travel, food and lifestyle blog

Tuesday, March 18, 2014

Kenikmatan Resepi Cholek | CholeQ Citarasa Seluruh Malaysia



Kenikmatan Resepi Cholek | CHOLEQ Citarasa Seluruh Malaysia |  Kalau di Kelantan memang famous sangat la kalau kita bercerita pasal Cholek nie. * boleh memleleh air liur kalau dengar. Tapi sayang, ianya bermusim dan pada masa-masa tertentu je. Tapi bukan Kelantan aja ada cholek nie. Negeri lain pun ada, cuma perbezaan pada sedikit resepi dan panggilan. 


Malam ni MY bertuah kerana dapat jemputan dari yang mana ia merupakan restoran yang menyajikan pelbagai jenis cholek di seluruh Malaysia mengikut tempat dan signature menu mereka seperti :

Choleq Perut Tanah Merah
Choleq Ayam Cherang
Choleq Ayam Pasir Puteh
Choleq Pelempong Pohon Cheri
Choleq Ikan Seberang Takir
Choleq Sotong Tg. Lumpur
Choleq Udang Penarik
Choleq Kerang Bagan Lalang
Choleq Keropok Lekor Kuala Besut. dll

Jika korang perhatikan betul-betul menu yang Restoran CHOLEQ ni sediakan. Dimana mereka ada kekuatan tertentu untuk pelanggan mereka. Di himpunkan beberapa menu utama yang menjadi signature kepada sesuatu tempat untuk di letakkan dibawah satu bumbung. *wow bukan senang tu.

CHOLEQ merupakan Bistro yang diwujudkan khas bagi menghimpunkan semua jenis makan 'Colek' dari seluruh Malaysia. 'Colek' utama adalah dari Pantai Timur Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu & Pahang_CholeQ Delight

Interior Restoran Choleq
Hiasan dan susun atur Restoran CHOLEQ  sangat-sangat menarik dan menggamit memori silam. *chewah ayat kemain. huhu. Jangan risau bagi mereka yang kurang selesa untuk berada dalam restoran kerana open space pun ada untuk mereka-mereka yang suka pada udara luar. huhu.


Dari segi persembahan makanan pun sangat-sangat menarik.*jom terjah apa yang kami cuba malam tu.

Choleq Perut Tanah Merah
Choleq Perut Tanah Merah ni merupakan menu yang paling popular kat Restoran Choleq ni. Ia ada resepi dan rasa yang memang lain dari yang lain. Hanya boleh dapat di Kelantan. Tapi sekarang ia sudah boleh didapati di sini.

Choleq Ayam Cherang
Ni kalau orang Kelantan kenal la kan.  

Choleq Buah
Choleq Buah antara makanan kegemaran MY. Campuran buah-buah dengan cholek (sos) yang istimewa memang mengingatkan suasana-suasana kat kampung huhu. Biasa yang ni ada jual kat pasar ramadhan je. Susah kalau nak cari kalau hari biasa.

Choleq Ikan Seberang Takir
Choleq Ikan ni memang terbaik, rasa manis-manis ikan kembung tu memang memberi selera lagi untuk terus makan hehe. Sudah semestinya ikan yang sangat fresh.

Choleq Sotong Tg. Lumpur
Kalau korang pernah ke Kuantan, pasti akan terlintas akan kesedapan Sotong Goreng Tepung Tg. Lumpur. *Waa sini pun ada, tak payah pergi jauh-jauh huhu.

Jus Buah 3 layer
Ha, yang ni memang terbaik, tower style. Kata owner Restoran CHOLEQ , ilham ni diambil semasa ke Thailand. Yang tu tak penting sangat, apa yang penting jus dia memang terbaik 100% pure juice. *pergh memang best.

Senarai menu beserta harga
Amacam dengan harga dia? Sangat berpatutan kan. Jadi MY rasa korang pun patut datang ke Restoran Choleq ni, bukan apa, kesedapan terbukti bila geng-geng ni mula membungkus Choleq ni untuk dibawa balik. *bawa balik untuk family kononnya kan. hahahahaha.Excited sorang-sorang bungkus bawak balik. huhu

Temuramah bersama owner Restoran Choleq
*Okay, makan dah, minum pun dah. Jadi sampai masanya kita untuk korek rahsia owner kedai nie. hehehe. Okay tengok perut memasing eh lol * abaikan, kbai.

Menurut En. Azimin, merangkap owner kepada Restoran CHOLEQ  ni, restorant ni baru sahaja beroperasi awal Januari 2014. * memang masih baru. Dalam tempoh sebulan lebih baru. Restoran CHOLEQ  ni juga sudah menjadi destinasi restoran pilihan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.

bergambar bersama En. Azimin owner Restoran CholeQ
Lokasi restoran sangat mudah untuk dijejaki kerana ia berhampiran dengan Petronas area Uptown Jalan Reko [klik]. Yang beralamat:


Jalan Reko Sentral 1, Reko Sentral, Jalan Reko
43000 Bangi, Malaysia

Ianya dibuka dari hari isnin hingga ahad dari jam 4.00 pm - 1.00 am.

Untuk maklumat lebih lanjut leh ke FacebookPageCholeQ [klik]


Restoran CholeQ
Jika anda bernasib baik, pada malam tertentu akan ada persembahan dikir barat berdekatan dengan Restoran CHOLEQ  . Jadi kalau memang bernasib baik dapat free show la ye huhu.

Lokasi restoran memang strategik dan sangat senang untuk dicari. So, korang tak perlu risau.

Foto ehsan dari pemilik blog www.eazyizzuddin.com [klik]


Share:

19 comments:

  1. sedapnye choleq2 tuh.. perghhh..meleleh air liuq :P

    http://www.norainyusoff.com/2014/03/tutorial-shawl-labuh-dengan-gunakan.html

    ReplyDelete
  2. adoi, tengok gambar colek sini terliur weh
    lagi-lagi klu buleh make colek perut..sedaknyoooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, nnti mai kajang kita makan puas2

      Delete
  3. bestnye... nmpk sedap semua.. hrga pun not bad.. nk kna try ni...

    ReplyDelete
  4. Bro.... tak sempat sesi food review aritu.... so kena pegi sendiri la nampaknya ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti pergi bro. kena try hehehehe.

      Delete
  5. ermm kena pi gak ni, semalam lalu je depan kedai tapi tak singgah pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol ruginya huhu. nnti kna singgah huhu

      Delete
  6. look delicious... should drop by nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bungkus ikat tepi pom boleh eh huhu

      Delete
  7. sangat sedap hehe ..boleh lepak sama ngan abg mawardi eh hehe

    ReplyDelete
  8. Boleh cobak...! (bila dapat gaji nanti) hehe

    ReplyDelete
  9. Teliuq! Nk kna g pekena nihh..meleleh dh rse..tiap mlm ko bkk??

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive