travel, food and lifestyle blog

Tuesday, February 03, 2015

Lunch di Stacks by Las Vacas @ IOI City Mall Putrajaya

Lunch di Stacks by Las Vacas @ IOI City Mall Putrajaya | Cuaca yang agak panas kebelakangan ni termasuk hari ahad lepas. Cuaca sebegini membuatkan MY jadi makin malas untuk keluar bersosial di luar. Tapi perasaan bosan kat rumah tu lagi membuatkan MY tak senang duduk. Alhamdulillah, plan punya plan, Azhari datang dari nilai untuk ke Putrajaya asalnya untuk menyerahkan resit untuk claim kepada Faizal Fredley.

Kami telah membatalkan hasrat untuk ke Putrajaya dan megalih arah ke IOI City Mall Putrajaya kerana mereka ada food review di sana. Mungkin sudah rezeki kami, secara kebetulan sampaikan kami juga ditarik masuk oleh diorang ke dalam kedai untuk sama-sama menikmati makan tengahari bersama diorang. *niat hanya untuk menghantar barang dan resit. Akhirnya jadi tetamu untuk food review di Restoran Stacks by Las Vacas .

Stacks by Las Vacas
Stacks by Las Vacas _ foto Razzwey
Lokasinya sangat mudah di cari kerana ianya betol-betol berhadapan dengan MAGNUM Cafe. Restoran ini mempunyai 2 ruangan pilihan untuk korang lepak iaitu ruangan tertutup dan ruangan terbuka. Di sebelah luarnya merupakan Restoran Johnny Rocket yang mana sangat popular dengan hiburan persembahan tarian pekerja-pekerjanya. *jadi sambil sambil dok santap tu boleh lah kita layan persembahan kedai sebelah, iye dop? hehe .

Bersama rakan Kelab Blogger Ben Ashaari menikmati burger yang disediakan oleh Las Vacas
Bersama rakan Kelab Blogger Ben Ashaari menikmati burger yang disediakan oleh Las Vacas_ foto Razzwey
Bagi mereka yang sukakan fast food, datanglah ke sini untuk try pelbagai jenis menu yang berasaskan daging yang sangat best. Apa yang penting ianya fresh . *woah mohon teruja. haha

Wagyu Burger
Wagyu Burger_ foto Razzwey
Memandangkan MY dan Azhari sampai lewat, kebanyakannya sudah habis. Apa yang tinggal iaitu menu terakhir, yang mana kalau tak silap MY ianya merupakan Burger paling mahal di outlet Las Vacas IOI City Mall Putrajaya ni. *eh betol ke?.

Ha , bagi peminat burger and fast food tu korang boleh la cuba datang sendiri dan rasa menu mereka. 

---------------------------------------------------------

Stacks by Las Vacas
Lot GE-05, IOI City Mall
IOI Resorts
62502 Putrajaya 
Wilayah Persekutuan 
Tel: +60 3 8328 0787

Share:

2 comments:

  1. Wow wagyu beef..mesti lmbut empuk burger tu..ye ke idok?..hehe

    ReplyDelete
  2. This website was... how do I say it? Relevant!!

    Finally I've found something that helped me. Kudos!

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive