[ARTIS] Promo Filem Gerimis Mengundang | Kamal Adli | Uih dok belek-belek gambar dalam album tetiba ter jumpa satu album yang rasanya dah lama tak bukak dan tengok isinya. Bila dibuka album tersebut, terlintas di fikiran wa yang entry yang berkaitan dengan gambar tu memang belum pernah wa buat. Oh ini kalilah untuk wa buat entry tu agaknya hehehhe.

Ia mengenai event yang wa join setahun yang lalu. Iaitu Promo Filem Gerimis Mengundang. Wa pergi ni pun sebab sahabat wa nak test power kamera dia nak ambik gambar retis. Maklumla nak jadi fotographer berjaya katakan.

Filem ini dengan mengetengahkan Kamal Adli sebagai hero dan pelakon muda dari Indonesia Olivia Jensen sebagai heroin. Rasanya korang dah tengok kot kan. Tak payah la wa membebel panjang-panjang sini.

Gadis yang berbaju pink tu Peminat setia Kamal Adli heheh. Dia la yang ajak join datang sini. Sebelum ni pun kami pernah berjumpa di Birthday Parti Kamal Adli. Event ni dimeriahkan lagi oleh artis-artis bawah naungan eRAMA. Dan pengacara nya pula dari DJ KLPOP Radio. Berbaloi gak lah bila dapat DVD Soundtrack Gerimis Mengundang dan T-shirt free.