menghilangkan parut, Azanis Scar Serum juga dapat membantu selesaikan masalah Regangan kulit, warna kulit tidak sekata, penuaan kulit dan juga masalah kulit kering.

Dari testimoni pengguna menyatakan produk Azanis Scar Serum ini bagus kerana ia mampu menghilangkan parut di badan dan wajah dalam jangka masa yang singkat. Dan ia juga terbukti pada MY sendiri dengan penggunaan yang konsisten.
Azanis Scar Serum
Apa yang paling penting bagi pengguna seperti MY ni adalah produk ini mempunyai luluskan KKM, diyakini halal serta dijamin berkesan. Azanis Scar Serum semestinya halal kerana serum ini 100% hanya diperbuat dari bahan-bahan semulajadi. 1 Botol Azanis Scar Serum dikatakan boleh bertahan selama 30 hari. 

Kalau korang nak tengok testimoni dari produk Azanis Scar Serum ni boleh rujuk sini azanisscarserum.com [klik].


___________________________________________

Cica Care Silicone Scar Sheets Cica care merupakan produk yang dapat membantu merawat parut yang berbentuk kepingan gel silikon. Ianya sangat popular dikalangan pesakit untuk merawat parut luka dari pembedahan. 

Cica Care Silicone Scar Sheets | Sumber_ www.saveritemedical.com
Cica care ini dikatakan wujud dengan 2 saiz yang berbeza. Saiz yang paling kecil berukuran 12cm x 3cm manakala yang besar pula adalah 12cm x 6cm dan ianya akan melekat pada parut (self adhesion).

Mengikut dari pengalaman dari pengguna produk ini. Penggunaanya cukup rumit kerana perlu konsisten dengan cara-cara dan tempoh masa tertentu. Pengguna perlu memakai produk ini sekurang-kurangnya 12-24 sehari dan jika mengikut arahan dari kotak produk 2 hari pertama pakai, pakai selama 4 jam dan seterusnya 8 jam dan tambah lagi 2 jam untuk hari-hari berikutnya sehingga menjadi minimum 12 jam atau sebaiknya gunakan selama 24 jam.

___________________________________________

Mederma | Mederma juga merupakan salah satu dari produk yang ada di pasaran yang berfungsi untuk mehilangkan parut. Ia dikatakan mampu untuk merawat parut lama dan baru secara klinikal. Formula gel proaktif Mederma menggalakkan proses penyembuhan kulit dan menjadikan parut kurang ketara.
Mederma | Sumber_mederma-world
Mengikut review yang MY telah baca di beberapa blog. tempoh keberkesanan produk Mederma ini mengambil masa yang panjang. Ada yang menanti sehingga 2 bulan penggunaan .

___________________________________________


Dermatix Scar Reduction Gel | Dermatix ni dikatakan berupa cecair lutsinar yang pekat dan tidak melekit. Ia mudah meresap di kulit dan tidak berbau. Ia terbukti secara klinikal, untuk menghilangkan parut baru atau parut lama.
Dermatix Scar Reduction Gel | Sumber_terrywhitechemists
Untuk hilangkan parut ia bergantung kepada jenis parut. Kesan penggunaan Dermatix juga memakan masa yang lama untuk menghilangkan parut. Parut yang tak serius pun boleh megambil masa kesan pemulihan dalam tempoh sehingga 1 bulan. 
___________________________________________

Berikut merupakan beberapa produk untuk menghilangkan parut yang ada di pasaran. Tapi, antara banyak-banyak produk tu hanya produk Azanis Scar Serum sahaja MY pernah guna. Alhamdulillah setakat ni ianya cukup memuaskan hati.

Share:

7 comments:

  1. Replies
    1. saya pakai ok je lisa. xde la panas sangat :)

      Delete
  2. Ok sangat pakai azanis....serum khas utk parut :)

    ReplyDelete
  3. Kalo jenis parut timbul berkesan x?

    ReplyDelete
  4. Untuk parut timbul kesan dr xcdnt brkesan x..

    ReplyDelete
  5. Untuk parut timbul kesan dr xcdnt brkesan x..

    ReplyDelete
  6. Untuk parut tampal kulit selepas bedah di kulit muka budak umur 2 tahun sesuai tak

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive