IMAGINATRICKS DI GENTING HIGHLAND


Di Genting International Showroom sedang berlangsungnya Imaginatricks. Untuk pengetahuan korang, Imaginatricks ni merupakan satu persembahan trik silap mata, akrobatik, sarkas yang menggabungkan unsur humor, muzikal dan teknologi skrin dan lampu yang sangat menghiburkan. Imaginatricks ini boleh ditonton sehingga tahun depan iaitu 24 Mei 2020. Slot persembahan adalah setiap hari iaitu pada jam 8 malam kecuali pada hari Ahad pada jam 4 petang. Berikut merupakan beberapa gambar yang saya dapat kongsikan berkenaan persembahan Imaginatricks ni.



Persembahan Imaginatricks ni dikatakan telah dibawakan khas dari Paris ke Genting Highlands untuk memberi hiburan kepada pengunjung disini.




Tiket berharga RM196 (Lebih Pilihan), RM146 (PS1) dan RM96 (Galeri). Yuran pemprosesan tambahan sebanyak RM4.00 dikenakan. Ahli GRC (Genting Gewards Card) menikmati diskaun 10% standard melalui tunai, kad kredit atau penebusan Genting Points.

Untuk maklumat lanjut mengenai Imaginatricks ni, korang boleh layari laman web mereka di www.rwgenting.com atau terus membuat panggilan di talian +603 2718 1118.

Post a Comment

0 Comments