Sunday, October 11, 2020

Khasiat Sup Belut Untuk Kesihatan Tubuh Badan

 

rahsia khasiat belut

Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk dalam kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. Sungguhpun ramai yang tidak geli untuk makan belut, tetapi diakui bahawa hidupan air tawar ini sangat kaya dengan pelbagai khasiat.

Untuk pengetahuan korang, spesies belut ni mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, iaitu mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.

Dalam perubatan tradisional juga dikatakan belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. Khusus kepada pengidap buah pinggang adalah dipercayai dimana belut dimakan hidup-hidup atau pun dipanggang terlebih dulu sesuai untuk dimakan.

Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah ; dengan cara mengambil limpa belut, salai dan ia kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia. Selain itu amalan meminum sup belut yang direneh juga dikatakan mampu mengubati penyakit lelah.

Selain dari itu, sup belut juga dikatakan mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan juga mampu mengatasi masalah lemah tenaga batin. Pesakit yang baru lepas melakukan pembedahan disarankan untuk makan sup belut bagi mempercepatkan penyembuhan luka dan kesan pembedahan.

Didakwa jika kerap memakan belut adalah dipercayai ia dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, dan menguatkan daya ingatan. Namun begitu, ia juga perlu dimakan secara bersederhana kerana ia mengandungi kandungan lemak yang agak tinggi. 

0 comments: