CoconutShake Putrajaya | Bila dah berjalan kesana-kemari tak henti-henti.Perut yang kosong pun mula berkeroncong. Eh eh, tetiba bersusun ayat plak wa kali ni.hahahha. Sebelum Mk hantar wa balik ke presint 9. Kami singgah di sebuah restoran di Putrajaya ni yang menyediakan Nasi ayam sebagai Menu utama. Ingin mencuba Nasi ayam Dara, Nasi ayam Duda yang kami dapat.. ahhahaha. Ini kerana ayam dara dah kekurangan di abad ini.. eh eh. apa yang wa menngarut ni. heehe

Wa sebenarnya bukan nak membebel pasal ayam, tapi pasal minuman yang special yang wa minum kat sini. PERGHHH, rasanya nila coconut shake yang paling sedap wa minum sehayat wa. Memang terbaik. Bila di minum, terasa isi buah kelapa yang dimesin tidak terlalu halus dan tidak terlalu kasar dan membuatkan kita dapat nikmati isi buah kelapanya yang agak manis-manis tu. Wa tak mampu nak cerita lebih -lebih kerana lagi elok korang pergi rasainya sendiri. Dan sekarang wa tak puas, dan ingin menikmatinya lagi. Mengidam dowh.