travel, food and lifestyle blog

Friday, November 01, 2013

[BERITA] Jurufoto Disamun Ketika Buat Liputan | Kebakaran 6 Unit Rumah di Flat Kampung Kerinchi

[BERITA] Jurufoto Disamun Ketika Buat Liputan | Kebakaran 6 Unit Rumah di Flat Kampung Kerinchi | Heboh semalam tentang penyebaran video Kebakaran 6 Unit Rumah di Flat Kampung Kerinchi [klik] . Huh, dengar kata dari member wa yang tinggal di area berdekatan , byk golongan yg bpendapatan rendah dan agensi gov yang tinggal. Orang indonesia dan bangladesh pun sewa situ sebab sewa murah dalam rm500 sebuah rumah. 

Kebakaran 6 Unit Rumah di Flat Kampung Kerinchi
Kebakaran 6 Unit Rumah di Flat Kampung Kerinchi
Dalam sibuk dok ambil gambar tragedi kebakaran tu seorang juru foro pulak disamun. Hmmm . Macam-macam la malaysia ku.

KUALA LUMPUR - Seorang jurufoto akhbar Kwong Wah Yit Poh kerugian kira-kira RM20,000 selepas kamera dan telefon bimbitnya disamun ketika membuat liputan kejadian kebakaran enam unit rumah di Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kampung Kerinchi di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, Chong Yik Loong, 35, berkata beliau sedang mengambil gambar di flat bersebelahan lalu disapa seorang lelaki berumur lingkungan 30-an sebelum dipelawa untuk mengambil gambar di sudut yang lebih menarik.

"Semasa berada di tingkat 16 bersebelahan flat itu, saya didatangi seorang lelaki dan dia kata nak bawa saya pergi ambil gambar di tempat lain. Saya tidak mengesyaki apa-apa dan terus mengikut lelaki itu.

"Apabila sampai ke tangga di tingkat 13, lelaki itu telah bertukar ganas dan mengarahkan saya menyerahkan beg kamera dan 'smart phone' Samsung dan berlaku pergelutan kerana saya enggan menyerahkan barang saya," katanya kepada Bernama di sini, malam tadi.

Beliau berkata lelaki tersebut bertindak mengeluarkan sebatang kayu lalu menyerang beliau sehingga menyebabkan beliau terjatuh ketika cuba mengelak.

"Saya mengalami kecederaan di bahagian tangan dan badan. Sejurus itu, saya melarikan diri ke tingkat 11 untuk meminta pertolongan," katanya, sambil menambah sekembalinya ke tempat kejadian di tingkat 13, suspek sudah melarikan diri.

Katanya beliau membuat laporan polis di Balai Polis Pantai, Jalan Pantai Baharu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. - Bernama

Sumber: Sinar Harian
.
Share:

2 comments:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive