Di Mana Kluster Mengketil




KLUSTER MENGKETIL


Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Bharu, Machang dan Tanah Merah di negeri Kelantan dan daerah Besut di negeri Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-45094) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI), dan telah dikenal pasti positif COVID-19 pada 13 November 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Ia berpotensi merebak ke lima daerah lagi berikutan pergerakan penduduk merentas daerah. KKM mendapati jangkitan berlaku dengan cepat dalam kalangan ahli keluarga dan hampir kesemua mendapat jangkitan selepas salah seorang ahli keluarga disahkan positif Covid-19.

Kelantan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 21 November sehingga 6 Disember 2020.

Post a Comment

0 Comments