[BERITA] Pegawai bank maut ditembak pengawal keselamatan | Pegawai bank mati ditembak di kepala

[BERITA] Pegawai bank maut ditembak pengawal keselamatan | Pegawai bank mati ditembak di kepala | Harapkan pagar, pagar makan padi. Pegawai keselamatan yang sepatutnya menjaga keamanan bertindak merompak wang di dalam bilik kebal dan menembak mati seorang pegawai bank di bahagian kepala. 

Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37, difahamkan memasuki bilik berkenaan bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang.

SUBANG JAYA: Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank terbabit.
Kejadian berlaku di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.

Menurut sumber polis, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun, difahamkan bersama suspek serta empat lagi pegawai bank berada di dalam bilik kebal dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.

Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' itu telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.

Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah wang dengan menaiki motosikal.

Bagaimanapun, jumlah wang yang dilarikan tidak diketahui.

Read more at: AstroAwani


Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'undari Dia kita datang dan kepada Dia kita pulangAl- Fatihah buat arwah . 

.

Post a Comment

11 Comments

  1. Zalimnya bangsat tu.. harap dia tertangkap dan hukuman gantung setimpal dengan perbuatan die..

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...

    kejam sangat lah pengawal keselamatan tu... nak ambik duit pun jgn lah sampai nak tembak orang kan...

    mselim3

    ReplyDelete
  3. macam2 perangai manusia ni.....ish2xx

    ReplyDelete
  4. Harapkan pagar, pagar makan padi...

    ReplyDelete
  5. macam mana ler pihak security mempunyai guard sebegini, sepatutnya syarikat security perlu submit IC guard dorang pada pihak PDRM, ini mesti sistem kawalan guard yang kebanyakkan tidak diikuti oleh syarikat security....

    ReplyDelete
  6. org ni bukan local sabahan tapi pti dari projek ic dtg kl cari keja..harap maklum.

    ReplyDelete
  7. erm...hangat juga cerita ni ea..

    ReplyDelete
  8. serpihan pengganas sulu kot

    ReplyDelete
  9. kjdian ni mybebkan ada yg mnuding jari org sabah jahat x kira muslim @ non muslim..x adil la bgitu coz suspek ni pn kita x tau g taraf wrganegra wlpn ada mykad...nma je dari sabah tu mcm pengganas sulu jg le yg x sedar diri mengaku sabah ni meka punya walhal x reti sejarah.. apapun wahai warga Msia sama2la kita jaga keamanan / perpaduan yg kita kecapi ni.. jgn sebab nila setitik rosak susu sebelanga...Alfatiha semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman..amin.

    ReplyDelete
  10. saya pekerje dr ambank pon da jadi trauma dgn kjadian sebegini... harap laki tu digantung sampai mati...

    ReplyDelete