Monday, January 19, 2015

AKU TANYA APA KHABAR CALIPH BUSKERS | AJL29

AKU TANYA APA KHABAR CALIPH BUSKERS | Malam ni betol-betol membuatkan aku mengenal erti apa itu sabar. Ini antara beberapa status yang keluar dari wall facebook MY. Kerana apa? qu puteh .. qu puteh.. barulah putih *emmamposkalomacamni.hahaha pitam sekejap. Walaupun MY tidak menonton AJL29 pada malam ni kerana atas sebab kat rumah bujang ni tak ada tv. Maka, media social lah menjadi pengganti untuk laporan terkininya.

Persembahan yang mantap dari CALIPH BUSKERS di AJL29
Rasanya semua sudah sedia maklum dengan penampilan penyayi pilihan Edry KRU malam ni untuk membawa lagu beliau diatas pentas berprestij AJL29 ni. Siapa sangka, penyanyi buskers dari kalangan warga oku adalah pilihan Edry. Tetapi ternyata, kehebatan suara nya cukup membuatkan seluruh Malaysia terpukau. Inikan pula bagi mereka yang berpeluang menonton AJL29 ni secara live. *aku dapat rasakan, boleh berdiri bulu roma ni.wow

Edry KRU dan CALIPH BUSKERS
Bagi MY, inilah bakat yang sepatutnya kita ketengahkan. *Edry telah membuat pilihan dan keputusan yang tepat. Bakat sebenar dari dalam diri yang tunggu untuk di angkat dan bersinar. Tahniah kepada CALIPH BUSKERS dan Edry KRU

VIDEO PERSEMBAHAN CALIPH BUSKERS DI AJL29


Walaupun tidak mendapat tempat pertama dalam AJL29 ni. CALIPH BUSKERS tetap terbaik,. Inilah anugerah yang sebenar. 


MY ucapkan, semoga malam ni menjadi satu platform untuk CALIPH BUSKERS terus kehadapan dan lebih berjaya lagi. Insyaallah.

KEPUTUSAN AJL29



Juara AJL 29 : 
Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar

Tempat Kedua : 
Shila Amzah – Masih Aku Cinta

Tempat Ketiga : 
Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga

Vokal Terbaik : 
Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga

Persembahan Terbaik : 
Mojo & Caliph Buskers – Romancinta


Kredit Foto : Todak Merah

2 comments:

  1. aku menangis masa tengok geng caliph buskers buat persembahan... kat tempat kerja aku ramai je OKU yang senasib dengan dia, diorang ni gigih cari rezeki... tahniah!

    ReplyDelete

Created By Sora Templates