Kedai Makan Som Tam Paling Best Di Rantau Panjang

dee somtam rantau panjang

Som tam merupakan salah satu menu makanan yang cukup saya suka. Tapi, tidak semua orang boleh buat som tam dengan bagus dan sedap. Jadi untuk artikel kali ni, saya nak kongsikan dengan korang sebuah gerai yang menyajikan som tam yang sangat sedap dan kena sengan selera saya. Ramai yang recommand pada saya untuk ke Dee Somtam yang berada di Jalan Sekolah Kebangsaan Cina, Rantau Panjang. Kalau korang berada di Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang, bolehlah berkunjung ke Gerai Dee Somtam untuk menjamu selera . Kat sini korang boleh menikmati pelbagai jenis somtam yang semuanya sedap-sedap dan murah.


Menu Som Tam di Restoran Dee Somtam Rantau Panjang

Selain dari menu som tam betik dan som tam mangga yang biasa kita dapat di tempat lain, ada banyak lagi pilihan menu som tam lain seperti berikut : 
  • Som tam Ketam
  • Som tam Kerang
  • Som tam Mangga
  • Som tam Betik
  • Som tam Thad
  • Som tam Ayam Bakar
  • Som tam Jagung (Telur Masin)
  • Som tam Jagung (Seafood)
  • Som tam Laksa
  • Som tam Buah
  • Som tam Budu & Plara

Amacam!! banyak kan pilihan som tam yang ada kat kedai ni. Kami tak oder banyak pun menu som tam ni sebab ada menu lain lagi yang kami oder.

dee somtam rantau panjang
Som Tam Betik ; RM4
dee somtam rantau panjang
Som Tam Jagung Seafood; RM8
Somtam jagung ni ada dua jenis tau. Korang boleh pilih yang seafood atau telur masin. Kami pilih yang seafood je dan rasa dia memang sangat memuaskan. Nest time boleh la oder som tam telur masin pulak.

Menu Kerabu di Restoran Dee Somtam Rantau Panjang

Selain dari pilihan pelbagai jenis som tam, mereka juga ada menawarkan pelbagai jenis menu yam atau kerabu.

  • Yam Kaki Ayam
  • Yam Maggi
  • Yam Kaiyo
  • Yam Telur Larva
  • Yam Sotong
  • Yam Perut
  • Yam Sohun
  • Yam Seafood
dee somtam rantau panjang
Kerabu Maggi; RM5
Memandangkan saya ni penggemar kerabu maggi, jadi menu ni mestilah kena oder jugak. Boleh tahan kaw jugak kerabu maggi dia. Boleh di oder kalau datang ke sini.

dee somtam rantau panjang
Daging Bakar; RM8
dee somtam rantau panjang
Ayam Bakar; RM2/RM2.50
kedai makan rantau panjang

Selain itu, kami juga oder daging bakar dan juga ayam bakar. Untuk ayam bakar ni korang boleh oder dengan pulut. Hanya tambah RM1 sahaja untuk pulut. Kami oder ayam sahaja sebab dah kenyang kerana kami ada oder mee celup di kedai sebelah.

mee celup rantau panjang
Mee Celup
Dee Somtam tak ada jual Mee Celup tau. Mee Celup ni kami oder dari kedai yang berada bertentangan dengan kedai Dee Somtam di sebelah jalan. Dah oder boleh je korang makan di sini sambil layan som tam dan makanan lain yang korang oder di Dee Somtam.

gerai som tam rantau panjang

Secara overal nya, gerai ni dah jadi gerai favourite saya kalau ke Rantau Panjang. Memang saya akan datang lagi kalau ke Rantau Panjang. Semua menu diorang memang boleh dipuji dan harga yang sangat berpatutan. Cuma, masalah parking kereta je la yang problem kalau nak makan kat sini. Jalan masuk ke sini pun just muat untuk satu kereta je.

Jadi kalau korang atau keluarga teringin nak makan som tam, saya higly recommend korang untuk datang ke gerai Dee Somtam yang berada di lorong sekolah cina rantau panjang ni.

Alamat :
Jln Sekolah Cina, Kampung Rantau Panjang,
17200 Rantau Panjang, Kelantan
Waktu Operasi :
12.30 tghri - 7.00 ptg
Facebook :





Post a Comment

2 Comments

  1. kecur air liur tengok makanan tu...semua sedap

    ReplyDelete
  2. sedapnya..lama giler aku tak makan som tam ni

    ReplyDelete