Aplikasi Sujood Memudahkan Orang Ramai Menderma Secara Atas Talian

Aplikasi Derma untuk masjid

Sedekah adalah antara amalan yang amat dijanjikan pahala yang mega hebat. Sehingga telah disebut didalam Al-Quran, bahawa pahala dari sedekah ini menjadikan manusia memohon daripada Allah untuk dilanjutkan kematiaan, agar mereka dapat bersedekah. Ini kerana mereka telah melihat ganjaran yang Allah kurniakan bagi hambanya yang bersedekah.

Firman Allah SWT :

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)

Sedekah ini cukup mudah. Kepada masjid, kepada fakir miskin, kepada NGO dan kepada sesiapa saja yang memerlukan. Di Facebook, instagram pun banyak boleh kita jumpa page yang memohon sumbangan ni.

Di zaman berteknologi tinggi ini, semuanya dihujung jari. Beli makanan pun boleh klik-klik kemudian tunggu je makanan sampai, sedekah juga pastilah boleh. Malah kini, makin senang dengan adanya aplikasi Sujood.

Aplikasi Derma Untuk Masjid

Apa itu Aplikasi Sujood?


Sujood ialah satu aplikasi yang memudahkan orang untuk menderma kepada masjid pilihan mereka. Aplikasi ini telah dibangunkan sebagai inisiatif kepada kita untuk menderma secara perbankan atas talian, atau melalui kad kredit.

Kelebihan aplikasi ni, kita boleh tengok history kita derma, kepada masjid mana kita derma dan bila kita derma bila kita mendaftar dan menderma melalui aplikasi ni. Jadi melalui aplikasi ini, kita boleh rahsiakan derma kita dari diketahui orang ramai.

Tak nak daftar pon kita masih boleh derma. Tapi kalau daftar masa nak derma lebih mudah. Tinggal masukkan jumlah derma je. Yang lain semua app tolong auto complete.

Sudah Berapa Masjid Dalam Sujood?

Alhamdulillah setakat 21 Oktober 2021 kami ada 31 masjid/surau yang tersenarai. Mereka berhasrat untuk mendapatkan lebih banyak masjid dari semasa ke semasa. Kepada masjid/surau yang ingin mendaftar; Sila emailkan hasrat anda kepada:[email protected] .















Post a Comment

1 Comments

  1. Alhamdulilah, bagusnya, mudah nak menderma dan bebila pun boleh derma kan Madi..

    ReplyDelete