Wednesday, October 21, 2020

Misteri Istana Bunian Wujud Hampir 33 Tahun Berdekatan Pantai Irama Bachok

tempat menarik di bachok

Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usulnya makhluk yang digelar bunian, antaranya ialah mereka adalah daripada keturunan jin. Pendapat kedua pula menyatakan bahawa mereka ialah hasil perkahwinan antara manusia dengan jin. Dan pendapat ketiga dan yang sebenarnya, Bunian adalah makhluk ciptaan Allah dan bukan dari keturunan manusia, jin mahupun malaikat.

Untuk artikel kali ni; saya bukanlah nak mengulas panjang mengenai asal-usul sebenar kisahnya Bunian ni, tapi ingin berkongsi dengan korang semua tentang sebuah lokasi menarik yang dikatakan ada kaitannya dengan Bunian yang ada di Kelantan.

ISTANA BUNIAN BACHOK

Dalam kesibukan Pantai Irama Bachok dalam menerima pengunjung untuk makan angin dan beriadah, wujudnya satu tempat dengan seni bina yang cukup unik dan penuh misteri yang digelar sebagai Istana Bunian berdekatan dengannya. Persoalannya, adakah Istana ini diinap oleh orang Bunian? Istana bunian ini dikatakan milik seorang lelaki setempat (Kampung Tok Burung, Bachok) yang bernama En. Hashim Abdul Rahman.

istana bunian di bachok

Istana Bunian ini merupakan harta persendirian En. hashim yang dibina sendiri olehnya seorang diri dan wujud di kampung itu sejak tahun 1987 lagi. Setahu saya, beliau merupakan seorang tukang rumah yang terkenal dengan hasil kerja seni yang sangat teliti. Walau bagaimanapun, Istana Bunian yang dibina olehnya ini dikatakan sebuah "rumah yang tidak pernah siap". Ini kerana, sekiranya Beliau tidak berpuas hati dengan binaan pada bahagian tertentu, dia sendiri akan memecahkan bahagian tersebut dan membina semula dengan rekaan terbaru sehingga dia sendiri puas hati dengan rekaan tersebut. 

MAKSUD SEBENAR ISTANA BUNIAN

Menurut pemiliknya, Istana Bunian ini bermaksud;
Istana bermaksud besar, cantik dan indah manakala bunian bermaksud alam halus. Jadi istana bunian merupakan sebuah bangunan yang indah dengan reka bentuk ukiran yang halus
istana bunian di bachok

Idea membina istana bunia ini tercetus sejak beliau berumur 12 tahun lagi. Malah dia turut menimba ilmu seni daripada alam semulajadi seperti bukit bukau dan gunung ganang. Dari segi struktur reka bentuk dalam istana tersebut, ianya diperbuat daripada bahan simen dan diukir mengikut kreativiti En. Hasyim sendiri.
istana bunian di bachok
pandangan hadapan istana bunian
istana bunian di bachok
pandangan sisi istana bunian
Jadi, Istana Bunian di Bachok ini bukanlah sebuah lokasi misteri dan mistik seperti yang kita fikir. Ianya cuma sebuah bangunan yang mana menjadi tempat untuk pemiliknya berkarya. Kalau korang teringin nak tengok sendiri Istana Bunian ni, korang boleh lah ke Kampung Tok Burung, Bachok. Ianya betul-betul berada di kawasan perumahan di seberang jalan Pantai Irama Bachok.


19 comments:

  1. Ingatan istana bunian betul, saya sendiri pun cuma pernah sekali dijemput ke Alam bunian, tapi saya tolak dgn baik.

    ReplyDelete
  2. cantik tapi nampak macam seram la pula. tapi yelah kewujudan bunian ni memang ada..so tak boleh nak dinafikan bab tu

    ReplyDelete
  3. Ohh ingatkan ada kena mengena dengan bunian, rupanya maksudnya tu halus mendalam juga yea, memang menarik betul, kreatif! Cantik nampak rupa binaan dan ukirannya tu. Teringin juga nak pergi ke sana nanti ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  4. Unik giler istana bunian ni dan opkos la cam masyarakat kite pikir kalo nama istana bunian cam mistik haha pdhal pemilik dia mmg jenis suka rumah jenis camni kot.. lama dah ek 1987 lagi

    ReplyDelete
  5. Baru tahu ada istana bunian ni di Bachok. Tengok macam seram je istananya

    ReplyDelete
  6. Wow!!!!!! What an interesting spot to visit in Kelantan. Seni bena nyer memang menarik. We bend to promote this istana more to foreign tourist.

    ReplyDelete
  7. Parok la tuke rumoh pun, tok kene, nyo pecoh semula. Pah bilo la nk siak.

    ReplyDelete
  8. 6 tahun mdm pernah kerja di Bachok tak pernah plak tahu tempat ni. Dah tak jauh tu dgn pantai. Cantik unik sekali. Sekali imbas terasa misteri tapi Allah shja Yang Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  9. Seriously unik seni bina istana bunian ni.. Reminds me alot of seni bina di Barcelona pulak... Kebanyakan bangunan bentuk mcm tu hehehe..

    ReplyDelete
  10. Masa mula sampai ke sini dulu, memang rasa seramm je nengok bangunannya.. jenguk gak ke dalam, siap ada kolam kan dalam rumahnya.. tapi tu laa susah betul nak jumpa ownernya kann...

    ReplyDelete
  11. Haha, buat terkejut aje. Ingatkan betul- betullah istana bunian yang punya

    ReplyDelete
  12. Alk br tahu tempat ni. Kalau balik kelantan nanti boleh singgah hehe

    ReplyDelete
  13. Lawa gak bunian tu. Eh sekali macam Mc onie..kena gi skali di Istana Bunian ni

    ReplyDelete
  14. Nama pun unik suka dgn nama Istana Bunian, klu nak tau dan rasa sendiri suasana idtana bunian eloklah bermalam di situ

    ReplyDelete
  15. wow cant believe we have something this mysterious in our country. ok time to explore!

    ReplyDelete
  16. Awal awal buka ingatkan ada cerita seram. Fuh. Lega baca cerita di sebalik istana bunian ni.

    ReplyDelete
  17. Istana Bunian ni boleh ke orang masuk tengok kat dalam? ke memang dari luar je? design dia memang nampak macam bangunan tak jadi .. hehe.. kalau TB kat situ.. seram jugak nak masuk..

    - Tengkubutang

    ReplyDelete
  18. Uwh baru tahu. Ingatkan betol2 ada bunian duduk situ. Tapi memang cantik ukiran tu. Perlukan kesabaran tinggi

    ReplyDelete
  19. Cantik seni bina dia tak sangka ada kat bachok je kan. Boleh la menyinggah kalau balik sana nnt

    ReplyDelete