HARGA PASSPORT TERKINI 2015

HARGA PASSPORT TERKINI 2015 | Sekarang tengah kecoh di kalangan kaki travel kat Malaysia ni mengenai harga passport yang baru.  Dikatakan Bayaran passport Antarabangsa Malaysia untuk tempoh 5 tahun telah dikurangkan kepada RM100. *dikurangkan RM 100 ya. Bukan Dikurangkan menjadi RM100.

Passport Malaysia

Nampak gayanya, ni merupakan permulaan yang baik untuk team #ProjekTravel. Peluang baik untuk travel travel dan travel. *siapa nak ikot? jom, Tapi jangan lupa renew passport korang untuk tempoh 5 tahun ya. hehe.

PASSPORT ANTARABANGSA MALAYSIA 2 TAHUN DIMANSUHKAN

Menerusi laman web Jabatan Imigresen Malaysia ada memaklumkan bahawa bermula pada 15 Januari 2015, Pasport Malaysia Antarabangsa bagi tempoh sahlaku selama dua (2) tahun dengan kadar bayaran RM100.00 dimansuhkan. Bermula pada 15 Januari 2015, hanya Pasport Malaysia Antarabangsa tempoh sahlaku lima (5) tahun sahaja yang akan dikeluarkan dengan kadar bayaran seperti berikut :-

HARGA PASSPORT TERKINI 2015
Sumber_ http://www.imi.gov.my/

Harga atau Kadar Bayaran Passport Terkini 2015 Mengikut Kategori

  • # Permohonan biasa berumur 12 tahun hingga 59 tahun: RM200
  • # Pemohon warga emas iaitu 60 tahun ke atas: RM100
  • # Pemohon kanak-kanak umur 12 tahun ke bawah: RM100
  • # Jemaah haji: RM100
  • # Pelajar yang mengikuti pengajian luar negara: RM100
  • # OKU: Percuma tiada bayaran
Berita Baik Untuk Kaki Travel di Malaysia

Bagi kaki travel, ini sudah semestinya menjadi berita yang sangat baik. *mana taknya, lebih jimat dan tak perlu untuk selalu ke imegresen untuk renew passport. Dengan RM100 tu banyak nilainya bagi mereka yang bergelar Backpacker. Mungkin ia menjadi masalah untuk mereka yang kurang travel. *hahhahaha


Kalau korang baru nak buat passport. MY suggest buat kat Imegresen Kajang. Service tip top dan cepat. Kena pandai cari masa yang sesuai.

Jadi bagi mereka yang masih was-was dengan berita baik ni, korang boleh check sendiri di laman web Imegresen Malaysia [klik] .

p/s : Gratis disini bermaksud PERCUMA

Post a Comment

5 Comments

  1. baru tahu,lagi untung renew passport ke 5 tahun terusssss,emmmmmmm emmmmmmmm

    ReplyDelete
  2. Ok got it! Baru nak pi teman my brother buat passport pagi ni.. info ni sangat membantu. thanks mawardi :)

    ReplyDelete
  3. saya nak tanya.. nak buat passport or renew passport sekarang perlukan IC baru ke? yg ada 2 gmbr tu? saya kurg pasti berkenaan ini

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, jimatla duit sekarang zaman kene berjimat so rm100 tu banyakkkk...

    ReplyDelete