Christmas Goodies at the Bistro 160 | Grand Millennium Christmas Celebration

Christmas Goodies at the Bistro 160 | Grand Millennium Christmas | Perayaan Tahun Baru Krismas hampir tiba. Memandangkan Malaysia mempunyai pelbagai jenis kaum. Kita juga akan terasa sedikit sebanyak tempias kemeriahan sambutannya.

Mengenai Perayaan Krismas


Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian.

Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (Mesir (Egypt), Habsyah (Etiophia), Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mengikuti kalender yang berlainan (kalender Julius berbanding kalender Gregory).

Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran Jesus (Anunciation). Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19.

_sumber wikipedia

Christmas Goodies at the Bistro 160


Jika sebelum ini, MY pernah berpeluang untuk makan di Seafood Buffet mereka. Dalam menantikan kedatangan Krismas yang makin hampir, Grand Millenium Hotel telah menjemput MY lagi bersama beberapa orang blogger untuk merasai sendiri pengalaman dan makanan sempena Perayaan Krismas di Bistro 160.

Chef Laurent Lherisson
Di sini anda boleh merasai sendiri pengalaman meyambut krismas yang sebenar. Menurut Chef Laurent Lherisson yang terlibat, mereka menjanjikan sesuatu kepada pegunjung mereka yang tidak dapat pulang untuk beraya di kampung halaman. Dan menyediakan hidangan khas sempena krismas seolah-olah menjadikan diri mereka seperti meyambut Perayaan Krismas ini bersama keluarga di kampung. 
Pelbagai pilihan White Chocolate Snowman, Chocolate Santa, Cookies, Candy Canes and Gingerbread
Pelbagai pilihan makanan tradisi Krismas seperti Gingerbread House, Gingerbread Santa, Gingerbread Tree, Gingerbread Bell, Mince Pies, Christmas Stolen, Black Forest Log Cake, Apple Pecan Pie, Candy Canes, Candy Floss, Christmas Cookies , Chocolate Figurines dan pelbagai jenis Chocolate bars boleh didapati di sini.

6 x Cheese & Charcuterie Board by Chef Amir
Sebahagian dari makan tengahari kami pada hari ini adalah, a combination of the Cheese and Charcuterie Board by Chef Amir . Ini merupakan pengalaman pertama dan mungkin tak akan dilupakan oleh MY bila dapat kenal dan merasai sendiri pelbagai jenis keju (cheese). Walaupun ada chesee yang sangat tidak kena dengan selera, tetapi seperti yang MY kata, ia merupakan pengalaman yang MY boleh simpan.
Minuman yang sangat sedap
6 x 3 salads in Glasses - Cold
  •                     # Roasted Pumpkin with Feta Cheese, Almond Flake and Raisin Salad
  •                     # Beetroot, Couscous, Pomegranate and French Bean Salad
  •                     # Granny Smith Apple, Celery and Walnut Salad
Chicken Roulade with White Bean, Morel Sauce, Brussel Sprouts, Pecan and Cranberry
Hidangan yang simple dan meyihatkan. Dan saya sangat mencadangkan menu ini untuk korang rasa, kerana keunikan dan kesedapannya.

With delicious Chicken Roulade
Hidangan terakhir yang kami sempat rasa adalah "Christmas desserts on High Tea Stand" .

Christmas desserts on High Tea Stand - Pastry
Selain dari menyediakan makanan yang sangat sedap. Sesuatu yang istimewa juga menanti anda untuk sambutan Krismas pada tahun 2014 ini di Grand Millenium. Apa yang MY dengar, Sudah semestinya peluang bertemu dengan Santa dan Santarina, yang paling istimewa adalah  orang salji sebenar (the real snow man) yang diperbuat dari salji sebenar, yang mempunyai saiz lebih kurang 8 kaki tinggi, ia merupakan yang pertama di KL. dan banyak perkara-perkara lain yang menarik. Bagi mereka yang meyukainya, datanglah untuk meraikan semangat Krismas di Grand Millenium Hotel Kuala Lumpur, pada 3 Disember dan seterusnya.

--------------------------------------------------------

Festive Bookings:

For more cosy gatherings with loved ones, family and friends on private function rooms are a must. Specially tailored made menus are available and price per pax starts from RM140++. For more enquiries please contact our professional catering and events team[email protected]

For more enquiries or reservations of all festive events, restaurants or accommodation bookings, please contact us at +60 3 2117 4888 or email us at:-

Bistro 160

Room Reservations

All prices quoted are subjected to 10% service charge and 6% government tax

Website: 

www.grandmillenniumkl.com

Post a Comment

1 Comments

  1. menarik..memang nampak sedap lah.. Cantek gambar MY captured.

    ReplyDelete