travel, food and lifestyle blog

Thursday, October 31, 2013

[BERITA] Pengawal Keselamatan Bersenjata Rompak Kedai Emas di Setapak | Kedai Emas di KL Festival City Mall Di Rompak

[BERITA] Pengawal Keselamatan Bersenjata Rompak Kedai Emas di Setapak | Kedai Emas di KL Festival City Mall Di Rompak | Lepas kes Pegawai Keselamatan Tembak Mati Pegawai Bank, kini timbul pula berita Pegawai Keselamatan Rompak Kedai Emas. 

Gambar Hiasan
PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis.

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan.

Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.

Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan.

Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah.

Sumber : mStar 31/10/13

.
Share:

11 comments:

  1. Macam mana pula itu,,,
    tengok pula ya Blog saya

    ReplyDelete
  2. aduhh ada lagi kes macam nie..dah la kl festival tu dekat je dengan rumah.jln kaki pon boleh...takut pulak nak pergi sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu member kena samun kt situ.. situ mmg bnyak penjenayah

      Delete
  3. Pengawal pon tak boleh nak percaye dah skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sakat pegawai je. semua xleh caya hahaha

      Delete
  4. Again, macam2x dah sekarang.

    ReplyDelete
  5. lepas ini ada filem bertajuk ' Jaga The Movie ' . Kisah tentang kehidupan seorang jaga yang susah lepas tu bekerja di kedai emas atau bank . Then rompak bank lepas 4 bulan ke atas bekerja . then diburu polis . macam2 cara nak melepaskan diri , then polis dapat detect . kena tembak , mati. habis cerita . Hahaha . =D

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive