Kali ni saya nak kongsi dengan korang beberapa hal penting yang boleh kita buat untuk kita jalani kehidupan seharian dengan normal dan sihat.
1. Tidur cukup 8 jam sehari
Durasi tidur yang berkualiti memberi peranan penting pada perkembangan kesihatan tubuh badan manusia. Tempoh masa tidur 8 jam sebenarnya cadangkan hanya untuk orang dewasa, termasuk warga tua. Sementara itu, bagi mereka yang berusia muda seperti anak-anak dan remaja dicadangkan untuk memiliki tempoh masa tidur yang lebih panjang dibandingkan orang dewasa. Berikut adalah tempoh masa sesuai untuk tidur sesuai dengan kategori usia:
- Bayi : 16-18 jam
- Kanak-kanak: 11-12 jam
- Remaja: 9-10 jam
- Dewasa: 7-8 jam
2. Bangun seawal pagi
Waktu pagi juga adalah waktu dimana aliran darah dan minda kita berada dalam keadaan paling rileks, degupan jantung paling stabil dan otak paling cerdas. Tabiat ini bukan saja bagus untuk mereka yang berniaga je, pelajar dan pekerja makan gaji pun sepatutnya turut mengamalkan tabiat bangun awal pagi setiap hari bagi mendapatkan hidup yang lebih berkualiti bebas dari tekanan.
- Bangun awal pagi membolehkan kita menjalankan ibadah seperti solat sunat fajar, solat sunar tahajjud dan berzikir sebelum menunaikan solat fardhu subuh. Ketika inilah Allah akan membuka seluas-luasnya pintu rezeki, memakbulkan doa-doa mereka yang berdoa dan memberi dorongan dan kekuatan kepada jiwa hamba-hambaNya.
- Cristoph Randler, seorang pakar Biologi dari Harvard telah menemui bahawa mereka yang mempunyai tabiat bangun awal adalah lebih proaktif. Mereka ini mempunyai impian dan matlamat jangka masa panjang dan berusaha gigih untuk mencapai segala yang diimpikan.
- Pakar mengatakan, mereka yang mempunyai tabiat tidur awal dan bangun awal pagi mempunyai ritma alam semulajadi yang seimbang. Ini membantu waktu tidur yang berkualiti.
3. Minum 2 liter air sehari
Bagi orang dewasa, minum air putih 2 liter atau 8 gelas per hari adalah sebuah kewajiban untuk memenuhi keperluan hidrasi tubuh badan. Hidrasi adalah keseimbangan cecair dalam tubuh yang merupakan syarat penting untuk menjamin fungsi metabolisme sel tubuh tetap berjalan.
Jika tubuh badan kita kekurangan cecair atau yang biasa disebut dehidrasi. Dehidrasi dapat mempengaruhi kinerja fizik dan mental serta boleh menyebabkan masalah kelelahan, sakit kepala dan kejang pada otot.
4. Elakkan ambil gula
Pengambilan gula dan garam berlebihan boleh mengubah badan menjadi tidak sihat kerana amalan pemakanan. Sebenarnya badan tidak mempunyai keperluan kepada gula. Kerana makanan yang mempunyai karbohidrat juga mengandungi gula. Tiada sumber vitamin mahupun protein dan lain-lain boleh didapati didalam gula. Bermaksud, pengambilannya hanya sekadar memberikan tenaga yang tidak diperlukan badan. Pengambilan gula berlebihan menyebabkan kegemukan atau obesiti dan membawa kepada penyakit lain dalam masa yang sama.
Gula dengan cepat bertukar menjadi lemak. Terutama di bahagian perut dan sekitar pinggang ia boleh menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan. Semangkuk gula mengandungi sekurang-kurangnya 20 kalori. Setiap hari dalam 5 cawan teh yang diminum jika gunakan satu kiub gula, 5 cawan gula memberi tambahan 100 kalori kepada kita. Dalam masa setahun menjadi 5 kilo gula yang berlebihan dalam badan. Gula halus yang digunakan akan lebih mudah diserap masuk ke dalam saluran darah menyebabkan risiko mendapat diabetis lebih tinggi. Selain itu, gigi merapuh lebih mudah, tekanan darah tinggi, kolesterol, penyakit kanser juga antara penyakit lain yang boleh berlaku. Bagi menggantikan pengambilan gula secara terus, pengambilan gula bertapis dibolehkan antaranya pengambilan gula menerusi produk bijirin, buah-buahan, sayuran kering adalah lebih bermanfaat”_penjelasan Pakar Nutrisi dan Diet Universiti Elazığ Fırat, Seda Albayrak
5. Baca buku 30 minit
Membaca buku sudah semestinya satu aktiviti yang banyak manfaatnya untuk kesihatan dan fikiran termasuk mampu meredakan masalah stress.
Sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Social Science & Medicine menemukan bahawa menghabiskan waktu 30 minit sehari dengan membaca buku mampu memanjangkan umur seseorang.
6. Banyakkan makan pemakanan yang sihat
Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi.
7. Fokus solat sunat Tahajud 15 minit
Solat sunat tahajud merupakan solat sunat yang dikerjakan pada malam hari iaitu waktu yang utama sepertiga malam yaitu antara jam 03.00. Dimana di sepertiga malam merupakan waktu yang sangat mustajab untuk berdoa (doanya akan terkabul). Pada waktu tersebut para malaikat akan turun ke bumi. Solat sunat tahajud dilakukan paling sedikit 2 rakaat dan paling banyak tidak ada batasannya dengan diakhiri dengan solat witir sebagai penutup
"Dan barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, niscaya Aku akan mengabulkannya.” (HR. Bukhari).
Selain itu, manfaat solat tahajud lainnya adalah sebagai cara mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapus dosa, menolak penyakit serta pencegah dari dosa. Dosa dosa kecil yang pernah kamu perbuat menjadi berguguran.
Cuba kita praktis buat perkara di atas ini selama 21 hari dan lihat kesan yang luar biasa terhadap diri sendiri ! Insyaallah. Semoga bermanfaat dan selamat beramal.
0 Comments