SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN 1443H/2022

Ramadan 1443H

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1443H/2022 | Alhamdulillah, hari ini 3 April 2022 seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menjalani ibadah berpuasa. Memandangkan negara kita Malaysia pun dah beralih ke fasa endemik, ramai perantau telah mengambil peluang pulang ke kampung halaman untuk berbuka puasa bersama keluarga tercinta.

Surat Al Baqarah Ayat 183: Kewajiban Berpuasa Atas Orang Beriman

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَۙ
yā ayyuhallażīna āmanụ kutiba 'alaikumuṣ-ṣiyāmu kamā kutiba 'alallażīna ming qablikum la'allakum tattaqụn

Artinya: "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."

Surah Al Baqarah ayat 183 di atas menjelaskan tentang perintah untuk berpuasa. Dalam bahasa Arab, puasa berasal dari kata shaum atau shiyam yang artinya menahan. Sedangkan menurut istilah, puasa adalah menahan diri dari segala yang membatalkannya dengan cara-cara yang khusus. Puasa dilakukan mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Niat Puasa Sebulan Di Bulan Ramadan

Marhaban Ya Ramadhan | Jangan lupa untuk niat puasa bulan ramadan sebulan, sebagai backup jika kita terlupa untuk berniat puasa harian kelak.


نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Artinya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

Dengan ini, saya Mawardi Yunus ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca ni. Saya juga ingin memohon maaf jika selama ini ada tersalah kata yang mengguris hati korang.

Ramadan 1443H

Semoga Ramadhan ini kita beroleh manfaat dan syafaat dari Allah swt berlipat kali ganda, kekal sihat dan dipermudahkan urusan. Aamiin

Post a Comment

2 Comments

  1. semoga ramadan kali ini membawa 1001 keberkatan buat kita semua

    ReplyDelete