travel, food and lifestyle blog

Friday, February 06, 2015

KALAU NAK KE IOI CITY MALL PUTRAJAYA, KENA TAHU BEBERAPA PERKARA TENTANGNYA

KALAU NAK KE IOI CITY MALL PUTRAJAYA, KENA TAHU BEBERAPA PERKARA TENTANGNYA | Selesai sahaja sesi food review di Restoran Stacks by Las Vacas [klik] . Kitaorang telah megambil peluang untuk berjalan-jalan di sekitar IOI CITY MALL PUTRAJAYA ni. *tetiba rasa nak sewa motor je wat pusing-pusing dalam ni. Bapak besar tempat nie.

Bersama kelab blogger Ben Ashaari
Bersama kelab blogger Ben Ashaari
Apa yang MY nak pesan kalau ke sini. Pertama, pastikan ambil gambar nombor parking korang supaya senang untuk mencari bila nak balik nanti. *tidaklah tersesat, hilang kete nanti.

Kedua, Makanan dekat Foodcourt "FOODJUNCTION" dia sangat sampah *sory bahasa kasar. Bukan satu, dua kedai. Kebanyakan kedai makanan tak sedap. *majoriti kedai yang ada bukan warga tempatan yang masak. Korang boleh bayangkanlah kalau nasi goreng thai orang bangla yang masak. *pergh kemam sudu jela jawab dia. Please solve this problem.

Ketiga, kalau korang sesat. *kompom sesat punya ekekke. Directory yang diorang sediakan sangat tidak mesra pengguna. Korang kena belajar ilmu pengakap diraja dahulu baru leh faham. Tak ada sign "Your Are Here". *memang menambahkan lagi masalah. Kalau sesat maka jawabnya makin sesatlah ahahhaha. 

Keempat, korang kena bersiap sedia untuk menghadapi suasana sesak. Manusia macam tak pernah masuk shoppingmall semua. *termasuklah kita. ekekeke. Mana taknya, tempat sebesar macam tu pun boleh padat sendat dan liat. *ramai orang weh. Mungkin teruja dengan shopping mall besar macam ni kot.

Kelima, bersiap sedia untuk kehilangan signal telefon anda. *bukan kehilangan fon. hehe Jangan kata internet kadang-kadang tu line untuk sms dan call pun terarwah bila di sesetengah tempat kt dalam mall ni. Mungkin masih baru / bagaimana tak tahulah masalah apa. Jadi untuk dapatkan internet, pilihlah kedai-kedai atau restoran yang sesuai yang menyediakan internet untuk setiap pelanggannya. *jangan dok p megangkang je, sila beli la apa-apa kalau tak nak kena halau. hahahaha.

Harap, pihak pengurusan IOI City Mall Putrajaya dapat menyelesaikan masalah dan kekurangan yang ada. Kecuali no #1 *tu maslah diri kita sendiri. ahhaha

Share:

6 comments:

  1. 1,3,4,5 tu akak setuju sbb dah terkena..hehe..tapi yg kedua tu mmg tak pernah lagi makan kat situ so x thu camne..but since awak dah ckp mcm tu & kalau 'dorang' tu yg msk..hmmm..akk dh boleh agak..

    ReplyDelete
  2. Nampaknya its not the right time to visit there lagi kan? Banyak perkara yang perlu diperbetulkan. Tapi, I heard that their design is quite impressive!

    ReplyDelete
  3. No empat tu setuju ! Sangat pack haritu pergi. Memang pergi sekali tu jela pun. Hahahaha. Yang lain tak cuba try lagi. :D

    ReplyDelete
  4. #1 tu mmg wajib buat kalo ke shopping mall. spesis short-term memory loss hehe.

    itu hari singgal ioi mall, tapi kejap je...tak jejak smpai ke food junction. pusing2 trus jmpa kfc. alhamdulillah kenyang.

    next time kalo pgi lagi (target nak masuk District 21, err...kat ioi mall rasanya tmpt ni)..harapnya isu2 no 2-5 sudah diperbaiki..

    happy friday :)

    ReplyDelete
  5. Setakat ni tak pernah sesat lagi. makan pun biasa kat restaurant. Sedap lagi kenyang. haha, line telefon memang payah nak dapat.

    ReplyDelete
  6. semua sokong and for girls jgn pakai heels sgt..jenuh nak jalan jauh eskelator

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive