Saturday, October 26, 2019

KERETAPI SARONG 2019 MERIAH



16 September, sekali lagi pada tahun ini rakyat kota raya Kuala Lumpur dengan gembiranya telah berkain sarong batik dan pelikat menaiki keretapi seawal pagi lagi menuju ke Dataran Merdeka. Tidak hanya itu, ianya dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti tradisi yang menarik sepanjang perjalanan di atas keretapi tersebut.


Kemeriahan nyanyian lagu-lagu tradisional dan lagu rakyat beramai-ramai cukup mengimbau kembali kenangan lama. Antara lagu popular yang dialunkan adalah seperti 'Enjit Enjit Semut', Rasa Sayang Lemak Manis dan Anak Tupai diikuti dengan kumpulan rebana dan penari dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Untuk pengetahuan korang program Keretapi Sarong ini merupakan program tahunan yang diadakan saban tahun setiap kali tibanya sambutan Hari Malaysia. Namun bagi tahun ini, saya rasa sambutannya lebih meriah dengan banyak pembaharuan. Program ini adalah anjuran Locco Malaysia sebuah komuniti sosial dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya.


Peserta berkumpul dari lima stesen transit aliran ringan (LRT) dan transit aliran massa (MRT) iaitu Kajang, Ampang, Bandar Utama, Subang Jaya dan Gombak serta kemudiannya berhenti di stesen Masjid Jamek sebelum semua berarak ke Dataran Merdeka.


Saya dan kawan-kawan juga berkesempatan untuk menyertai perarakan Keretapi Sarong 19 yang bermula dari Stesen MRT Kajang sekitar jam 8 pagi lagi. Ada juga diantara kami datang jauh dari negara seberang Indonesia untuk turut serta merasai sendiri kemeriahan Keretapi Sarong 19 ni.


Bergambar bersama Pengarah Program Keretapi Sarong 19, Shamsul Bahrin Zainuzzaman

Banyak booth-booth dan aktiviti menarik yang tersedia untuk para peserta di Dataran Merdeka. Kami juga berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional seperti, terompah gergasi, tarik tali, batu seremban dan banyak lagi. Apa yang lebih menarik kami dapat berjoget lambak beramai-ramai di Dataran Merdeka. Saya dan kawan-kawan berharap program ni dapat di teruskan lagi untuk tahun-tahun yang akan datang.

2 comments:

  1. Program menarik ni. . .
    Syoknya klau dpt join

    ReplyDelete
  2. Meriah sangat! Dapat rasakan kemeriahannya dari sini.
    Tahun depan nak cuba join..

    Cantik gile gambar ko Madi!

    ReplyDelete