Incheon Chicken Tanah Merah : Restoran Ayam Korea No.1 di Kelantan


Incheon Chicken Tanah Merah: Restoran Ayam Korea No.1 di Kelantan | Bagi orang Kelantan yang merupakan penggemar makanan Korea, jangan lepaskan peluang untuk ke Incheon Chicken Tanah Merah! Sini memang spot terbaik kalau korang nak rasa makanan Korea dalam suasana yang chill di Kelantan.

Dekat sini ada macam-macam hidangan Korea untuk dipilih, khas untuk orang Kelantan. Korang tak perlu susah-susah terbang ke Korea semata-mata nak makan makanan Korea yang sedap, cukup singgah di Incheon Chicken Tanah Merah ni, InsyaAllah craving kalian settle. Yang pasti, tempat ni ramai orang setempat suka!

Menu Ayam Goreng Istimewa

Dengan tagline "AYAM KOREA NO.1 KELANTAN," diorang punya ayam goreng Korea memang tak boleh resist! Cerita tak habis lagi kalau tak rasa sendiri keenakan hidangan signature mereka iaitu Ayam Goreng Korea. Ayam ni dikatakan telah melalui proses perapan selama 12 jam dengan rempah rahsia khas mereka dan dilapisi dengan salutan tepung yang istimewa. Bila dimakan panas-panas, dalam setiap gigitan tu, korang akan rasa kelazatan rempah yang menyeluruh, memang akan mintak lagi!

Incheon Tanah Merah
Signature Ayam Goreng
Bukan hanya tertumpu pada satu rasa sahaja, mereka ada menawarkan 3 variasi rasa untuk pilihan pelanggan mereka ; Hot (untuk peminat pedas), Mild (kurang pedas), dan yang paling menjadi pilihan ramai adalah Soy Garlic (manis). Soy Garlic ini menjadi kegemaran ramai kerana rasa manisnya  yang menyelamatkan selera dan sesuai untuk pelbagai lapisan umur. Yang datang dengan kanal-kanak, boleh lah oder yang ni.

Selain itu, korang juga boleh cuba menu baru mereka iaitu, Buffalo Wings. Menu ni juga telah melalui proses perapan rempah rahsia khas yang istimewa yang menjadikan ia lain dari yang lain. Kebanyakan pelanggan yang datang ke sini akan menikmati hidangan ini dengan ekstra kelazatan—cheese tarik yang melimpah . Jadi boleh request untuk add-on cheese ya. Buffalo Wings dengan cheese tarik ni kalau makan panas-panas, memang puas hati.

Pengalaman Makan di Incheon Chicken Tanah Merah

Alang-alang min dan kawan-kawan dah sampai dekat sini, kami telah try pelbagai hidangan yang mempamerkan kepelbagaian Incheon. Kami oder 3 jenis pilihan nasi yang berbeza iaitu Teriyaki Ricebox iaitu nasi yang dihidang bersama ayam signature mereka, Bulgogi iaitu nasi yang dihidang bersama daging yang kaya dengan rasa, dan untuk peminat kimchi kalian boleh cuba Kimchi Fried Rice mereka, dalam hidangan ni pun ada ayam goreng Korea juga.

Teriyaki Ricebox, Bulgogi, Kimci Fried Rice
Spicy Tteokbokki, Ramen Popcorn Chikin, Loaded Fries
Selain itu, kami juga mencuba hidangan Spicy Tteokbokki yang pedas, Ramen Popcorn Chicken (kegemaran saya) dan Loaded Fries yang mana portion dan rasanya boleh dipuji.

Incheon Tanah Merah
Regular Platter
Bagi mereka yang datang bersama group atau keluarga, kami cadangkan untuk korang ambil Regular Platter untuk hidangan lengkap dan jimat. Dalam satu platter yang besar ada menawarkan pelbagai hidangan (ayam goreng korea, ramen, fries, wedges) untuk dikongsi bersama. Confirm puas hati!

Incheon Chicken Tanah Merah

Sejujurnya, Incheon bukan sahaja cemerlang dalam menu makanan; pilihan minuman yang mereka tawarkan juga sangat serasi dengan hidangan. Untuk rasa yang lebih fresh, korang boleh oder Sparkling Blue Lemon atau Sparkling Strawberry, berbaloi dengan harga kerana ianya bukanlah sekadar air sparkling biasa.

Bagi yang suka pada minuman beryogurt, min sarankan untuk oder Yogurt Strawberi berkrim yang kaya dengan rasa. Selain itu, kalian juga boleh mencuba minuman Sjora (mangga). Yang pasti setiap minuman ni boleh menjadi teman yang sempurna untuk hidangan Korea korang.

Lokasi Incheon Chicken Tanah Merah Mudah Dijumpai


Terletak di Bandar Baru Tanah Merah, Incheon Chicken Tanah Merah mudah untuk diakses. Kalian boleh gunakan Waze dengan carian "Incheon Tanah Merah".

Incheon Chicken Tanah Merah dibuka setiap hari bermula dari jam 12:30 tengahari hingga 10:00 malam. Incheon Chicken Tanah Merah sangat mengalu-alukan pencinta makanan Korea untuk datang dan nikmati sendiri keenakan hidangan yang mereka tawarkan.

@projektravel Incheon Chicken Tanah Merah. Restoran makanan Korea di Kelantan. Rekomendasi kedai makan sempena tahun melawat kelantan 2024. #tiktokkelate #foodie #foodiekelate #VisitKelantan2024 ♬ original sound - ProjekTravel

Jadi, untuk korang yang nak makan makanan Korea yang sedap, chill, dan affordable di Kelantan, Incheon Chicken Tanah Merah memang tempat yang korang kena cuba. Jangan lepaskan peluang untuk rasai sendiri Ayam Korea No.1 di Kelantan! Setiap hidangan menggambarkan kesungguhan dapur Incheon dalam menyajikan hidangan Korea yang autentik.

Post a Comment

0 Comments