Saturday, February 07, 2015

TARIKAN HEBAT PUSAT HIBURAN THE BALLROOM DI NU SENTRAL

TARIKAN HEBAT PUSAT HIBURAN THE BALLROOM DI NU SENTRAL | Seperti kebanyakan remaja, boling ni dah menjadi sesuatu yang rutin kalau keluar outing atau lepak di zaman-zaman kat universiti . Memandangkan dah berapa tahun MY meninggalkan zaman degree, maka bertahun jugak lah MY tak sentuh bola boling tu. eh.

Bersama rakan blogger di The Ballroom di Nu Sentral
Bersama rakan blogger di The Ballroom di Nu Sentral_foto Khai Artzfar
Semalam sempena pembukaan The Ballroom di Nu Sentral, maka berpeluanglah MY bermain boling secara percuma dengan kawan-kawan blogger. Apa yang MY nak katakan, *kelongkang semua. ekekeke. Sabar je lah. Jadi MY menerima kekurangan diri ini seadanya huhu.

Antara tarikan utama di The Ballroom
Antara tarikan utama di The Ballroom_foto Khai Artzfar

MENARIK DI THE BALLROOM NU SENTRAL


Apa yang menariknya di The Ballroom di Nu Sentral ni bukan hanya sekadar mempunyai 24 cosmic bowling lanes. Disini juga ada pool & dart lounge . Bagi mereka yang suka berkaraoke, The Ballroom di Nu Sentral juga mempunyai bilik KTV. Selain dari berhibur, mereka juga mempunyai Asian & Western fusion restaurant.

MENARIK DI THE BALLROOM NU SENTRAL

Bagi mereka yang ingin megadakan majlis private. Mereka juga mempunyai Kemudahan premium tambahan seperti bilik boling VIP dan bilik majlis korporat yang mana ianya dibina khas untuk apa-apa jenis majlis persendirian, korporat dan acara artis.

MENARIK DI THE BALLROOM NU SENTRAL

PROMOSI SEMPENA PEMBUKAAN THE BALLROOM


Sempena pembukaan The Ballroom di Nu Sentral ni yang bermula semlam, mereka telah menawarkan banyak diskaun hebat.

PROMOSI SEMPENA PEMBUKAAN THE BALLROOM

OUTLET:

The Ballroom @ NU Sentral
Lot 4.01, Level 4, Nu Sentral,
No. 201, Jalan Tun Sambanthan,
50470 Kuala Lumpur, Malaysia.

BUSINESS HOUR:
Dibuka setiap hari  10:00am – 1:00am

3 comments:

  1. karaoke harga mcm mana ya ? thank you

    ReplyDelete
  2. Bro harga karaoe macam mana ye, dan mcm mana pula condition bilik

    ReplyDelete

Created By Sora Templates