travel, food and lifestyle blog

Followers

Christmas Goodies at the Bistro 160 | Grand Millennium Christmas Celebration

Christmas Goodies at the Bistro 160 | Grand Millennium Christmas | Perayaan Tahun Baru Krismas hampir tiba. Memandangkan Malaysia mempunyai pelbagai jenis kaum. Kita juga akan terasa sedikit sebanyak tempias kemeriahan sambutannya.

Mengenai Perayaan Krismas


Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian.

Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (Mesir (Egypt), Habsyah (Etiophia), Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mengikuti kalender yang berlainan (kalender Julius berbanding kalender Gregory).

Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran Jesus (Anunciation). Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19.

_sumber wikipedia

Christmas Goodies at the Bistro 160


Jika sebelum ini, MY pernah berpeluang untuk makan di Seafood Buffet mereka. Dalam menantikan kedatangan Krismas yang makin hampir, Grand Millenium Hotel telah menjemput MY lagi bersama beberapa orang blogger untuk merasai sendiri pengalaman dan makanan sempena Perayaan Krismas di Bistro 160.

Chef Laurent Lherisson
Di sini anda boleh merasai sendiri pengalaman meyambut krismas yang sebenar. Menurut Chef Laurent Lherisson yang terlibat, mereka menjanjikan sesuatu kepada pegunjung mereka yang tidak dapat pulang untuk beraya di kampung halaman. Dan menyediakan hidangan khas sempena krismas seolah-olah menjadikan diri mereka seperti meyambut Perayaan Krismas ini bersama keluarga di kampung. 
Pelbagai pilihan White Chocolate Snowman, Chocolate Santa, Cookies, Candy Canes and Gingerbread
Pelbagai pilihan makanan tradisi Krismas seperti Gingerbread House, Gingerbread Santa, Gingerbread Tree, Gingerbread Bell, Mince Pies, Christmas Stolen, Black Forest Log Cake, Apple Pecan Pie, Candy Canes, Candy Floss, Christmas Cookies , Chocolate Figurines dan pelbagai jenis Chocolate bars boleh didapati di sini.

6 x Cheese & Charcuterie Board by Chef Amir
Sebahagian dari makan tengahari kami pada hari ini adalah, a combination of the Cheese and Charcuterie Board by Chef Amir . Ini merupakan pengalaman pertama dan mungkin tak akan dilupakan oleh MY bila dapat kenal dan merasai sendiri pelbagai jenis keju (cheese). Walaupun ada chesee yang sangat tidak kena dengan selera, tetapi seperti yang MY kata, ia merupakan pengalaman yang MY boleh simpan.
Minuman yang sangat sedap
6 x 3 salads in Glasses - Cold
  •                     # Roasted Pumpkin with Feta Cheese, Almond Flake and Raisin Salad
  •                     # Beetroot, Couscous, Pomegranate and French Bean Salad
  •                     # Granny Smith Apple, Celery and Walnut Salad
Chicken Roulade with White Bean, Morel Sauce, Brussel Sprouts, Pecan and Cranberry
Hidangan yang simple dan meyihatkan. Dan saya sangat mencadangkan menu ini untuk korang rasa, kerana keunikan dan kesedapannya.

With delicious Chicken Roulade
Hidangan terakhir yang kami sempat rasa adalah "Christmas desserts on High Tea Stand" .

Christmas desserts on High Tea Stand - Pastry
Selain dari menyediakan makanan yang sangat sedap. Sesuatu yang istimewa juga menanti anda untuk sambutan Krismas pada tahun 2014 ini di Grand Millenium. Apa yang MY dengar, Sudah semestinya peluang bertemu dengan Santa dan Santarina, yang paling istimewa adalah  orang salji sebenar (the real snow man) yang diperbuat dari salji sebenar, yang mempunyai saiz lebih kurang 8 kaki tinggi, ia merupakan yang pertama di KL. dan banyak perkara-perkara lain yang menarik. Bagi mereka yang meyukainya, datanglah untuk meraikan semangat Krismas di Grand Millenium Hotel Kuala Lumpur, pada 3 Disember dan seterusnya.

--------------------------------------------------------

Festive Bookings:

For more cosy gatherings with loved ones, family and friends on private function rooms are a must. Specially tailored made menus are available and price per pax starts from RM140++. For more enquiries please contact our professional catering and events teamTutyana.Ramli@grandmillenniumkl.com

For more enquiries or reservations of all festive events, restaurants or accommodation bookings, please contact us at +60 3 2117 4888 or email us at:-

Bistro 160

Room Reservations

All prices quoted are subjected to 10% service charge and 6% government tax

Website: 


Share:

JAM-PACKED PIZZA DI PIZZA HUT MALAYSIA | Pizza Blogger Party

JAM-PACKED PIZZA DI PIZZA HUT MALAYSIA | Alhamdulillah, sapa tak teruja bila ada yang nak belanja makan Pizza? *iyo dok? Tambah pula pizza tu adalah Pizza Hut kan. Jika dulu MY pernah rasa pizza Taste of Italy, kini Pizza Hut kembali dengan menu baru iaitu Jam-Packed Pizza. *agak-agak macamana la bentuk dia kan.

JAM-PACKED PIZZA DI PIZZA


Bermula dari 4 November 2014 menu JAM-PACKED PIZZA telah berada di pasaran PIZZA HUT“Piza dua lapisan, keju 3 rasa, dan inti berganda” adalah ungkapan yang jelas menggambarkan piza terbaru daripada Pizza Hut, menawarkan pelbagai cetusan rasa hebat dalam satu piza!

JAM-PACKED PIZZA
JAM-PACKED PIZZA
Sesuai dengan namanya, Jam-packed Pizza, padat dengan segala rasa yang anda inginkan, seperti sos, inti dan juga keju 3 rasa, memberikan anda dua kali kenikmatan dalam setiap gigitan!

Piza Jam-packed baharu ini adalah dua lapisan inti disusun bertingkat dengan dua kelazatan dalam setiap sajian. Kerak limpahan keju yang dilapisi tortilla rangup bersama kepingan pepperoni ayam dan sensasi sos pesto, chicken pepperoni florets, lada benggala, serta hirisan daging ayam lazat. Piza lapisan bawah melengkapi piza lapisan atas dengan kepingan pepperoni ayam dan bahan-bahan segar lain yang sememangnya menyelerakan. Kehebatan piza ini terletak pada kepadatannya dengan pelbagai rasa yang pastinya menawan setiap selera.

JAM-PACKED PIZZA DI PIZZA HUT MALAYSIA

“Ciptaan terkini daripada kami menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menikmati dan berkongsi limpahan rasa bersama keluarga dan sahabat handai,” kata Low Kang Moon, Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia

“Anda tentu tidak boleh menahan keinginan untuk menikmati piza ini kerana ianya dilimpahi dengan gandaan topping kegemaran anda. Dengan piza yang padat sebegini, mana mungkin anda dapat menolak untuk menikmatinya? Bukan itu sahaja, piza ini juga datang dengan jaminan kepuasan dan juga kombo-kombo yang memberi nilai hebat untuk wang anda,” tambah beliau.

Jam-Packed Pizza boleh didapati secara makan di restoran, bawa pulang atau khidmat penghantaran. 


Dengan tambahan hanya RM6.00, anda boleh menikmati Jam-Packed Pizza ini melalui kombo Huts Delight Meal, Big Double Box dan Big Variety Box.


Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati ciptaan unik ini!

PIZZA BLOGGER PARTY


Pizza Hut Jam-Packed Pizza Blogger Party ini telah berlangsung di Pizza Hut Maju Junction. Disini kami dapat merasa sendiri bagaimana kehebatan Jam-Packed Pizza  yang dikatakan.

Masa untuk makan
Masa untuk makan

Keterujaan dengan rasa JAM-PACKED PIZZA
Keterujaan dengan rasa JAM-PACKED PIZZA
-----------------------------------------------------

Delivery

1 300 88 2525

Facebook


Twitter


Instagram


Share:

Speak Out Internet | Mohon Bagi Penjelasan

Speak Out Internet | Mohon Bagi Penjelasan | Semenjak bermasalah dengan internet terahulu, MY cuba mencari service internet lain untuk menggantikannya kerana 70% dari kerja MY memerlukan internet. Sudah berminggu kerja tertangguh, menyebabkan MY tergesa-gesa dalam membuat pilihan. 

Speak Out Internet

Dalam masa seminggu hampir RM150  MY habiskan untuk topup data internet di smart fon MY untuk tujuan kerja . Akhirnya, terlihat satu iklan mengenai Internet Murah Speak Out yang menjanjikan kelajuan yang amat luar biasa dengan hanya RM28 ringgit untuk 30 G untuk sebulan. 

Pembelian simkad hanya berharga RM60 melalui dealer mereka. pada hari pertama, sangat teruja dengan kelajuan yang MY dapat. sehingga masuk hari ketiga, kelihatan line H+ tetapi connection sangat lembab dan seolah-olah tiada connection. 

Kenapa ini terjadi? Adakah RM28 hanya untuk penggunaan 1G untuk sebulan? Kalau ini bukan satu penipuan. Kenapa iklan seolah-olah meniyakan sesuatu disebaliknya. Mohon Pihak Speak Out perjelaskan. Saya sangat perlukan perjelasan dari kalian. Kalau dealer yang menipu, sila ambil tindakan jika boleh.


Share:

Minuman Cafe Dan Coklat Bernutrisi Dari RUZA Malaysia

Minuman Cafe Dan Coklat Bernutrisi Dari RUZA Malaysia | Siapa tak nak sihat dan cantik? Sudah pasti semua inginkannya kan. Kali ni MY sempat review jenama minuman baru Buatan Malaysia yang dijamin Halal iaitu RUZA

Disebabkan pengasasnya sedar akan citarasa kita ni pelbagai. RUZA Malaysia telah memperkenalkan 2 jenis perisa iaitu Ruza Nutri Drink Cafe Latte Mix dan Choc-o-lait mix .

 Ruza Nutri Drink Cafe Latte Mix
Choc-o-lait mix
Selain menjadi perisa kegemaran, kedua-dua perisa tersebut mempunyai khasiat tambahan iaitu manfaat kesihatan seperti campuran Pearl & Sakura Extract yang dapat meningkatkan daya hidup, Anti-inflammation dapat meningkatkan daya penglihatan. Dan apa yang menariknya juga dengan kedua-dua perisa minuman ini kerana mempunyai campuran Almond, Papaya dan Tomato Extract yang mana dapat meningkatkan metabolism, meningkatkan blood circulation dan tinggi antioxidant.

Penerangan oleh salah seorang pengasas RUZA
Penerangan oleh salah seorang pengasas RUZA
Menurut pengasas RUZA Malaysia juga, selain dari khasiat yang dinyatakan diatas, didalam minuman nutrisi mereka juga  mengandungi Calcium & Protein, amino acids yang dapat melawan osteoporosis dan meningkatkan radical pertahanan. Minuman ini jugandikatakan dapat membantu melembabkan kulit, menghilangkan parut dan membantu melawaskan sistem pencernaan.

Sesi review nutri drink dari RUZA
Sesi review nutri drink dari RUZA
RUZA Malaysia baru sahaja memperkenalkan minuman bernutrisi mereka iaitu pada september 2014 lepas dan sudah menempatkan produk mereka di beberapa vendor boutiq selain dijual melalui online shop iaitu Instagram.

Nutri Drink Choc-o-lait mix menjadi pilihan MY

Sesuai diminum oleh lelaki dan wanita. Hanya pilih perisa kesukaan korang. Yang penting ianya berkhasiat. Terdapat 20 sechet untuk sekotak dijual dengan harga RM60. bagi mereka yang berminat untuk mencuba, bolehlah terjah ke website official mereka di :
Terima kasih kepada RUZA MALAYSIA dan ASIA HORIZON


Share:

Rawatan Alternatif Berkesan Masalah Tidak Tidur Lena (Insomnia)

Rawatan Alternatif Berkesan Masalah Tidak Tidur Lena | Insomnia | Ada tak diantara pembaca blog MY ni yang mengalami masalah tidur tak lena atau masalah INSOMNIA. Mengikut kajian, Insomnia boleh diketogorikan kepada 2.

Insomnia _ Foto by londoncouncelillingdirectory

Jenis-Jenis Insomnia


Insomnia primer: bermaksud bahawa seseorang mengalami masalah tidur, yang tidak terkait dengan kondisi atau masalah kesihatan lain. Seperti tidak cukup tidur, tidak cukup rehat, kerja tidak tentu masa.

Insomnia sekunder: bermaksud bahawa seseorang mengalami masalah tidur karana masalah lain, seperti: 
  • - masalah kesehatan, seperti: asma, dll
  • - Sakit
  • - Ubat-ubatan atau zat yang digunakan, seperti: alkohol.
Kadang-kadang MY juga mengalaminya. Ia bukan kerana apa, hanya kerana kerja tidak tentu masa dan kurang masa untuk tidur. Alhamdulillah sekarang masalah tidur sudah makin pulih. Yang paling penting sudah boleh tidur dengan normal dan nyenyak.

Rawatan Alternatif Penyakit Insomnia


Alhamdulillah, semenjak menggunakan Intense Energie BC100 body lotion [klik] ni, banyak masalah kesihatan dan penyakit kronik dapat disembuhkan. Termasuklah masalah untuk tidur lena dan Insomnia. Hanya dengan sapuan dan urutan biasa, Lotion BC100 ini mudah meresap dan juga berbau wangi. Jom tengok testimoni dari kawan MY mengenai Lotion BC100 nie.

Testimonial Insomnia
Alhamdulillah, selain dari testimonial ni, ada banyak lagi testimonial berkesan bukan sahaja mengenai masalah penyakit Insomnia. Tetapi banyak penyakit kronik lain.

Kalau korang berminat untuk membeli dan mencuba sendiri produk nie. boleh lah facebook intenseenergybc100 [klik] .


Share:

Aku Ditepungkan | Happy Birthday To Me

Aku Ditepungkan | Happy Birthday To Me | Tak sangka 2014 ni banyak perkara yang berlaku dalam hidup MY, ada yang manis dan ada yang pahit. Tahun ni juga genap umur MY yang ke 25 tahun. Dan paling tak sangka, ini pertama kali Birthday aku disambut tepat pada masanya. *sebelum ni tumpang kek orang je. huhu.

Memang dah menjadi kebiasaan sambutan ulangtahun kelahiran budak-budak remaja kat Malaysia ni dengan prank. Dan aku adalah salah satu magsanya. Haritu aku ditepung habis-habisan, yang kretipnya diorang ni, tepung tu ada mix rumput-rumput lagi. *wallawei kerja sapa nie hahahaha.

Aku ditepungkan
Plan hebat diorang rupanya dah berhari-hari sebelum hari kejadian tu. Siap buat group Whatsapps lagi. Habis satu Tasik Titiwangsa kenal aku agaknya hahahha. Taktik diorang bawak aku ke sana dengan alasan nak jalan-jalan katanya. Pastu buat Tragedi November plak moto si budak khai rosak katanya. 

Dan dan lepastu gedebushhhh tepong sekilo atas kepala.*ha sapa punya kerja nie. Apa yang buat aku nak gelak dengan korang, gigih korang isi air dalam belon , pastu bawak dengan baldi bagai semata- mata nak buat prank birthday aku. hahahah. 

jamuah hari lahir
Pada sebelah malamnya pulak diorang belanja MY Kek Birthday, buat jamuan sate dan kerang bakar. Pergh. Terima kasih korang. Tak cukup dengan tu aku pun dapat sehelai baju biru . *hahhaha aku akan simpan dan ingat sampai bila-bila. Apapon aku happy dengan korang. By the way, thanks sebab sudi jadi kawan MY. Apapon jom kita layan ucapan Birthday diorang untuk MY.



Terima kasih MOKA, KHAI, EAZY, PARIS, ZUL, AMIE dan DIKBEE untuk Birthday Moment hari tu. *Zul, bahu you please. wakakkkaka. seram #muahciked


Share:

Menang Kontes #PlumpItForwardMY | Terima Kasih Kiehl's

Menang Kontes  #PlumpItForwardMY | Terima Kasih Kiehl's | Sejak dua menjak berkawan dengan geng #memekmukapenari nie MY aktif join kontes. *selama ni mampu tengok je orang join dan menang. Ni semua dorongan dari kawan blogger yang agak giler kon tes jugak iaitu Penaberkala

Tak boleh nampak kontes sikit kami nak join. Tapi adat lah kan, ada yang menang dan ada yang kalah. Setakat ni, Alhamdulillah berbaloi jugaklah join. *Termasuk yang terbaru nie. Pada awalnya join suka-suka, tak terfikir pun untuk menang. Tapi rezeki orang kata. Alhamdulillah menang. hehe.

memo dari kiehl's
Ha.. dapat apa tu. Habisla.. makin cantik, makin handsome la MY lepas ni. ahahahah *matilah statement. Apapon Terima kasih  Kiehl's .

Share:

Pendaftaran Perniagaan di SSM




Pendaftaran Perniagaan | Daftar Syarikat di SSM Putrajaya | Perniagaan dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: 

“9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” 
(Hadis riwayat Tirmizi)

Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah Rasul SAW. Bagi mereka yang melaksanakan aktiviti peniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan balasan syurga bersama para nabi, orang soleh dan syuhada’. Namun demikian, sekiranya ia dilakukan luar dari batasan syariat Islam maka ianya tidak lagi dianggap ibadat tetapi tetapi aktiviti yang boleh mendatangkan padah kebinasaan baik di dunia dan akhirat.


Sudah menjadi terlalu banyak isu tentang kepercayaan dalam dunia perniagaan ini. Tidak hanya untuk si penjual, kadang pula ada kesnya pada si pembeli, Biasanya ia terjadi dengan Perniagaan Online.

Ada akta dan undang-undang yang boleh melindungi diri kita dari tertipu dengan perkara yang tak sepatutnya. Jadi gunakan kelebihan ini untuk diri kita apabila membeli belah terutama di alam maya. Mengikut Akta Perniagaan 1956 - semua jenis perniagaan perlu didaftarkan tidak kira ia dijalankan secara sambilan atau sepenuh masa. Kepada blogger yang punyai perniagaan sendiri di alam maya, tidak kira korang hanya menjual sekecil-kecil barang atau apa sahaja yang melibatkan transaksi wang jual-beli, anda perlu daftarkan perniagaan anda.

Sebagai contoh MY sendiri, dengan meniaga secara sambilan Lotion Intense Energie BC100, MY telah mendaftarkan perniagaan ini melalui  Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pendaftaran Perniagaan dengan SSM cukup mudah. Korang boleh memilih cara online atau terus ke SSM terdekat. 

MY telah mendaftarkan perniagaan MY diatas nama Mawardi Yunus Enterprise . Dengan RM 70 setahun, MY telah mendaftarkan perniagaan ini di SSM Putrajaya

Daftar perniagaan adalah perkara yang harus untuk melindungi perniagaan korang dari disabotaj, selain dari itu juga, ia menjadi jaminan untuk melindungi pelanggan-pelanggan anda. Ini adalah salah satu cara untuk memberi keyakinan dengan perniaagaan yang kita jalankan. Kepada mereka yang suka membeli secara online, berhati-hati dan carilah perniagaan yang sah berdaftar untuk menjaga hak korang sebagai pembeli.

Sebagai pengguna, korang boleh akses info dan maklumat perniagaan atau syarikat berdaftar menerusi SSM, ia satu perkhidmatan percuma bagi membolehkan para pengguna mengetahui apakah jenis perniagaan, lokasi, siapa pemilik dan sebagainya. Setidaknya korang boleh bandingkan dengan maklumat yang ada di blog niaga yang berkenaan. Dan ia sebagai keperluan bagi korang jika ingin dakwa atau melakukan laporan penipuan kelak.

Jika korang meniaga tanpa berdaftar, tanggunglah akibat kerana korang boleh didakwa melakukan perniagaan haram di sisi undang-undang dan akta perniagaan 1956. Jadi, apa tunggu lagi, luangkan sedikit masa dan wang ringgit untuk pelaburan korang yang sah.
Share:

Keenakan Makanan Spanish di PRINCE HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR

Keenakan Makanan Spanish di PRINCE HOTEL & RESIDENCE KUALA LUMPUR | Tidak pernah terfikir untuk merasai sendiri kehebatan masakan dari Spain. Ini bukan sahaja peluang hanya untuk MY, tapi korang juga mampu untuk mengalaminya hanya 31 October sehingga 9 November 2014. *tidak perlu jauh ke Spain untuk semua pengalaman ini. Korang hanya perlu ke Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur sempena SPANISH FOOD FESTIVAL.
Bersama rakan blogger - Foto kaio.my
VIVA EL SABOR [Experience the flavours]

Bertempat di Eccucino, Prince Hotel & Residence, Kuala Lumpur. Sempena SPANISH FOOD FESTIVAL ini, mereka telah menampilkan Chef Jemputan khas dari  Barcelona (Spain) iaitu Chef Jordi Gimeno untuk berkongsi resepi dan citarasa sebenar masakan Spain .

The Many Flavors of Spain
Bertemakan "The Many Flavors of Spain", ungkapan "Viva El Sabor" membawa maksud "Experience The Flavors".Spanish Food Festival di bawah kelolaan Chef Jordi Gimeno telah tampil dengan "the best of the sea and its products". Jadi, kebanyakan makanan yang dihidangkan adalah berasaskan seafood. Antara menu istimewa yang dihidangkan adalah seperti Tapas, Black Rice, Sea and Mountain Paella, Gazpacho dan banyak lagi.

Penyediaan Spinach kebabs with chicken, prawn, beef and fried manchego cheese pintxos
Pintxos de pollo, gambus, buey y manchego frito
Penyediaan makanan secara lansung untuk pegunjung
Jom kita tengok beberapa menu hebat dari Spain yang admin sempat rasa, selongkar rahsia sebenar masakan mereka. VIVA EL SABOR [experience the flavours].

Black Fideua dan Roast Shoulder of lamb manchego style.
Ini merupakan makanan yang admin paling suka, iaitu Black Fideua (Fideua negra), memang nampak sangat euwwwww. Tapi jangan menilai dari pandangan luarnya, kerana rasanya sangat-sangat sedap. *admin cuba untuk tambah, tapi licin.sedih.huhu. Manakala yang sebelahnya pula adalah Roast Shoulder of lamb manchego style (Espalda de cordero al estilo manchego).

Red Snapper With Capsicum Sauce & Prawns - Sea Bass Filled With Mushrooms and Beef Ham With Grain Mustard
Korang juga boleh mencuba menu seterusnya ni iaitu Red Snapper With Capsicum Sauce & Prawns [ Pargo En Salsa De Pimientos Y Gambas] dan Sea Bass Filled With Mushrooms and Beef Ham With Grain Mustard [ Lubina Rellena De Setas Y Jamon Con Salsa De Mostaza].

Beef Sirloin in Salt With Orange, Chili and Garlic - Fried Cauliflawer With Aioli - Sauteed Baby Potatoes With Chorizo
Rasa Beef Sirloin in Salt With Orange, Chili and Garlic [ Entrecot a al sal con maranja, guindilla y ajo ] ni juga membuatkan admin menambah. Rasa yang sangat cukup dan memang sedap. Untuk menu sayuran, mereka ada meyediakan Fried Cauliflawer With Aioli [ Coliflor con Allioli] dan Sauteed Baby Potatoes With Chorizo [ Patatas con Chorizo].

Paella [Paella de mar montana]
Paella [Paella de mar montana] antara masakan yang popular di Spain. Ianya adalah Nasi Seafood yang memang sangat istimewa. Menu ini enjadi perhatian pada malam ini kerana keunikan dan kesedapannya.

Trio of Spanish Omelet with catalan Bread 
Omelet cara Spanish yang lain dari yang lain. Rupanya seolah-olah tempe. Tapi ianya adalah Trio of Spanish Omelet with catalan Bread [ Trio De Toryillas Espanolas Con Pa Amb Tomaquet ]

Spinach and pear fritters with almond [Bolas de espinacas con pera y almendra]
Bila dah cuba makanan utama diorang, admin tertarik dengan satu makanan ni. Spinach and pear fritters with almond [Bolas de espinacas con pera y almendra]. Memang sangat diakui, memang sedap, cukup rasa dan sifatnya. 

Selain dihidangkan dengan makanan yang lazat, mereka juga ada menyediakan persembahan musik dan tarian dari Spanyol.

Persembahan musik dan tarian sepanyol
Pegunjung juga dihidangkan dengan demonstrasi masakan daripada Chef Jordi Gimeno. Pelbagai tip menarik telah dikongsi bersama pegunjung mengenai cara masakan Spain.

Demontrasi Masakan
Penampilan Chef Jordi cukup meyakinkan pegunjung yang datang, tambah pula dengan resepi masakan yang cukup sedap. Tahniah Chef

Mengenai Chef Jordi Gimeno

Bersama Chef Jordi - Foto Penaberkala

Jom admin kenalkan Chef Jordi kepada korang.

-Berasal dari Barcelona, Spain
-Berpengalaman dalam bidang kulinari terutama masakan Spanish selama 20 tahun
-Featured dalam Michelin Guide di Catalonia dan Sardinia
-Berjaya menganjur Spanish Food Festival di beberapa buah negara seperi di Mumbai dan Bangalore (India),Abu Dhabi (Emirates United Arab) dan Lviv (Ukraine)
-Bertanggungjawab untuk tema restoran yang dibuka oleh rangkain fesyen tersohor, Replay di Europe
-Pemegang saham dalam Princess Stephenie of Monaco
-Terlibat dalam menjayakan Summit of the Heads of States in Council of the European Union pada tahun 2002
-Pensyarah Catalan language, culture and gastronomy di Universiti of Szeged (Hungary)
-Pensyarah Spanish Cuisine di Chefparede Cooking School di Budhapest (Hungary)
-Penulis Catalan yang terkenal
-The sea and its products are the key elements merupakan kepakaran beliau
-Diberi pengiktirafan dalam bidang kulinari dan juga imiginasi sains fiksi dan memenangi anugerah di -Sci-fi Literary Award di Spain pada tahun 2012
-Pengunjung juga akan dapat menemui dan memahami lebih lanjut mengenai makanan Spanyol melalui makanan dibuat secara lansung, Inilah peluang terbaik yang akan membawa anda sepenuhnya dalam budaya dan sejarah Spanyol.

Jadi, macamana? Untuk tempahan atau pertanyaan, boleh contact Restaurant Manager di talian 03- 2170 8888 ext. 8119 atauapun email kepada restaurants@princehotelkl.com.my

Dengan harga RM98++ per person, dan percuma untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah untuk setiap pembelian anda berpeluang untuk merasai sendiri Spanish food dan bersemuka dengan chef terkenal dari Barcelona, iaitu Chef Jordi Gimeno.

Mengenai Eccucino, Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur 

Eccucino terletak di Tingkat 1, iaitu di Grand Lobby Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur dengan kapasiti tempat duduk yang mampu menerima 180 pegunjung dalam satu masa. Eccucino dibuka setiap hari dari iaitu dari seawal 6:00 pagi hingga tengah malam. Bufet sarapan pagi dihidangkan 06:00 - 10:30, bufet makan tengah hari 12:00-14:30 dari Isnin hingga Jumaat, manakala makan malam bufet disajikan 18:30-22:30 setiap hari. Pilihan a la carte yang tersedia sepanjang waktu business hour. Untuk maklumat lanjut mengenai Eccucino, sila layari www.princehotelkl.com [klik]

-------------------------------------------------------------------
Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur 

Website

Facebook

Instagram

Twitter

Beribu ucapan terima kasih MY ucapkan kepada pihak Prince Hotel dan Asia Horizon Magazine, Mr Farish untuk jemputan kali ini. Bagi mereka yang inginkan lebih info tentang Travel boleh pakat ramai-ramai follow instagram Asia Horizon [klik]. Sesuatu yang menarik bakal menanti korang.

Share:

"OCEANS 11" Pesta Makanan Laut di Tengah Bandaraya | Seafood Dinner Buffet Grand Millennium KL

Pesta Makanan Laut di Tengah Bandaraya | Seafood Dinner Buffet Grand Millennium KL | Wallaweh !!! pengalaman yang cukup hebat bila dikelilingi dengan makanan laut yang cukup segar dan paling penting ianya bersaiz gergasi *hahahaha. sangat teruja. Kalau sebelum ni hanya mampu rasa makanan laut yang bersaiz biasa dan sederhana. Kali ni, suasana cukup berbeza, pelbagai jenis makanan laut dari pelbagai negara terhidang di depan mata *rasa nak pitam kejap tengok.

mempunyai 11 jenis makanan laut yang segar
mempunyai 11 jenis makanan laut yang segar
Secara tepatnya, dengan bertemakan "Oceans 11", Seafood Buffet Dinner ini mempunyai 11 jenis makanan laut yang segar. *tersedia untuk dimakan

makanan "main courses", pembuka selera, salad, sup dan pencuci mulut yang merupakan pilihan antarabangsa
makanan "main courses", pembuka selera, salad, sup dan pencuci mulut yang merupakan pilihan antarabangsa
Hidangan yang cukup besar seolah-olah makanan laut yang segar terdampar di lautan yang luas. Bayangkan semua menu makanan laut yang cukup menggoda selera anda dengan oysters, rare treasured Alaska king crabs, slipper lobsters, yabbies, flower crabs, tiger prawns, scallops, mussels dan clams yang semuanya semua diisi penuh sesak dalam mangkuk perak yang cukup "exclusive". Anda kini boleh merasainya sendiri di The Mill Café. *pergh.. mohon sediakan tisu sebelum lihat gambar-gambar kat bawah nie.

Semua makanan laut dibawah ini sudah tersedia untuk dimakan kerana ianya sudah masak. 

 Seafood Dinner Buffet Grand Millennium KL
variety of shrimps and crayfish
 Seafood Dinner Buffet Grand Millennium KL
shellfish
 Seafood Dinner Buffet Grand Millennium KL
Mussels
Sangat suka dengan perapan dan rasa "mussels" yang berwarna hitam di sebelah kanan tu. Rasa yang cukup sedap dan berempah. Tapi mengikut kata chef, ianya hanya resepi biasa tanpa ada bahan yang rahsia. *tapi apa yang diceritakan tidak seperti apa yang kami rasa. Rasanya sangat mengujakan.

 Seafood Dinner Buffet Grand Millennium KL
Crab
Ketam dengan beberapa menu berbeza, boleh dipilih mengikut citarasa diri sendiri. *tersedia untuk makan.

 Seafood Dinner Buffet Grand Millennium KL
Alaska king crabs
Alaska king crabs cukup besar dan menjadi salah salah satu makanan laut istimewa di sini. Bukan sahaja segar, isinya cukup sedap dan banyak. Dan yang paling penting, ia tidak susah untuk dimakan seperti ketam biasa di malaysia. 

 Seafood Dinner Buffet Grand Millennium KL
Cold prawns and Fresh raw oysters
Pada malam ini, sekali lagi MY berpeluang untuk makan Oyster. Dan ianya cukup fresh dan sedap bila diperah dengan lemon.*cukup dengan perahan lemon.

 Seafood Dinner Buffet Grand Millennium KL
Seafood Hot Plate (on ice & cooked a la minute)
Selain dari jenis menu makanan laut seperti diatas. Pelbagai jenis masakan makanan laut lagi ada di Ocean 11 nie. Bagi penggemar Seafood Hot Plate (on ice & cooked a la minute). Antara jenis makanan laut yang ada ialah seperti Salmon Filet, Ikan Pari , Squid, Prawn, Scallop dan Slipper Lobster. 

 Seafood Dinner Buffet Grand Millennium KL
pelbagai jenis masakan makanan laut mengikut citarasa
 Seafood Dinner Buffet Grand Millennium KL
Pelbagai jenis masakan
Selain dari itu, pelbagai jenis masakan makanan laut mengikut citarasa seperti Seafood citarasa Melayu, Seafood Citarasa Barat, Seafood Citarasa Cina dan banyak lagi ada menanti korang.

 Seafood Dinner Buffet Grand Millennium KL
Pilihan seafood terbaik
Dengan harga yang menarik iaitu RM 138 ++ untuk dewasa dan RM69 ++ bagi kanak-kanak. Selain itu, *berita baik bagi penggemar Lobster pengunjung boleh top up pada harga bufet mereka untuk menambahkan lagi pengalaman makan mereka dengan Boston Lobster dengan hanya RM108 ++ tambahan setiap lobster. The buffet includes free flow of chilled juices priced only at RM15++ per person.

 Seafood Dinner Buffet Grand Millennium KL
Boston Lobster with Mango Salsa Sauce
Bagi MY, Boston Lobster with Mango Salsa Sauce ini sangat sedap dan sesuai dengan selera rakyat malaysia. Cukup rasa masam manis yang natural membuatkan korang tak akan rasa muak walaupun sudah kenyang. Dan ia merupakan Lobster [klik] yang diterbangkan khas dari Amerika.*I highly recommended. Selain dari Boston Lobster with Mango Salsa Sauce, mereka juga mempunyai satu lagi pilihan menu Lobster, iaitu Boston Lobster with Cheesy sauce. Sangat sesuai bagi penggemar masakan berkeju.

 Seafood Dinner Buffet Grand Millennium KL
Fusili Marinara
Bukan sekadar segar, makanan laut di sini juga disediakan dalam pelbagai jenis masakan *boleh pilih sendiri ikut citarasa korang. Makanan "main courses", pembuka selera, salad, sup dan pencuci mulut yang merupakan pilihan antarabangsa. 

Bersama Chef Nazari Amir
Bersama Chef Nazari Amir
Bersama rakan media
Bersama rakan media
For more information, call 03 2117 4163 or email mill.gmkl@millenniumhotel.com. For a comprehensive look at menu, you may download it from slideshare by clicking on these links below: 





Pesanan: Tempat letak kereta percuma hanya 3 jam pertama untuk tetamu makan di restoran sahaja. Sila tunjukkan tiket parkir di kaunter restoran untuk mendapatkan cop yang disahkan.

--------------------------------------------

Grand Millennium Kuala Lumpur
160 Jalan Bukit Bintang
Kuala Lumpur, 55100
Malaysia
T. +60 3 2117 4888
F. +60 3 2142 1441

"Ocean 11" Seafood Dinner Buffet :
Every Friday and Saturday
From October 17th - December 13th 2014

Thank you Grand Millennium Kuala Lumpur for having me. Also special thanks to Miss Sharmila, MieraNadhirah dan Penaberkala.

Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive