[PERIBADI] Aku Tak Pandai Berenang | Alkisahnya bila nampak kolem renang, berkobar-kobar semangat nak berendam . Tapi satu je masalah yang wa hadapi selama ini. Apa? Ha sebenarnya wa tak pandai berenang wawawawa. Mohon jangan gelak beramai-ramai.

Tapi bila wa dapat tahu kolam renang tersebut airnya paras dada wa. ha boleh la turun. Lagipon ada pasukan sorak yang support wa dari atas. agagagaga. Oklah sekadar tenggelam timbul, tenggelam timbul. hahahha. Dah tak tahu berenang nak buat macamana lagi kan. tengok ajelah diorang yang pro-pro mandi. Sikit-sikit lipat situ, sikit-sikit lipat sini. aii jeles nye la kan. Perasaan macam nak pergi buat report polis je sebab diorang dok mengganggu air yang tenang . eh eh. apa-apa je la kan. 


Bila dah lama sangat dalam air tu, tak tau nak buat apa, maka terjadilah satu sukan air yang masih belum ada kat mana-mana negara lagi mahupun dalam sukan OLIMPIK . Nak tahu apa? ni ha, acara seratus meter lari dalam air. hahahaha.

Apapon wa nekad nak belajar berenang. Yela skill berenang nikan memang penting dalam masa-masa kecemasan. Lagipon kata orang , aktiviti berenag dalam air ni boleh sembuhkan penyakit semput. Betul ke? hahaha

.