[BERITA] Sultan Brunei Isytihar Laksana Hudud | Brunei Laksana Hukum Hudud

Sultan Brunei Isytihar Laksana Hudud | Brunei Laksana Hukum HududSultan Hassanal Bolkiah iaitu sultan Brunei telah Isytihar Laksana Hukum Hudud di Brunei semalam.

Bandar Seri Begawan: Sultan Brunei semalam memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina. Mengumumkan keputusan itu, beliau merujuk langkah berkenaaan sebagai yang bersejarah pelaksanaan undang-undang Islam sebenar di negara itu. 

Sultan Hassanal Bolkiah, 67, antara lelaki terkaya di dunia, berkata, akta baru undang-undang syariah yang dikaji selama bertahun-tahun itu diperkenalkan secara rasmi semalam di negara yang kaya dengan minyak itu mengikut tempoh percubaan selama enam bulan. 

Berdasarkan kes terhadap individu, undang-undang itu meliputi hukuman termasuk merejam hingga mati kerana berzina, memotong tangan kerana mencuri dan sebat kerana pelbagai kesalahan seperti pengguguran kandungan hingga kepada meminum arak.

Akta itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada umat Islam. 

“Dengan izin Allah, dengan menguatkuasakan undang-undang ini, tanggungjawab kami terhadap Tuhan sudah ditunaikan,” katanya. 

Sebagai pemimpin negara yang keluarganya menguasai negara yang kaya dengan minyak itu selama enam abad, beliau pertama kali menggesa hukuman hudud dilaksanakan pada 1996. 

Brunei sebelum ini mengamalkan pemerintahan lebih konservatif berbanding negara jiran Islamnya di Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Indonesia, seperti mengharamkan penjualan dan kegiatan minum arak secara terbuka. -AFP

.

Post a Comment

17 Comments

  1. sultan mana bleh celen sultan brunei ni..

    ReplyDelete
  2. wahn hebat sultan brunei nie kan....

    lepas nie mudahan gejala yang terlarang berkurangan..

    ReplyDelete
  3. mudah-mudahan brunei di berkati Allah..hudut terlaksana baru la aman..malaysia ni tunggu US buat hudud baru die ikut.. haha

    ReplyDelete
  4. Warga Singapora jangan lari ke negara lain semata hukum hudud ni sebab tak leh bersuka ria sudahlah.

    Jom Buat Duit Secara Online bersama Iklan Sticky - Program Pay Per Click Paling Sempoi !!

    ReplyDelete
  5. Allahu Akbar..mudah mudahan malaysia juga akan menjalankan hukum hudud..

    ReplyDelete
  6. Negara lain bile lagi? mmmmm...pikir jap

    ReplyDelete
  7. tahniah utk sultan Brunei

    ReplyDelete
  8. Mmg hebat.. sesuatu yg patut kita contohi..

    ReplyDelete
  9. allahu akhbar . suka statement sultan brunei ni :

    "Dengan izin Allah, dengan menguatkuasakan undang-undang ini, tanggungjawab kami terhadap Tuhan sudah ditunaikan,” katanya.

    Semoga menjadi contoh utk negara islam lain ..

    ReplyDelete
  10. tahu kenapa negara brunei laksana hukum islam..sebab kt sana x da 'UMNO'..

    ReplyDelete
  11. tahu x kenapa negara brunei laksana hukum islam, sebab kat sana x da 'UMNO'...

    ReplyDelete
  12. tahu x kenapa negara brunei laksana hukum islam, sebab kat sana x da 'UMNO'...

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah....syukur kepada Allah yang maha berkuasa.

    kepada si pencuri siap sedia di potong tangan.
    kepada penzina siap sedia di rejam sampai mati.
    kepada peminum arak siap sedia di cambuk/rotan

    Allah maha menentukan segala nya.

    ReplyDelete
  14. soalan ? ..adakah Sultan Brunei dan ahli keluarganya tertakluk kepada hukuman hudud yang akan dijalankan?

    ReplyDelete
  15. soalan ? ..adakah Sultan Brunei dan ahli keluarganya tertakluk kepada hukuman hudud yang akan dijalankan?

    ReplyDelete
  16. bagai mana klo org yg non muslim berzina di rajam sampai mati juga ke???

    ReplyDelete
  17. mcm mana dgn org yg non muslim di rajam sampai mati juga ke klo di dpti berzina??

    ReplyDelete