JAM-PACKED PIZZA DI PIZZA HUT MALAYSIA | Pizza Blogger Party



JAM-PACKED PIZZA DI PIZZA HUT MALAYSIA | Alhamdulillah, sapa tak teruja bila ada yang nak belanja makan Pizza? *iyo dok? Tambah pula pizza tu adalah Pizza Hut kan. Jika dulu MY pernah rasa pizza Taste of Italy, kini Pizza Hut kembali dengan menu baru iaitu Jam-Packed Pizza. *agak-agak macamana la bentuk dia kan.

JAM-PACKED PIZZA DI PIZZA


Bermula dari 4 November 2014 menu JAM-PACKED PIZZA telah berada di pasaran PIZZA HUT“Piza dua lapisan, keju 3 rasa, dan inti berganda” adalah ungkapan yang jelas menggambarkan piza terbaru daripada Pizza Hut, menawarkan pelbagai cetusan rasa hebat dalam satu piza!

Sesuai dengan namanya, Jam-packed Pizza, padat dengan segala rasa yang anda inginkan, seperti sos, inti dan juga keju 3 rasa, memberikan anda dua kali kenikmatan dalam setiap gigitan!
Piza Jam-packed baharu ini adalah dua lapisan inti disusun bertingkat dengan dua kelazatan dalam setiap sajian. Kerak limpahan keju yang dilapisi tortilla rangup bersama kepingan pepperoni ayam dan sensasi sos pesto, chicken pepperoni florets, lada benggala, serta hirisan daging ayam lazat. Piza lapisan bawah melengkapi piza lapisan atas dengan kepingan pepperoni ayam dan bahan-bahan segar lain yang sememangnya menyelerakan. Kehebatan piza ini terletak pada kepadatannya dengan pelbagai rasa yang pastinya menawan setiap selera.

“Ciptaan terkini daripada kami menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menikmati dan berkongsi limpahan rasa bersama keluarga dan sahabat handai,” kata Low Kang Moon, Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia

“Anda tentu tidak boleh menahan keinginan untuk menikmati piza ini kerana ianya dilimpahi dengan gandaan topping kegemaran anda. Dengan piza yang padat sebegini, mana mungkin anda dapat menolak untuk menikmatinya? Bukan itu sahaja, piza ini juga datang dengan jaminan kepuasan dan juga kombo-kombo yang memberi nilai hebat untuk wang anda,” tambah beliau.

Jam-Packed Pizza boleh didapati secara makan di restoran, bawa pulang atau khidmat penghantaran. 

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati ciptaan unik ini!Dengan tambahan hanya RM6.00, anda boleh menikmati Jam-Packed Pizza ini melalui kombo Huts Delight Meal, Big Double Box dan Big Variety Box.

PIZZA BLOGGER PARTY


Pizza Hut Jam-Packed Pizza Blogger Party ini telah berlangsung di Pizza Hut Maju Junction. Disini kami dapat merasa sendiri bagaimana kehebatan Jam-Packed Pizza  yang dikatakan.

-----------------------------------------------------

Delivery

1 300 88 2525

Facebook


Twitter


Instagram


Post a Comment

2 Comments

  1. macam sedap ja pizza baru dari Pizza Hut ni..Nak cuba la nanti...

    ReplyDelete
  2. dah lama akak x layan PH coz domino ada buat promosi utk murid sekolah, bila dapat murah yg itu le yg kami kejar terutama utk parti akhir tahun kelas... tp klu untuk makan sekeluarga boleh cuba ni, terliur plak..

    ReplyDelete