6 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MELANCONG KE NEGERI SELANGOR DI TAHUN 2022!

Negeri Selangor mempunyai banyak tarikan percutian yang menarik untuk dikunjungi! Korang boleh menjejakkan kaki dan merasai sendiri pengalaman melancong ke Negeri Selangor yang sememangnya kaya dengan keunikan kebudayaan yang boleh anda terokai. 

Negeri Selangor juga menampilkan seni bina moden memaparkan pemandangan bandar yang indah, tanpa melupakan keunikan bangunan tradisional di beberapa tempat bersejarah di Negeri ini. Bukan itu sahaja, Negeri ini juga menghidangkan variasi makanan tradisional yang lazat! 

Berikut adalah 6 sebab utama untuk anda melawat Negeri Selangor di tahun 2022 ini!

1) Kepelbagian Budaya

Mah Meri

Sekiranya korang mengembara ke Negeri Selangor, anda pasti terpegun dengan keunikan kepelbagaian budaya dan tradisi, yang sememangnya menjadi tunjang kepada industri pelancongan Negara. Gabungan etnik yang berbeza menjadikan Negeri ini lebih terserlah dengan warna-warni perayaan dan majlis kebudayaan. Korang juga boleh mengenali budaya Mah Meri dengan melawati Mah Meri Cultural Village di Daerah Kuala Langat. Walaupun dengan perbezaan budaya, agama dan bangsa, Negeri ini tetap menitik-beratkan faktor keharmonian dan kesepaduan.

2) Variasi Makanan

Nasi Ambeng

Negeri Selangor yang terkenal dengan kepelbagaian etnik menawarkan aneka juadah moden dan tradisional yang sedap hingga menjilat jari! Setiap masakan penuh dengan rasa dan rempah ratus seperti Nasi Lemak, Sate, Dim Sum, Nasi Ambeng dan banyak lagi! Sekiranya korang ingin rasai Nasi Ambeng, bolehlah singgah ke Restoran Nasi Ambeng D’Rebung, Sepang. Percayalah, Negeri Selangor merupakan salah satu tempat yang terbaik untuk korang menjamu selera!

3) Tarikan Pelancongan yang Menarik


Negeri Selangor menawarkan seni bina moden yang akan membuat korang terpegun, malah juga elemen kehijauan yang saujana mata memandang! Selain itu, pengembaraan korang di Negeri ini tidak terhad kepada bersiar-siar sahaja, korang juga boleh melakukan pelbagai aktiviti yang terdiri daripada aktiviti lasak seperti di Pekan Kuala Kubu Bharu, melawat ke galeri-galeri seperti ke Galeri Sultan Abdul Aziz Shah, serta membeli-belah di Pusat Beli-belah ternama seperti 1 Utama Shopping Centre, Sunway Pyramid dan Mitsui Outlet Park!

4) Keselamatan Diutamakan


Rasa selamat semasa bercuti merupakan salah satu elemen penting bagi setiap pelancong. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan keselamatan para pelancong lebih terjamin. Para pelancong yang mempunyai status vaksinasi yang lengkap sahaja dibenarkan untuk melancong ke Negeri ini. Penggiat indsutri pelancongan juga turut mengamalkan pematuhan SOP dalam mengendalikan operasi mereka, termasuk pengurangan kapasiti maksima premis sehingga 50% dari kapasiti biasa bagi memastikan penjarakan fizikal.

5) Teknologi yang Canggih

Rawang Bypass

Negeri Selangor juga menuju ke arah transformasi pelancongan digital, khususnya disebabkan oleh impak daripada pandemik Covid-19 yang telah melanda satu dunia. Tranformasi ini turut memberi kesan kepada para pelancong untuk merealisasikan pelancongan digital di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor juga telah menzahirkan sokongan terhadapan pembangunan aplikasi mudah alih “Go Selangor” yang akan dilancarkan pada suku-tahun pertama 2022 bagi memberikan pengalaman pelancongan digital serba komprehensif kepada para pelancong.

6) Perkhidmatan Pengangkutan yang Cekap


Negeri Selangor turut menjadi negeri tumpuan para pelancong ekoran daripada pembangunan perkhidmatan pengangkutan dan jaringan perhubungan yang begitu pesat. Adalah tidak sukar untuk “Pusing Selangor Dulu” kerana para pelancong dapat bergerak ke satu-satu tempat pelancongan dengan adanya pengangkutan awam seperti Light Rail Transit (LRT), Bus Rapid Transit (BRT), serta Bas Smart Selangor yang ditawarkan secara percuma!

Selain daripada perkara yang telah disenaraikan di atas, sebenarnya banyak lagi sebab mengapa Negeri ini merupakan destinasi pelancongan yang harus anda kunjungi, khususnya di tahun 2022. Melancong ke Negeri Selangor akan memberikan anda pengalaman yang baharu kerana ianya berlainan dari kehidupan rutin harian korang. Kaya dengan keunikan seni, budaya dan sejarah serta merupakan sebuah bandar terancang dan moden, Negeri Selangor kekal menjadi sebuah destinasi pelancongan premier di Malaysia.

Walau bagaimanapun, adalah diingatkan kepada para pelancong untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.

Korang juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan korang ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu.

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

Post a Comment

3 Comments

  1. dah lama takda jalan2 ke selangor ^_^

    ReplyDelete
  2. Memang best.. harap keadaan wabak ni makin reda laa, boleh kita pusing-pusing Selangor...

    ReplyDelete
  3. Singgah melawat dari blog Sislin. Selangor ni boleh dikira sbg 'melting pot' Malaysia macam KL jugak sbb rakyat seluruh negara datang merantau & menetap di Selangor walaupun bekerja di KL.

    ReplyDelete