travel, food and lifestyle blog

Friday, March 21, 2014

Manjung Yong Tau Foo Kini Di Sungai Besi | Resepi Tradisi Warisan Keluarga

Manjung Yong Tau Foo
Manjung Yong Tau Foo Kini Di Sungai Besi | Resepi Tradisi Warisan Keluarga | Alhamdulillah. Hujan lebat membasahi bumi Allah. Hari ahad yang cukup padat dengan aktiviti. Selepas selesai majlis 1MALAYSIA GRAND PRIX SALE TREKSELEBRITI [klik], kami terus ke Sungai Besi untuk memenuhi jemputan Food Review di Manjung Yong Tau Foo .

Restoran Manjung Yong Tau Foo di Sungai Besi
Alhamdulillah kedatangan kami disambut meriah oleh pemilik Restoran Manjung Yong Tau Foo sekeluarga. *Alhamdulillah rezeki makan malam kat sini malam nie.

Untuk pengetahuan korang Manjung Yong Tau Foo ni amat popular di Manjung, Perak. Jadi diatas permintaan pelanggan-pelanggan, mereka mengambil alternatif untuk mengembangkan business Yong tau Foo mereka ke Kuala Lumpur iaitu di Sungai Besi. Cawangan di Sungai Besi dikatakan masih baaru beroperasi iaitu pada awal Februari 2014 lepas.

Penyediaan manjung Yong Tau Foo
Sejarah MANJUNG YONG TAU FOO bermula pada tahun 1986 dimana ianya telah di usahakan oleh sebuah keluarga bekas askar Tuan Haji Rashidi. Mereka telah memulakan perniagaan ini di tapak pasar malam dan berjaya menaiktaraf perniagaan warisan keluarga kepada kedai makan yang dikenali sebagai DARUL HUDA CORNER. Kini setelah lebih 25 tahun perusahaan itu telah di warisi oleh generasi ke generasi dan masih mengekalkan keaslian rasa Yong Tau Foo sebenar. Kelainan MANJUNG YONG TAU FOO ini dengan gerai Yong Tau Foo lain adalah pada kuah dan sambal Yong Tau Foo nya. Dan ia sudah semestinya Halal untuk orang islam. Kini nama MANJUNG YONG TAU FOO telah melebarkan empayar di Lake Fields Kuala Lumpur.

Geng Blogger

Apa yang kita fikir bila orang bercakap tentang Yong Tau Foo? Kalau MY "pilih, celup air panas, mkan dengan sos kacang". * ha lebih kurang gitula

Manjung Yong Tau Foo
Tapi di MANJUNG YONG TAU FOO berbeza kekuatan rasanya terletak pada kuah sup bersama dengan sambal pedas manis yang merupakan "Secret Recipe" yang di cipta sendiri oleh pemiliknya.

Bersama Pemilik Manjung Yong Tau Foo di cawangan Sungai Besi
Kami di perkenalakan oleh waris generasi ke 3 pemilik Manjung Yong Tau Foo di cawangan Sungai Besi KL ni.

Kuew Teuw Kerang Yong Tau Foo
Selain dari Resepi hebat Yong Tau Foo, mereka juga ada menyediakan beberapa menu makanan lain untuk pilihan pelanggan mereka. Antara menu yang sempat MY dan rakan blogger rasa adalah Kuew Teuw Kerang Yong Tau Foo.


*Serius memang sedap. Kenikmatannya lagi terserlah bila digaulkan dengan sos sambal pedas manis yang memang menyegat tu. *pergh memang kesedapan tak terkata

Mee Bandung Yong Tau Foo
Mee Bandung Yong Tau Foo juga merupakan salah satu menu special yang mereka cuba sampaikan kepada pelanggan mereka. Ia juga menjadi salah satu pilihan popular di restoran ni. *tengok pun tahu macamana rasanya. Selain dari menu-menu ni, mereka juga ada menyediakan menu istimewa  Nasi Itik Madu, Nasi Ayam Madu dan makan-makan goreng yang lain.

D'Bandung Special
D'Bandung Special menjadi pilihan kami untuk malam itu. *Pergh memang meleleh habaq hang. Sedap sungguh, rasa macam nak mintak tambah je lagi huhu. ak dah. *nasib baik tahu malu, kalau tak dah mintak dah. ekekeke. 

Perasaan keterujaan itu datang
Korang pun wajib try D'Bandung Special nie kalau ke sini. Sedap secukup rasa gandingan bandung, cincau, aiskrim dan rasa sodanya boleh meleleh air liur korang hahaha.*tangkap leleh beb. Air lain pun ada seperti Bandung Soda, Bandung Cincau, Bandung Strawbery dan minuman-minuman jus buah-buahan dan lain-lain.*banyak pilihan tu


Lokasi Manjung Yong Tau Foo di Kuala Lumpur adalah berhampiran dengan LRT Sungai Besi. Ianya berada di area Trillium Sungai Besi iaitu kawasan perniagaan atau kedai 3 tingkat dan Restoran ni betul-betul berada bersebelahan dengan Bank Muamalat.

Lokasi Manjung Yong Tau Foo di Kuala Lumpur

3•03'36.1"N 101•42'36.0"E

Manjung Yong Tau Foo beroperasi pada setiap hari dan  akan tutup 2 hari dalam masa sebulan. Manakala waktu operasi adalah daripada pukul 12 tghari sehingga 12 tghmalam. Selain daripada menyediakan makan di restoran, Manjung Yong Tau Foo juga ada menyediakan perkhidmatan catering. Untuk tempahan atau info boleh hubungi mereka seperti maklumat di bawah:-

Instagram : manjungytf [klik]
Phone : 019-3558533 (En Amirul)
Email : manjungytf@yahoo.com
 #manjungyongtaufoook

Share:

18 comments:

  1. Wow semuanya favorite kita ni..Dah lama tak makan Yong Tou Fuu....

    ReplyDelete
  2. Perghhhh!!! mame nampak sedap madi... akak pernah gak pergi ada satu kedai yong tau foo yg popular nama x ingat tpi dia dekat kg pandan... penuh org kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak kena try yang ni. memang best gile

      Delete
  3. dekat dah.tak ajak pun pi review

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh pasni leh la bro p slalu huhu

      Delete
  4. Replies
    1. ya ribba. hirup sup sampai lupa ada makanan lain akan menyusur. huhu. sampai kekeyangan

      Delete
  5. Memang kena repeat dengan famili sebab rasa sup dan cili yang mengancam.

    ReplyDelete
  6. Wah. Ini menarik ni. Mesti cepat2 serbu tempat ni. Hahaha

    ReplyDelete
  7. Tahniah ustaz.. alhamdulillah rezeki yg tidak terhingga.

    ReplyDelete
  8. X sangka da berkembang bisnes dia.... Owner dia salah sorang insan yg sy kenali sgt : ).... Dan mmg sedap dari dlu smpai sekarang....

    ReplyDelete
  9. X sangka da berkembang bisnes dia.... Owner dia salah sorang insan yg sy kenali sgt : ).... Dan mmg sedap dari dlu smpai sekarang....

    ReplyDelete
  10. alamak hai. dah la feberet kita mee bandung. sodapnyeerr... hihi. ^_^


    http://myarcrafting.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum...bro mawardi,

    wahh.. teruja mselim3 tgk ais cream ... pehhh.. sedap sangat.. terliuh.

    mselim3

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive