Pengalaman Pelayaran Bersama Superstar Libra | November Disember 2014 Part III

Pengalaman Pelayaran Bersama Superstar Libra  | November Disember 2014 Part III | Hari pertama begitu cepat berlalu. Tiba pula masa untuk MY kongsi cerita pelayaran ni di hari kedua kami.

30 November 2014

Baca artikel sebelum : 

01 Disember 2014

Jam 8.00 pagi kami dah mula megambil sarapan di Mariners Buffet, yang berada di deck 9. Memandangkan orang terlalu ramai, kami megambil peluang untuk makan di bahagian luar berdekatan dengan pool. *ditemani angin yang cukup mendamaikan. chewah.

Sarapan pagi di Mariners Buffet
9:00am : Selepas sarapan, kami terus stay disitu sementara menunggu masa untuk berZumba. Alang-alang Zumba Dance diorang buat di Pool side, deck 9 *jadi apa lagi. kami join la skali.
Zumba Dance with your cruise staff
9.30 am : Habis je Zumba Dance, acara seterusnya bersama Pak Nil terus berlangsung di Pool Deck tu. “Fun Game with PAK NILala, game sukaneka macam zaman-zaman sekolah dulu. Ada rebut kerusi dan macam-macam lagi. Kumpulan yang menang dapat medal. Apa yang lagi menarik, game rebut kerusi tu hadiahnya menang duit cash dari Pak Nil. *woah.
“Fun Game with PAK NIL”

Selesai je game bersama Pak Nil. Masing-masing balik ke bilik untuk bersiap untuk turun ke Phuket. Memandangkan masa agak panjang. Kami bersiar-siap sekejap disekitar cruise.

11.30 am : masa untuk lunch di Mariners Buffet, deck 9 sebelum kami turun ke Phuket.

Untuk cerita di Phuket, Korang boleh baca disini :

Selepas penat seharian di Phuket. Kami balik ke Cruise untuk meyertai program bersama Pak Nil berikutnya. 


11.15 pm : Theme Party Night with PAK NIL “PYJAMAS THEME” -Exclusive Chocolate buffet Supper  telah diadakan di Stardust Lounge, deck 5. Banyak aktiviti menarik telah diadakan termasuk meyambut Majlis Ulang Tahun Kelahiran Pak Nil sendiri bersama peminat-peminatnya yang lahir pada bulan 11 dan 12.

Acara seterusnya ialah bola beracun. Macam-macam task diorang kena buat. *dok gelak je MY dari awal sampai akhir.
bermain bola beracun
task yang dilakukan oleh peserta
Apa yang bestnya. Ramai yang dapat cash tunai dari Pak Nil*yang kecewa pun ramai hahahaha. Yang menang duit tu apa lagi. Shopping sakan la diorang kat Krabi esok.
Pakaian ikut tema
Game tak habis sampai disitu je. Untuk menentukan siapa pemenang pakaian mengikut tema malam tu. peserta terpilih juga perlu melakukan beberapa task. Siapa menang dapat cash dari Pak Nil. *memang terbaiklah.

1:00 am : Tepat jam 1.00 pagi kapal  SuperStar Libra mula berlayar ke Krabi , Thailand. 

Post a Comment

0 Comments