Pullman Putrajaya Lakeside | Weekend Carvery Dinner at B's Restaurant


PULLMAN PUTRAJAYA cuba mengetengahkan konsep moden dan kontemporari, hotel bertaraf lima bintang itu telah menampilkan gabungan pelbagai konsep seni bina, seperti tradisional Melayu, Cina, India dan etnik Borneo.

Untuk pengetahuan korang PULLMAN PUTRAJAYA ada menawarkan sebanyak 281 bilik secara keseluruhan, ia bermula daripada superior, deluxe, junior suites, family, executive, premier suite dan golden suite yang sangat mewah bercirikan eksklusif .

Apa yang membuatkan MY lebih teruja, pengunjung yang menginap hotel itu bakal disajikan dengan keindahan Tasik Putrajaya yang mengasyikkan serta panorama sekitarnya yang begitu mengujakan.

Bagi keselesaan pengunjung, setiap bilik di PULLMAN PUTRAJAYA dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Antaranya kemudahan pendingin hawa, televisyen satelit, perkhidmatan bilik, jalur lebar berkelajuan tinggi, peti ais mini, peti keselamatan dan peralatan aktiviti kecergasan.

Kunjungan korang ke PULLMAN PUTRAJAYA seakan tidak lengkap sekiranya tidak mencuba pelbagai hidangan yang ditawarkan oleh rangkaian kafe dan restoran bercita rasa tinggi di situ.

Weekend Carvery Dinner at B's Restaurant

Di restoran B’s, pengunjung berpeluang menikmati hidangan bufet dan ala carte dalam suasana santai dan penuh eksklusif mengetengahkan menu Asia dan Barat yang sediakan oleh chef-chef berpengalaman.

Post a Comment

1 Comments