[MAKANAN] Ketupat Palas Raya Haji | Sebiji Pun Jadilah


[MAKANAN] Ketupat Daun Palas Raya Haji | Sebiji Pun Jadilah | Hari ni dah masuk kerja, semalam dok mengidam nak makan ketupat daun palas. Al maklumlah rayakan, orang kata Raya dan ketupat takleh dipisahkan. huhuhu. Kalau kat kampung ketupat daun palas ni memang wajib ada bila hari raya. Original dari air tangan mak wa lagi. 


Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.

Di kalangan penduduk utara Semenanjung Malaysia, sekiranya ikatan dan balutan ketupat palas yang kemas dan tidak kemas dapat membezakannya iaitu ada jantan dan betina. Ketupat palas jantan mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian akhir balutan, serta ikatan dan balutannya yang kemas. Manakala, ketupat palas betina, saiznya kecil dan tidak mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian ikatan atau balutan, serta tidak mempunyai ikatan dan balutan yang kemas. Namun, ini hanyalah sebagai satu gurauan atau sendaan sahaja, agar balutan yang dibuat supaya kemas, rapi dan mengikut tradisi. Cara pemasakan ketupat palas atau ketupat pulut, boleh dilakukan secara kukus ataupun rebus.

Ia enak dimakan dengan rendang ayam mahupun rendang daging._ Sumber Wikipedia

Masuk kerja harini teman sekerja wa, Kak As bawak ketupat daun palas. Wa, ini dah rezeki kan. Dapat jugak wa makan  ketupat daun palas ni walaupun jauh dari kampung halaman.Alhamdulillah.  Terima kasih Kak As .


Post a Comment

9 Comments

  1. aik sebiji je ke ?? salam aidiladha ye:D

    ReplyDelete
  2. oke la tu ade sebijjik
    kite sebijik pon xde rasa lg ni
    daun takde nk buat
    xbalik kg pon ~

    ReplyDelete
  3. wwowow..best 2,,,sebiji pon xpew...

    ReplyDelete
  4. baru jer makan ketupat daun palas...sedap tapi tak boleh makan banyak...

    ReplyDelete
  5. nyum nyum kenyang makan masa raya :) tapi jadi teringin lagi

    ReplyDelete
  6. done follow. hehe,
    follow blackisswhite.blogspot.com ya :D

    ReplyDelete
  7. uish da lame tak merasa ketupat palas ni....

    jemput dan singgah sini:
    http://mindakabur.blogspot.com/2013/10/header-minda-kabur-yang-baru.html

    ReplyDelete
  8. sedapnyaa.. teman pun suka gak.. tapi mana nak dapat kat kl ni.. hu2.. cuma makan lemang jelea semalam..

    ReplyDelete
  9. Mak akakpun masak ketupat palas ni setiap tahun....salam aidil adha dik...hari ini hari terakhir kita blh melakukan ibadah korbankan dik.....

    ReplyDelete