travel, food and lifestyle blog

Tuesday, March 25, 2014

Persia Restaurant | Restoran Hidangan Timur Tengah Pertama Di Kuala Lumpur



Persia RestaurantRestoran Hidangan Timur Tengah Pertama Di Kuala Lumpur | Dari hidangan gaya timur [klik] kita ke hidangan Utara [klik]. Tak cukup dengan tu, MY dan kawan-kawan mencuba hidangan ala Nusantara [klik] pulak. Dan kini MY mendapat jemputan untuk rasa makanan asli Timur Tengah  di "Persia Restaurant" yang dikatakan sudah 12 tahun bertapak di Kuala Lumpur iaitu sejak 2002.

Persia Restaurant
-kredit foto www.qasehdalia.com
Dan untuk pengetahuan korang semua, menurut pemilik Persia Restaurant iaitu Saudari Nafiseh, Persian Restaurant miliknya merupakan Restoran Makanan Timur Tengah yang pertama di Kuala Lumpur ni. Dan menyediakan resepi masakan original iran tehran food. Dan yang specialnya ia adalah home made style dan semestinya resepi keluarga. Kualiti makanan dijaga dan urusan di dapur restoran dijaga oleh ibu beliau sendiri. *air tangan ibu kau, patut la sedap huhu.

Persia Restaurant ini juga pernah menerima kunjungan dari Tun Dr. Mahathir iaitu mantan perdana menteri kita. Dan Mereka juga pernah menjadi pilihan restoran untuk rakaman Program Jalan-jalan Cari Makan.

Interior Design Persia Restaurant
-kredit foto www.qasehdalia.com
*amacam? teruja tak? teruja tak? . Dari luar lagi MY dah mula terpegun bila lalu di hadapan Persia Restaurant nie. Dulu mampu lalu je. Tak sangka pula semalam berpeluang untuk masuk dan merasai makanan-makanan di restoran tu.

Meja yang kami pilih untuk menjamu selera
-kredit foto www.qasehdalia.com
Kata masuk restoran Parsi kan. Tempat duduk pun nak ala-ala parsi jugaklah. *baru dapat feel timur tengah gitu. Kalau ambil seat biasa, kedai mamak presint9 Putrajaya pun ada hehe. Port ni adalah port terbaik punya kami pilih. *padahal restoran ni dah penuh, dah takde seat laind ah huhu.kbai

Ok sekarang kita tengok apa yang geng kami makan semalam di Persia Restaurant nie.*mohon pegang kotak tisu siap-siap untuk kesat air mata kejelesan. eh kbai.

Hidangan Pembuka Selera

Kashke Badinjan & Bread
Kashke Badinjan merupakan terung dimasak dengan bahan special lain. 

Homus
Ini pula adalah Homus, makanan ini dikatakan sesuai untuk menjadi pembuka selera bagi masyarakat Iran. Dan roti ni membuatkan MY angkat tangan untuk tambah. *eh buat malu je kan .ekkeke.

Shirazi Salad dan Green Salad 
Kalau tak silap di Persia Restaurant ni ada 3 jenis salad special. Untuk malam ni, MY dan geng mencuba Shirazi Salad dan Green Salad.

Okay sekarang round ke-2. Makan makanan berat .

Persian Chicken rice
The Barberry Rice with Chicken is the Persian Chicken rice. This is a specially prepared Persian style rice. The chicken itself comes with a gravy that has tomato based flavours and has a slightly sweet taste to it. You also have an option to sprinkle lime juice over the chicken to give it the extra tangyness.

Special Kebab.
The special kebab dish has portions of lamb, beef and chicken. As compared to the other items on the menu, this dish has chunks of meat as compared to minced meat. The lamb and beef were marinated in a light sauce and grilled to perfection. The beef portions that we had were very tender and as you can see from below, the exterior of the meat was lightly charred. It also serve with a palteof Sefron rice. Also enjoy fresly gilled tomato, chili and mix vegitable.

Safron Rice
Safron Rice, nasi yang seharusnya korang cuba. Dan untuk pengetahuan korang, hidangan disini mempunyai beberapa hidangan berasaskan kebab. Dan Kebab adalah hidangan paling laris dan menjadi menu pilihan pelangan yang datang ke Persia Restaurant ni.

Lamb Stew
*Waaaaa, meleleh tengok kan. Kepada penggemar masakan berasaskan kambing, hidangan ini korang wajib cuba. 

Fresh Juice
Kalau dah makan jangan lupa buat pilihan yang tepat dengan mencuba jus buhan yang segar. *huh sejuk tekak ni.

Open space Persia Restaurant
-kredit foto www.qasehdalia.com
Kalau rasa tak selesa untuk makan di dalam restoran, Persia Restaurant ni juga ada menyediakan open space yang sememangnya sangat santai untuk lepak-lepak. *sesuai la untuk kaum-kaum lelaki kan, tambah pula yang merokok tu.

Bersama owner Persian Restaurant, Saudari Nafiseh
-kredit foto www.qasehdalia.com

Terima kasih kami ucapkan kepada Saudari Nafiseh selaku pemilik Persia Restaurant atas pelawaan food review ini. Bagi sesiapa yang nak rasai keenakan Kebab dan makanan asli Parsi , di sini lah tempat dia. Alamatnya :

The Ampang Walk G-11,
No. 218 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Coordination for GPS navigation:
3.160857, 101.728410
+3° 9' 39.09", +101° 43' 42.28"

Waktu Operasi:
Monday-Sunday 11.00am- 11.00pm

Facebook :

Website :

Jangan lupa untuk gunakan hashtag #persiarestaurant bila anda kongsikan gambar hidangan bersama hidangan Persia Restaurant dilaman media sosial anda.

Share:

13 comments:

  1. Haishhhh makin berbunyi perut ena tengok entry ni. Sedapnyaaaaa. Hope one day dapat pergi makan kat sini

    ReplyDelete
  2. Nice sharing :)

    Taufiq singgah sini ye :) Jemput singgah blog Taufiq awksweetgitu.blogspot.com :) Support each other =)

    ReplyDelete
  3. keja makan je madi ni,cuba ajak aku skali next time,aku pun nk naikkan badan ni.haha

    ReplyDelete
  4. Dah makin aktif nie....good-good....

    ReplyDelete
  5. Suasana ibarat berada di dongeng Hikayat 1001 malam.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum.. mawardi,

    wah... sedap nyer makan... restoran pun cantik... view pun menarik..

    mselim3

    ReplyDelete
  7. abis tisu selai lap air mata dan air mulut... terliur boh

    ReplyDelete
  8. byk2 tu suka dgn air dia... fresh betul

    ReplyDelete
  9. Bestnya.nak datang sini nanti kalau ada rezeki lebih :)

    ReplyDelete
  10. Dah tgk smpai habis...lupa nak ikut ckp MY amik tisu...meleleh ayaq liur tgk...huhu

    ReplyDelete
  11. Dah lama teringin nak makan kat restoren nih...

    ReplyDelete
  12. nice presentation.. menyelerakan.. pasti akan try

    ReplyDelete
  13. weyh.. dekat sini ada jual baqlava tak?

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive