SERTAI PROGRAM KRENOVATOR SECARA ONLINE UNTUK UPGRADE SKILLS & PELUANG KERJA YANG LEBIH CERAH



Dunia telah hadapi satu revolusi baharu iaitu Industri 4.0. Industri 4.0 telah menjadi topik yang sangat hangat di serata dunia. Negara kita Malaysia juga tidak tertinggal untuk mengadapatasi Industri 4.0. Mesti banyak perubahan akan berlaku dalam tempoh ini. Jadi adakah kita cukup bersedia untuk ini? 

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0?

Menurut pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak.


Dalam erti kata lain, hidup manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot yang bakal menjadi ”kawan” yang akan menguruskan hal ehwal dan tugasan harian.

Mungkin sukar untuk digambarkan logik akalnya apabila melihat pesanan piza yang kita lakukan melalui pesanan telefon, akan dihantar dengan menggunakan perkhidmatan dron sampai di depan pintu rumah.

Selain itu, segala urusan rumah seperti mencuci baju, memberi makanan haiwan kesayangan dan mematikan alat pendingin hawa hanya perlu menekan butang di telefon pintar masing-masing tanpa perlu lagi bersusah payah mengambil perkhidmatan pembantu rumah. Untuk ke pejabat pula, kita tidak perlu lagi untuk menghidupkan enjin dan memandu di tengah-tengah jalan raya yang sesak.

Semuanya akan selesai dengan hanya menekan butang kekunci, penumpang boleh menyambung tidur dalam kereta masing-masing dan segala urusan pemanduan akan dikawal sepenuhnya melalui satelit sampai ke tempat yang ingin dituju dengan selamat.

Senario tersebut walaupun pelik, namun secara perlahan-lahan telah mula berkembang dan berevolusi menjadi satu bentuk norma yang biasa pada masa akan datang.

Dengan menggunakan akronim Revolusi Industri 4.0 ini, segala urusan harian manusia akan dikongsi bersama robot yang dicipta khusus untuk mengoptimumkan keperluan dan keselesaan manusia.

Walaupun teknologi-teknologi ini masih dalam peringkat pengujian di peringkat global, banyak aplikasi yang digunakan telah pun kita nikmati. Sebagai contoh, penggunaan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps yang menyediakan pemandu tentang maklumat laluan serta perjalanan adalah antara bibit-bibit awal kepada pengenalan dunia yang dipanggil Internet of Things (IoT).

Sumber : www.kosmo.com.my

KRENOVATOR

Krenovator merupakan sebuah platform yang menghubungkan pengguna dan syarikat yang mengadaptasi Industri 4.0 atau teknologi baharu. Krenovator membantu pengguna belajar dan adaptasi kemahiran teknologi baru seperti IoT, AI dan Data Science. 


Krenovator telah lancarkan satu program baru bersama Rakan Industri dan Portal Pekerjaan. Program ini dijalankan secara online 100%. Tujuan Program IoT ini ialah menyediakan pengguna berkemahiran Internet of Things dan mendapatkan pengguna peluang pekerjaan baharu dengan Rakan Industri dan Portal Pekerjaan dengan sistem profiling yang disediakan. Melalui sistem profiling yang tersedia didalam platform, pengguna akan lebih menyerlah dari segi pembelajaran khususnya didalam sesuatu kemahiran yang dipelajari.


Semasa sesi latihan online di platform Krenovator, pengguna akan memperoleh teknikal profiling secara automatik. Dengan sistem profiling ini, rakan industri Krenovator akan dapat lihat dan ukur secara terus kemahiran teknologi IoT pengguna. 

KENAPA PERLU MENDAFTAR DI PLATFORM KRENOVATOR


Beratus peluang pekerjaan yang tersedia untuk yang berkemahiran Internet of Things dan kekurangan pekerja berkemahiran tinggi adalah sebab mengapa pengguna perlu mendaftar di platform ini. 

Harga untuk program ini hanya RM20 sebulan dan RM240 setahun. Tapi untuk 100 orang terawal, harga hanya RM180. Anda akan memdapat diskaun dan jimat sebanyak RM60. Jadi bagi korang yang berminat tu kena cepat-cepatlah kalau nak jimat.

Bagi korang yang berminat untuk sertai program ni, korang boleh terus ke link ini www.krenovator.cc untuk subscribe program ini. Apa yang saya boleh katakan, belajar online course bersama dengan Krenovator ni bukan sahaja korang dapat upgrade skills dan dapat certified sijil semata, tapi apa yang lebih penting adalah peluang pekerjaan dalam industri yang sama. Ini kerana, Krenovator ada lebih dari 30 industries partner yang boleh bagi peluang pekerjaan kepada korang. Jadi ia sangat menguntungkan kita bukan? 

Post a Comment

7 Comments

  1. Oh bagus juga ye ada program macam ni, thanks a lot for the info! Actually ni baru first time dgr pasal Krenovator ni dan segala info mengenainya.

    ReplyDelete
  2. Macam menarik ya. Terima kasih bro, sudi share informasi yang bagus ini. Kerana di Malaysia rasa masih baru kan.

    ReplyDelete
  3. Wow! This is so good for future entrepreneurs! Still got certificate some more!

    ReplyDelete
  4. Program ni nampak menarik, nanti nak tengok tengok dan fahamkan dulu, thank sharing info ni

    ReplyDelete
  5. menarik.. baru tahu pasal platform ni. sesuai sangat kalu orang nak cari side income dengan cara kerja kat rumah je. boleh la BBL register jugak ye

    ReplyDelete
  6. Wow bagus ye krenovator ni. Peluang untuk mereka yang nak tambahkan kemahiran pekerjaan. Online pula, so senang la nak belajar. Paling best siap dapat sijil tu . Sangat bagus.

    ReplyDelete