Friday, May 01, 2020

RESIPI KUIH KETAYAP

Resipi Kuih Ketayap

Kuih Ketayap kalau di Kelantan di panggil Kuih Batang Buruk tapi mungkin hanya di beberapa daerahnya je la. Kuih ni merupakan antara beberapa kuih yang wajib ada dijual di kedai atau gerai makan untuk sarapan pagi. Macamana nak buat Kuih Ketayap dengan mudah dan sedap? Jom tengok resepi Kuih Ketayap yang saya kongsikan kat bawah ni.

Bahan-Bahan (Inti Kuih Ketayap)
  • 1/2 biji Kelapa Parut
  • 3/4 cawan Gula Merah
  • 2 sudu makan Tepung Gandum
  • Secubit Garam
  • 2 helai Daun Pandan - disimpulkan
  • 1/2 cawan Air
Bahan-Bahan (Kulit Kuih Ketayap)
  • 1 cawan Tepung Gandum
  • 2 biji Telur
  • 3 helai Daun Pandan
  • 1 1/2 cawan Santan
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Beberapa titis pewarna hijau

Step Memasak (Inti Kuih Ketayap)
    1. Didihkan air dalam kuali dan masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
    2. Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
    3. Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
    4. Sejukkan inti.
    Step Memasak (Kulit Kuih Ketayap)
    1. Kisar daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. 
    2. Kemudian perah dan tapis. Campurkan semua bahan untuk buat kulit kuih ketayap dan gaul sehingga rata.
    3. Masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
    4. Kemudian panaskan kuali. Gunakan api yang perlahan.
    5. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).
    6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
    7. Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
    8. Angkat. Ketepikan.
    9. Ulang langkah yang sama hingga adunan habis.
    10. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah letak inti pada kuih dadar yang dah siap tadi. Ambil sesudu penuh inti. Letak di atas permukaan atas kuih.
    11. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
    12. Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan

    0 comments: