Lokasi Menarik Di Terengganu | Bahagian II

Artikel kalini merupakan sambungan pada artikel sebelum ni yang bertajuk Lokasi Menarik Di Terengganu | Bahagian I. Memandangkan explorasi kami di Terengganu memakan masa 3 hari 2 malam, jadi saya terpaksa membuat dua artikel mengikut hari supaya artikel tidak terlalu sarat.

Selepas penat seharian di Kuala Terengganu, kami meneruskan perjalanan ke daerah Setiu yang mana memakan masa lebih kurang sejam perjalanan menaiki kereta. Apa yang kami buat di setiu? 

TERRAPURI HERITAGE VILLAGE


Walaupun jauh perjalanan kami dari Kuala Terengganu ke Setiu, tapi ianya cukup berbaloi apabila tempat yang kami tujui bukan sebarangan tempat kerana ia digelar sebagai Terrapuri (The Land Of Palaces).

TERRAPURI HERITAGE VILLAGE

Untuk pengetahuan korang, Terrapuri ni merupakan sebuah resort dari projek yang memulihkan 29 rumah antik Melayu berusia antara 150-200 tahun.

Lebih menarik lagi, ia diapit oleh Laut China Selatan dan sungai bakau Setiu Wetland menjadikan resort Terrapuri yang terletak di di Kampung Mangkuk di Setiu telah benar-benar membangkitkan rasa sebenar tentang kehilangan sebuah kerajaan Melayu lama (lost Malay kingdom).

TERRAPURI HERITAGE VILLAGE

Puas hati bermalam di sini selama dua malam beserta dengan jamuan makan malam yang sangat sedap seperti Jelira Setiu (malam pertama) & Santapan Langkasuka (malam kedua).

Terrapuri Heritage Village
Kg.Mangkuk, 22120 Setiu, Terengganu, Malaysia
Tel : +(609) 6245020 / +(609) 6312081 / Emergency (Ms. Maslina) : +(6012) 9888399
Fax : +(609) 6228093 Email : [email protected]

GPS Coordinates : 5°38'2"N 102°47'2"E

KOTA DUYONG


Dari Setiu, kami meneruskan perjalanan hari ke dua ke Kota Duyong. Kota Lama Duyong terletak di Pulau Duyong, Duyong Kecil iaitu 7km dari pusat bandar Kuala Terengganu, Terengganu.

KOTA DUYONG

Kota Duyong ini mempunyai 9 buah bumbung yang menutupi beberapa buah bahagian yang bersambung dengan dapur, bilik mandi, sarung, beranda dan titian. Reka bentuknya pula menyerupai Istana Kecil Raja Melayu tapi berbeza kerana menggunakan unsur-unsur pengaruh senibina asing seperti Corinthian atau Mesir terutama pada bahagian tiang dan dinding batunya.

Selain itu, pelbagai jenis rumah tradisional Melayu Terengganu juga dapat dilihat pada bangunan ini iaitu Bujang Berepeleh, Lima Bungkus dan Potong Belanda serta di sekeliling beranda yang menggunakan hiasan ukiran sobek.

Semasa lawatan kami pada 11/11/2021 lepas, rumah ini ditutup seketika untuk proses ubah suai dan baik pulih.

PEMBUATAN REPLIKA PERAHU LAYAR


Selepas ke Kota Duyong, kami telah berpeluang ke Pusat Kraf Duyong, Kampung Pulau Duyong bertemu dengan Wan Nordin Wan Abdullah yang mana disini beliau ada hasilkan pelbagai replika perahu layar tradisional Terengganu dan biasa.
.
PEMBUATAN REPLIKA PERAHU LAYAR

Apa yang lebih menariknya, pembuatan replika perahu oleh Wan Nordin direka tanpa menggunakan peralatan moden dan setiap inci replika yang dihasilkan direka mengikut spesifikasi sebenar perahu layar tradisional yang pernah wujud di negeri ini.

BENGKEL PEMBINAAN BOT TRADISIONAL DAN KAPAL LAYAR


Untuk pengetahuan korang, Pulau Duyong merupakan pusat pembinaan bot tradisional dan kapal layar bertaraf antarabangsa. Kedudukannya yang terletak strategik sebagai pintu masuk ke Bandar Kuala Terengganu melalui jalan laut oleh para pedagang dan pelaut suatu ketika dahulu, menjadikan pulau itu terkenal sebagai pusat pembinaan bot tradisional dan kapal layar sehingga hari ini.

BENGKEL PEMBINAAN BOT TRADISIONAL DAN KAPAL LAYAR

Apa yang boleh dibanggakan, bot-bot jenis kayu hasil pertukangan Pulau Duyong juga mampu belayar menempuhi ombak besar sehingga ke Madagascar, Afrika Selatan, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta mampu bertahan sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya.

Terdapat banyak bengkel membuat bot dan kapal layar di pulau itu sekitar tahun 1970-an dan 1980-an. Tapi atas pelbagai sebab, kini hanya tinggal beberapa sahaja yang mampu bertahan.

JAMBATAN KAYU PULAU SEKATI


Jambatan ini menghubungkan tebing selatan Sungai Terengganu (Kampung Paloh) dengan Pulau Sekati. Panjang jambatan kayu ini adalah lebih kurang 210 meter dan sudah berusia lebih kurang 28 tahun.

JAMBATAN KAYU PULAU SEKATI

Sebelum ianya ada, penduduk sekitar menggunakan perahu untuk menyeberang sungai pergi balik antara tanah besar dan Pulau Sekati. Kini ia digunakan oleh pengguna motosikal, basikal dan pejalan kaki untuk menyeberang sungai.

Oleh kerana bunyinya yang bising semasa kenderaan seperti motosikal melaluinya, ia juga digelar sebagai ‘Retok Gege’ oleh masyarakat setempat.
.
Retok = Jambatan
Gege = Bising

TERRADALA MUSEUM CAFE


Alang-alang dah ada di Kuala Terengganu, kami singgah di Terradala untuk menikmati minum petang. Terradala (yang bermaksud 'Tanah bunga Dala') adalah sebuah kafe, muzium mini, kraf dan kedai cenderamata yang telah digabungkan menjadi satu. Untuk pengetahuan korang, Terradala juga dimiliki oleh pemilik yang sama dengan Terrapuri.


Konsep Terrapuri dan Terradala juga hampir sama iaitu tentang keindahan seni budaya Melayu lama. Beberapa benda yang telah digunakan untuk menghias setiap villa di Terrapuri juga boleh didapati dan dibeli di Terradala.


Selain dari ruang tertutup, Terradala juga merangkumi sebuah taman luar yang mempunyai gazebo kayu yang diperbuat daripada kayu chengal. Kat sini juga korang boleh membeli cenderahati-cenderahati istimewa untuk keluarga dan sahabat handai. Terradala berlokasi di 77A Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, Terenganu, Malaysia.


SURAU LANGGAR RINDU


Dalam perjalanan balik ke Terrapuri, kami sempat singgah sembahyang magrib berjemaah di sebuah surau di tepi jalan yang bernama Surau Langgar Rindu. Surau unik ini dimiliki oleh Abdul Karim Embong yang terletak di jalan utama Kuala Terengganu-Merang di Kampung Rhu Tapai.

SURAU LANGGAR RINDU
photo ihsan : @n.muif

Keunikan surau ini mampu memukau pandangan sesiapa sahaja yang melihat struktur binaannya apatah lagi ia diperbuat daripada kayu tembesu dan kayu cengal sepenuhnya.

Menceritakan tentang permulaan dan motif pembinaan surau “Langgar Rindu”, ia adalah lambang cinta seorang hamba kepada penciptaNYA dan “Langgar Rindu” juga adalah satu persembahan puisi nyata bagi menzahirkan kekaguman terhadap kehebatan Allah SWT.

SURAU LANGGAR RINDU

“Langgar Rindu” telah dibina secara berseorangan dengan menggunakan tulang empat keratnya tanpa sebarang pelan pembinaan. Lebih menarik,  Abdul Karim Embong juga merupakan seorang penyair dengan nama pena Arif Karimi.

Surau Langgar Rindu
3685, Kampung Rhu Tapai,
21010 Kuala Terengganu, Terengganu

Alhamdulillah, selesai eksplorasi kami untuk hari kedua di Terengganu. Untuk perjalanan hari pertama kami, korang boleh baca artikel Lokasi Menarik Di Terengganu | Bahagian I.

Bagi korang yang ingin mendapatkan pakej percutian menarik, boleh hubungi pihak #pinganchorage di laman sesawang mereka : https://www.pinganchorage.com.my/ atau hubungi mereka di nobor dan email berikut.

Ping Anchorage Travel & Tours Sdn. Bhd.
77A, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Tel : (609) 626 2020
Fax : (609) 626 2022 / 622 8093

Post a Comment

3 Comments

  1. terpesona dengan surau tu...

    ReplyDelete
  2. terengganu memang best. first time dapat pergi terengganu pun sebab mawardi lah hehe :)

    ReplyDelete