Lokasi Menarik Di Terengganu | Bahagian I

Baru-baru ni (10-12 November 2021) selepas kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri, saya dan beberapa orang rakan telah mengambil peluang ke negeri Terengganu untuk explore lokasi menarik yang baru yang baru di sana. Lokasi yang sempat kami explore bersama #pinganchorage adalah sekitar Kuala Terengganu dan Setiu.

Kampung Budaya Terengganu Di Muzium Terengganu



Produk pelancongan baharu iaitu Kampung Budaya Terengganu di Kompleks Muzium Negeri, Losong di ini telah dibuka kepada orang ramai pada September 2020 yang lepas. Apa yang menariknya, perkampungan budaya ini mempunyai pelbagai tarikan yang berkonsepkan muzium hidup menghimpunkan pelbagai kesenian, kebudayaan dan warisan dari kesemua lapan daerah di negeri ini.

Di sini, orang ramai bukan sahaja berpeluang menikmati pengalaman percutian bersejarah berlatar belakangkan suasana kehidupan sebenar masyarakat Melayu lama, malah boleh melihat secara dekat demonstrasi aktiviti tradisi yang diusahakan penduduk tempatan.


Kampung Budaya Terengganu menawarkan tujuh perhentian iaitu Rumah Nelayan, Rumah Bujang Berserambi Selasar, Rumah Bujang Berkembar, Rumah Limas Belanda, Rumah Tele, Istana Tengku Long, Laman Singgahsana dan Laman Warisan.

pengunjung juga berpeluang memakai pakaian tradisi 

Antara demonstrasi disediakan seperti pembuatan jala, bubu, keropok, seni dan ukiran khat, kayu, anyaman, wau, gasing, tembikar, tembaga, keris, pameran pakaian tradisional, mencanting batik, silat dan lain-lain.


Sebagai permulaan, tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke perkampungan itu. Selepas tempoh ditetapkan nanti, pengunjung akan dikenakan bayaran RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

Perigi Ratusan Tahun Di Batu Rakit



Sebuah perigi lama yang dipercayai berusia ratusan tahun ditemui berhampiran kawasan pantai di Kampung Mengabang Kapal, Batu Rakit. Pada perigi tersebut, terdapat satu ukiran dalam tulisan jawi yang tertera tulisan ‘Bulan 3’ dan 1345 dipercayai tarikh perigi itu mula dibina.


Jika ia merujuk kepada tarikh hijrah, usianya hampir 100 tahun tapi jika tarikh masihi, ia sudah berusia kira-kira 675 tahun. Ini satu penemuan yang luar biasa dalam konteks sejarah dan perlu dipelihara pihak yang bertanggungjawab.

Menurut masyarakat setempat, oranglama ada bercerita bahawa telaga itu membuktikan bahawa disini pernah tempat persinggahan orang dahulu yang datang dari jauh/pedagang untuk berhenti rehat dan singgah untuk solat dan mandi.

Projek Restorasi Terramalai



Terramalai adalah "Tanah Seni Bina Malaya" yang merupakan sebuah projek restorasi rumah lama yang masih dalam proses pembangunan. Kini tiga buah rumah senibina Melayu sedang dibangunkan dan hampir siap iaitu rumah senibina Terengganu, rumah senibina Kelantan dan rumah senibina Negeri Sembilan.

Lokasinya sangat strategik menghadap pantai sudah semestinya akan menjadi satu lagi resort dengan tarikan yang sangat menarik apa bila siap sepenuhnya nanti.

Berikut merupakan beberapa lokasi yang sempat kami pergi untuk hari pertama kami di Terengganu. Untuk hari ke dua kami, korang boleh baca artikel Lokasi Menarik Di Terengganu  | Bahagian II.

Bagi korang yang ingin mendapatkan pakej percutian menarik, boleh hubungi pihak #pinganchorage di laman sesawang mereka : https://www.pinganchorage.com.my/ atau hubungi mereka di nobor dan email berikut.

Ping Anchorage Travel & Tours Sdn. Bhd.
77A, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Tel : (609) 626 2020
Fax : (609) 626 2022 / 622 8093
.


Post a Comment

0 Comments