Monday, November 23, 2020

Pengalaman Pre-Oder iPhone 12 Pro Max Dengan Pakej Celcom

Alhamdulillah, satu lagi barang dalam wish list saya dah berjaya dimiliki iaitu iPhone 12 Pro Max. Kalau korang kenal siapa saya, mesti tahu bahawa saya ni merupakan pengguna android (Huawei) pada sebelum ni. Memandangkan saya menggunakan Macbook dan untuk memudahkan lagi urusan kerja saya, jadi saya membuat keputusan buat tabungan untuk membeli smartphone dari jenama sama iaitu iPhone. Alhamdulillah! hampir 2 tahun menabung tahun ni saya berjaya mengumpul duit yang diperlukan untuk memiliki iPhone 12 Pro Max.


Apa yang lebih best, saya telah membeli iPhone 12 Pro Max ni lebih murah dari harga pasaran iaitu hanya dengan nilai RM4,208 dari harga asal RM5,779. Wah!! Jimat RM1,591 jugak tu. Selain dari itu, saya juga berjaya menjadi antara 1000 pelanggan pre-oder terawal yang layak menerima "power adapter" secara percuma. Nak tahu macamana? Jom baca kat bawah ni.

Nak tahu lebih lanjut macamana saya purchase iPhone 12 Pro Max Dengan Pakej Celcom ? Korang boleh rujuk story saya di link berikut ; 

Kat sini saya ada ceritakan secara details bagaimana saya buat pre-oder di kaunter Blue Cube KB Mall pada 7/11/2020 yang lalu dan terima pada 13/11/2020.

1 comment: