REALME BUDS AIR HANYA BERHARGA RM299


Pada 14 hb Januari 2020 yang lepas, saya dan rakan media lain berkesempatan ke majlis pelancaran produk terbaru realme iaitu produk audio realme Buds Air. Selain itu realme Malaysia juga telah memperkenalkan telefon pintar realme 5i untuk melengkapkan lagi keluarga siri kelima realme. Untuk pengetahuan korang semua, realme Buds Air yang diperkenalkan ini merupakan produk IoT pertama buat jenama realme.

Menurut Tiffany Teh selaku Pengurus Jenama realme Malaysia, Tahun lepas merupakan tahun yang menakjubkan dan kami pasti rakyat Malaysia yakin bahawa realme akan terus membawa produk satu lonjakan ke hadapan sejajar dengan misi dan visi kami. Hari ini, kami akan memulakan tahun 2020 dengan satu lagi kejayaan penting dengan menawarkan produk audio tanpa wayar, realme Buds Air. Tidak lupa juga, realme 5i dengan yang dikenali sebagai produk Quad Kamera Raja Bateri. Setiap produk yang kami bawakan ada pengelasan penggunanya tersendiri dan paling menjadi tumpuan sudah semestinya reka bentuk dan prestasi produk itu sendiri.
realme Buds Air - True Wireless, Smart Assistant


Produk yang menjadi tumpuan ini menawarkan pengalaman audio tanpa wayar, sekaligus memberikan kebebasan mendengar muzik di mana sahaja. Ciri audionya ditambah baik dengan custom R1 chip dan Bluetooth 5.0 yang membolehkan sambungan segera dan stabil antara realme Buds Air dan telefon pintar.

Bukan itu sahaja, penggunaan realme Buds Air juga memberi prestasi bateri yang lebih baik dan akses kawalan pintar (smart assistant) yang menyenangkan. Dengan transmisi dwi-masa sebenar, realme Buds Air dioptimumkan dengan Mod Permainan yang memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi, iaitu kelewatan bunyi bagi mod biasa adalah 243.8ms, manakala bagi mod permainan adalah 119.3ms. Ini sudah pasti bakal menjadi idaman setiap peminat mobile gaming tegar.

realme Buds Air juga dilengkapi dengan dua mikrofon dengan teknologi Environment Noise Cancellation. Contohnya ketika membuat panggilan suara kita akan tetap jelas walaupun dalam suasana yang bising. Manakala bagi pengecasan penuh melalui kabel type-C, realme Buds Air boleh digunakan untuk tempoh sehingga 17 jam.


Dari segi reka bentuk, realme Buds Air mempunyai bentuk kanal telinga yang sangat sesuai secara semulajadi terintegrasi dengan telinga korang! Korang jangan risau, realme Buds Air hadir dalam variasi tiga (3) pilihan warna iaitu putih, hitam dan kuning.

Produk realme Buds Air turut menyokong operasi sentuhan pintar dan menyediakan kawalan pintar untuk menjawab atau menamatkan panggilan, menukar muzik, melancarkan pembantu suara serta keluar masuk mod prestasi dengan sentuhan. Teknologi melalui Google Assistant ini membolehkan seseorang menikmati gaya hidup pintar baharu tanpa mengeluarkan telefon, boleh mengawal playback muzik, panggilan, pelarasan volume dan perkhidmatan maklumat, seperti cuaca. Menarik bukan!!


Harga yang ditawarkan untuk realme Buds Air ni adalah RM299 .  Tapi dapatkan harga diskaun melalui pembelian ONLINE First Sale di Shopee pada 21 Januari 2020 ini dengan hanya RM199 sahaja.

realme 5i - Quad Camera Battery Hero

Model realme 5i ini dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 665 An 11nm, yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0GHz bersama-sama dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan dan generasi Qualcomm AI Engine ke-3. Sudah pasti memberikan prestasi cemerlang dalam segmen harganya.


realme 5i dilengkapi dengan bateri sebesar 5000 mAh yang memberikan pengguna prestasi hayat bateri yang lama dan tempoh stand-by 30 hari. Model ini juga dilengkapi dengan pemisahan perlindungan tahan api dan tiga kali perlindungan untuk menjamin keselamatan bateri. Bagi ciri kamera, ia tersedia dengan quad kamera ultra lebar - 119 ° lensa sudut lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP). Kamera utamanya juga menyokong kesan EIS yang lebih baik, jadi secara tak langsung korang boleh mengambil video yang lebih stabil semasa bergerak. Untuk pengetahuan korang, realme 5i ini hadir dalam variasi dua (2) warna iaitu Aqua Blue dan Forest Green.

Untuk keterangan lanjut mengenai realme Malaysia,boleh ikuti Facebook https://www.facebook.com/realmeMalaysia dan juga Instagram di @realmemalaysia.

Post a Comment

13 Comments

  1. Tak banyak pilihan warna tu ye?. Kalau banyak sikit pilihan warna tu menarik juga. Harga tu berpatutanlah.

    ReplyDelete
  2. Bestnya kalau dapat yang warna kuning tu. Nampak cantik dan buat Rawlins teringin nak beli yang kuning tu. Memang lain dari yang lain

    ReplyDelete
  3. Viral sungguh realme buds air ni! Maklum la dengarnya setanding produk apple dan harga jauh lebih murah

    ReplyDelete
  4. wah bagusnya features dia! Berbaloi lah beli dengan harga RM299. Even jawab call dekat tempat bising pun caller boleh dengar dengan jelas. Nice!

    ReplyDelete
  5. Bila lagi ade promosi mcm rm199 tu.. Kalau boleh nak beli harga promosi.. Hehheee.. First time nak try Realme.

    ReplyDelete
  6. not bad la harga dia.. RM299 je pun.. suka yang warna kuning tu.,. lawa!!

    ReplyDelete
  7. Sis pun dah dapatkan 1 dan try Buds Air ni. Not bad juga. Tapi jarang pakai sb jarang dgr lagu di setiap masa.

    ReplyDelete
  8. Ya produk ni memang menarik dan sesuai untuk nereka yang sering mahu nendengar muzik malah senag apabila memandu.

    ReplyDelete
  9. Dah dapat hadiah aritue tapi tak guna guna lagi..maklumlah kak.mid nie old scool ciket

    ReplyDelete
  10. Ni la yang nad nak, tapi belum berkesempatan nak beli lagi. Syok oo takyah guan wayar..ramai cakap best

    ReplyDelete
  11. Alaaa.. Hari tu tfk rm199 je.. Bila lagi nk promo mcm hri tu.. Silap hari tu xsempat nak grab mada promo tu.. Tau2 dah hbis promo dah...

    ReplyDelete
  12. tak terfikir nak pakai benda ni, sebab tak tau fungsi sebenarnya. thanks info sharing ni

    ReplyDelete
  13. Bestnya kalau ada ni. Boleh masuk wishlist untuk hadiah birthday kot, hihi

    ReplyDelete