KISMIS CALIFORNIA PILIHAN CHEF BERTARAF ANTARABANGSA


Banyak memori tentang kismis masa belajar dulu, nak nak masa sekolah rendah dan menengah. Keluarga saya memang percaya akan khasiat kismis ni. Katanya sangat bagus untuk minda. Untuk lebih mujarab, 7 biji kismis dimakan selepas bacaan بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ dan selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W. 

Kismis bukan sahaja lazat dan membuka selera, tetapi juga kaya dengan khasiat pemakanan yang menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam sajian masakan memandangkan isu-isu kesihatan yang semakin meningkat disebabkan diet tidak sihat. Apa yang menariknya, selain boleh dimakan begitu saja, kismis juga sangat mudah untuk diinovasi dan menjadikan banyak menu sihat yang menarik.

KISMIS CALIFORNIA ( CALIFORNIA RAISINS)


Kismis sesuai untuk dimanfaatkan dalam banyak keadaan, kerana kismis sedia untuk dimakan, sihat dan lazat. Satu paket Kismis California boleh dimasukkan ke dalam beg tangan atau beg bimbit. Ia juga mudah diselitkan dalam bekas makanan tengah hari, beg gim dan laci meja tulis anda. Kismis California juga mampu dibeli, tidak mudah rosak dan senang digunakan terus dari kotak – tidak perlu dibasuh, dikupas atau dicincang – membolehkan seseorang mencipta sajian dengan mudah.

Menurut Pengarah Promosi Perdagangan RAC bagi Malaysia, Encik Richard Lieu, bagi kebanyakan pengguna, terutama sekali kanak-kanak, Kismis California adalah makanan snek yang sihat berbanding makanan snek lain, kerana Kismis California manis secara semula jadi dan tidak mengandung sebarang gula tambahan. Kismis California juga merupakan bahan serba guna yang boleh mengilhamkan pelbagai sajian masakan – baik sajian pembuka selera dan sajian utama mahupun manisan dan minuman – lebih-lebih lagi dalam keadaan pengguna zaman sekarang lebih mementingkan kesihatan dan gemar mencuba sesuatu yang serba baharu. “Kami teruja dan berbangga dengan penghormatan yang diberikan untuk bekerjasama dengan Chef Emmanuel dan Chef Erich kali ini dengan mencipta resipi dan rasa yang menakjubkan dengan Kismis California bagi merayakan ketibaan tahun 2020 bersama tokoh-tokoh yang berpengaruh di Malaysia,kata Richard.
Cik Tan Yen Sing, seorang pakar diet klinikal turut hadir untuk menerangkan khasiat kebaikan dan kelebihan Kismis California.


Menurut Cik Tan, hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan lebih banyak buah-buahan & sayur-sayuran, iaitu melebihi 5 sajian sehari, dikaitkan dengan pengurangan 17% penyakit jantung koronari. 
“Pemakanan yang baik sememangnya cara terbaik untuk mencegah penyakit dan menjaga kesihatan. Kismis, dengan antioksidan polifenol tinggi mengandungi kira-kira 3,037 unit ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity – satu kaedah mengukur antioksidan dalam makanan) dalam kira-kira 2/3 cawan. Bahan keperluan ini penting untuk perlindungan daripada tekanan oksidatif yang berkaitan peningkatan usia dan penyakit,” kata Tan
Sungguhpun kecil, kismis mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan. Tan menjelaskan bahawa kismis mengandungi 35% fruktosa dan 35% glukosa yang merupakan gula buah-buahan semula jadi dan sumber tenaga yang tidak mengandungi lemak & kolesterol. Kismis ialah snek yang sihat dan boleh menggantikan gula dalam banyak resipi masakan dan roti serta kek. 

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengesyorkan orang dewasa mengambil 1½ hingga 2 cawan buah-buahan sehari. Buah-buahan sedia untuk dimakan dan mudah dibawa ke mana-mana, seperti Kismis California, sesuai untuk mengisi kuota ini. Malah, pengguna hanya memerlukan ½ cawan kismis untuk mengisi keperluan harian berbanding 1 cawan penuh buah-buahan segar.

Antara pelbagai kelebihan Kismis California termasuk:
  • Semula jadi sepenuhnya
  • Manis secara semula jadi dan tidak mengandungi gula tambahan
  • Tidak mengandungi lemak dan kolesterol dan rendah natrium (garam) secara semula jadi
  • Sumber kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf)
  • Sumber serat
  • Sumber nutrien
  • Diketahui mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi

An Evening with California Raisins'  and Chef Emmanuel Stroobant & Chef Eric Ross

Pada 9 Jan, 2020 yang lalu saya berpeluang menyambut tahun baru dan menikmati sentuhan manisan berasaskan resipi yang dicipta khas menggunakan Kismis California di majlis "An Evening with California Raisins' and Chef Emmanuel Stroobant & Chef Eric Ross" di ‘Samplings On the Fourteen Restaurant’ Berjaya University College.


Untuk pengetahuan korang, kesemua resipi telah dicipta oleh chef selebriti bertaraf 2 bintang Michelin, Chef Emmanuel Stroobant bersama chef jemputan Erich Anton Roos, yang meraikan 40 orang berpengaruh termasuk media di majlis makan malam tersebut. Mereka semua seronok bukan sahaja kerana dapat menjamu selera dan beramah mesra dengan chef selebriti tetapi juga kerana dapat memerhatikan pesona mereka menunjukkan kelebihan Kismis California dalam empat sajian makan malam yang lazat. Berikut merupakan resipi sajian gourmet yang disediakan oleh dua chef tersohor.

Chef Emmanuel Stroobant (3 resipi) 
1. Kismis California, Ketam & Kubis Bunga 
2. Pasta Kismis California dengan Jintan Hitam & Udang 
3. Kismis California dengan Rusuk Lembu & Buah-Buahan Musim Sejuk




Chef Erich Anton Roos (Manisan) 
4. Simfoni Kismis California yang terdiri daripada:
  • Mufin Kismis California dengan krim
  • Aiskrim Kayu Manis Kismis California
  • Paf epal


Chef Emmanuel Stroobant & Chef Eric Ross

Chef Emmanuel Stroobant tidak perlu diperkenalkan kerana chef selebriti Belgium bertaraf 2 bintang Michelin ini telah melibatkan diri dalam dunia masakan sejak mula bekerja sebagai pembantu dapur pada usia semuda 16 tahun dan meniti kerjaya dalam dunia kulinari selama satu dekad. Paling menonjol ialah kemunculannya sebagai chef pengacara saluran AFC selama bertahun-tahun dan beliau membuka restoran pertamanya di Singapura yang dinamakan Saint Pierre.


Chef Erich Anton Roos, warga Switzerland yang telah mengumpul pengalaman berkecimpung selama 40 tahun dalam dunia kulinari antarabangsa, meliputi banyak negara Barat dan Asia. Buat masa ini beliau berpangkalan di Bangkok, memainkan peranan yang lebih tertumpu kepada perundingan dan perancangan strategik untuk keperluan latihan dapur dalam rangkaian hotel antarabangsa.


Untuk maklumat lanjut berkaitan dan resipi Kismis California, sila kunjungi www.calraisins.org dan www.caraisins.com. Ikuti FaceBook mereka di @RACAsean. 

Post a Comment

19 Comments

  1. kismis ni memang nostalgia...kecik2 suka makan jenama ni...

    ReplyDelete
  2. banyak resepi best dan sedap lah rupanya boleh buat dengan gunakan kismis ni.. menarik! biasa makan macam tu jer tak pun buat biskut raya

    ReplyDelete
  3. Tak sangka kismis boleh buat macam-macam masakan ek..biasa memang kismis Sis makan macamtu je...tu pun terpengaruh dek cakap atuk, supaya tua esok tak nyanyuk hahahaha
    Tapi memang kismis bagus untuk kesihatan..tapi bagi mereka yang takde kencing manis laaa

    ReplyDelete
  4. hidangan kismis memamg sedap3...paling penting ianya ada khasiat yg tersendiri

    ReplyDelete
  5. sun maid raisins is my fav! Manis dia rasa manis buah so its bearable bila makan. Makan satu kotak dah kenyang dah sampai lunch. Bestnya dapat tengok chef international masak

    ReplyDelete
  6. I love Sunmaid raisins. Rasa raisin sunmaid NIe memang sweet. Paling best Gaul dgn nasi beriyani or Nasi Arab. Good post. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  7. kismis memang sinonim dengan bebudak, nak otak cergas dan mudah dalam pembelajaran. makanan sunnah ni memang bagus untuk diamalkan, bukan je elok untuk bebudak, kita orang dewasa pun patut amalkan makan kismis

    ReplyDelete
  8. Legend ni suka jugak makan dri dulu lgi. Snek yang manis tapi menyihatkan. Sebabtu sentiasa diingati.

    ReplyDelete
  9. kismis sun maids memang sedap, selalu beli untuk buat stok waktu layan tv

    ReplyDelete
  10. Selain makan macan tu aje..mcm2 boleh digunakan dalam masakan kismis ni. Sis pun suka jugak tapi kalau dlm masakan tgok2 jugak apa masakan yg boleh masuk

    ReplyDelete
  11. memang dari kecik sampai sekarang suka kismis. teringat pula masa zaman2 upsr dulu, makan kismis banyak2 kononnya nak dapatkan straight a haha :)

    ReplyDelete
  12. Kismis sun maid ni memang famouskan. Sedapnye tengok makanan yang chef masak tu

    ReplyDelete
  13. tengok kismis teringat exam weii.. dulu ni la bekalan setiap pagi supaya dapat kuatkan ingatan dan mudah tangkap kalau belajar. Tapi skang dah ada banyak resepi guna kismis kan, even western pun ada.

    ReplyDelete
  14. sedapnya..tak tahu pulak kismis ni boleh buat macam2 makanan. tahu orang letak atas puding roti tu je hehe

    ReplyDelete
  15. Tak sangka hanya dengan kismis pun boleh hasilkan pelbagai resepi kan! Saya pun nak cuba lah 👌

    ReplyDelete
  16. Macam2 boleh digayakan kismis ni rupanya kan. Paling2 pun Nur biasa jumpa kismis dlm nasi minyak & kek buah tu huhu

    ReplyDelete
  17. femes kan ligo ni? selalu beli. rasa dia memang sedapdan lembut. berbeza dengan kismis lain.

    ReplyDelete
  18. Banyak menu boleh buat daripada kismis kan. Qiss suka juga makan kismis. Tambah-tambah bila senang nak masukkan dalam beg tangan. Tak jemu makan.

    ReplyDelete
  19. Anak kita bawak pi sekolah kismis ni la.. Buat jajan time rehat.. Sebenarnya bg dia kismis sbb xnak dia mkn yg merapu2 kt sek tu

    ReplyDelete